Tarikh | : 07.10.2022 |
Masa | : 11.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Bengkel asas menaip menggunakan Microsoft Word bertujuan untuk memberi ilmu dan pendedahan dalam penggunaan ICT dan pengunaan komputer seperti tetikus dan keyboard. Hal ini kerana kebanyakkan sekolah menggunakan komputer sebagai salah satu cara pembelajaran terutama dalam menaip.Dengan adanya bangkel sebegeni dapat melatih daripada awal peserta dalam penggunaan Microsoft Word terutama membiasakan peserta dalam menaip.
Aktiviti
Dalam bengkel ini peserta diminta untuk membuka applikasi Microsoft Word terlebih dahulu. Setelah Microsoft Word dibuka petugas menerangkan bagaimana cara untuk menaip dengan betul menggunakan aplikasi tertsebut. Petugas mengajar mereka dengan langkah demi langkah bagaimana untuk menaip dengan betul seperti pilihan tulisan, cara untuk memandam, cara untuk menyimpan data dan sebagainya. Malah dalam bengkel ini mengajar bagaimana cara untuk memanfaatkan keyboard yang ada seperti ctrl+S untuk menyimpan data, ctrl+C untuk copy data atau untuk menghilight atau menanda semua tulisan yang diiginkan hanya menekan ctrl+A tanpa menggunakan tetikus serta ctrl+v untuk memasukan yang telah dicopy. Dengan cara ini peserta dapat menaip dengan lebih lancar dan mudah. Peserta dapat menggunakan ilmu yang diajar dalam menaip dan memahami apa yang telah diajar oleh petugas.
Tarikh | : 04.10.2022 |
Masa | : 02.30 ptg - 04.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel asas kerja kursus lakaran bentuk objek menggunakan Microsoft Word adalah bertujuan untuk melatih dan memperkembangkan minda peserta dalam menggunakan ICT seperti Microsoft Word ini. Selain daripada menaip Microsoft Office ini juga boleh melukis atau melakar sesuatu dengan bentuk yang disediakan atau menggunakan tool yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Dengan pembelajaran atau bengkel yang diadakan seperti ini dapat menyebarkan dan memperluaskan aktiviti yang dijalankan di PEDi terhadap komuniti setempat.
Aktiviti
Dalam bengkel ini peserta diterangkan dahulu mengenai ICT dan fungsi asas atau aspek-aspek yang terdapat dalam Microsoft Office bagi pengetahuan peserta terhadap applikasi tersebut. Peserta diminta untuk membuka applikasi Miucrosoft Word terlebih dahulu. Selepas itu, petugas mengajar dan menunjukkan peserta bagaimana cara untuk melukis atau memilih bentuk lakaran yang diiginkan oleh peserta. Peserta mengikut cara yang diajar oleh petugas dengan membuka di bahagian insert atau tambahan/masukan. Setelah itu, peserta memilih lakaran mereka sama ada di smartArt atau Shape (bentuk) petugas mengajar mereka bagaimana untuk menarik bahagian bentuk untuk menjadikan objek tersebut besar serta mengajar juga bagaimana cara untuk menaip, menukar tulisan, cara membawa tulisan ketepi dan sebagainya. Melalui bengkel ini pesrta dapat menambah ilmu ICT dengan mempelajari teknik serta fungsi lain yang terdapat dalam Microisoft Office selain daripada menaip secara tidak langsung ia boleh mengkreatifkan peserta dalam membuat sesuatu kerana lakaran objek memerlukan mereka untuk berfikir secara kreatif memasukan segala aspek dalam kerja kursus mereka. Peserta dapat memahami dan berjaya mengikuti cara yang diajar serta dapat menyiapkan kerja kursus mereka dengan baik.
Tarikh | : 14.09.2022 |
Masa | : 9.30 pg - 12.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 30 Orang |
Tujuan
Bengkel keusahawanan kemahiran perniagaan ini adalah bertujuan untuk membuka peluang kepada usahawan untuk menimba ilmu kemahiran perniagaan terutama kemahiran perniagaan ict yang dijalankan pada masa kini. Bengkel ini dapat memberi pendedahan tentang kemahiran perniagaan bukan sahaja dalam bentuk ict tetapi kemahiran dalam bentuk softkill, teknikal dan pratikal dan juga komunikasi. Kewujudan bengkel seperti ini dapat mempromosikan lagi PEDi dalam kalangan komuniti untuk mendapatkan bantuan atau kemahiran terutama kemahiran ict.
Aktiviti
Aktiviti ini terlebih dahulu dimulai dengan penerangan ringkas tentang tujuan dan fungsi kemahiran perniagaan kepada peserta bengkel tersebut. Penciptaan video kreatif bertemakan kemerdekaan juga diadakan selain daripada kemahiran perniagaan secara pratikal iaitu gubahan kek bertemakan kemerdekaan. Petugas telah menerangkan dan mengajar bagaimana cara kita memasarkan sesuatu produk secara atas talian. Selain itu, petugas juga mengajar bagaimana cara untuk kita merekod video dan mengedit video secara kreatif sama video bergambar atau video tulisan menggunakan applikasi ict. Peserta telah menggunakan kemahiran tersebut dalam mencipta video kreatif. Manakala, kemahiran pratikal tentang gubahan yang dipantau oleh pihak yang berwajib juga digunakan atau diterapkan dalam gubahan kek melalui gambar dalam laman web untuk memberi idea kreatif kepada peserta. Peserta berjaya menyiapkan gubahan kek dan video yang kreatif dan bengkel.
Tarikh | : 01.10.2022 |
Masa | : 10.30 pg - 11.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel asas pengenalan jenis tulisan yang ada di dalam Microsoft Word ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas yang lain terdapat didalam Microsoft Word ini. Dengan bengkel ini peserta dapat mengetahui dan memperkembangankan minda mereka terhadap fungsi MIcrosoft Word selain daripada menaip dan menyimpan data tetapi Microsoft Word ini mempunyai pelbagai fungsi dan jenis yang terdapat seperti tulisan, rekabentuk (design), reka jadual dan lain-lain.
Aktiviti
Pengenalan kepada aktiviti dimulakan dengan memberi penerangan asas mengenai applikasi Microsoft Word dan fungsi yang boleh digunakan dengan menggunakan Microsoft Word ini. Peserta diminta untuk membuka aplikasi Microsoft Word untuk peserta menaip yang terdapat dalam kerja klursus mereka. Setelah peserta menaip di Microsoft Word petugas telah memngajar peserta bagaimana untuk memilih atau menukar tulisan daripada biasa kepada tulisan yang diiginkan. Perserta diajar untuk menandakan semua tulisan yang ingin ditukar, setelah itu petugas menunjukkan tempat untuk memilih tulisan. Selain itu, petugas juga mengajar kepada peserta bagaimana untuk menukar size tulisan daripada kecik kepada besar di bahagian utama dengan memilih sentencecase (ayat) yang mana kita boleh pilih tanpa mengubah atau memadam semula tulisan jika kita ingin kecik atau besarkan tulisan. Secara tidak langsung bengkel ini akan membuka dan melatih peserta dengan menggunakan teknik yang betul ini akan menjimatkan masa serta memudahkan peserta dalam menyiapkan tugasan. Peserta dapat memahami dan berjaya mengikuti cara yang diajar serta dapat menyiapkan kerja kursus mereka dengan baik.
Tarikh | : 08.09.2022 |
Masa | : 2.30 ptg - 5.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Bengkel keusahawanan kedai atas talian aplikasi shopee bertujuan untuk membantu peserta yang berminat untuk menjual produk atau pernoiagaan mereka ke dalam applikasi online seperti shopee. Bengkel ini dapat mendedahkan dan meningkatkan peluang pasaran yang lebih besar kepada pesrta disamping dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam ict sejajar dengan matlamat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang celik it bukan sahaja untuk perkara yang dapat mengisi lapang tetapi ict dapat membantu serta memberi faedah kepada peserta. Secara tidak langsung PEDi juga turut mendapat perhatian dan sambutan yang luas daripada kalangan komunti untuk menyertai atau berkunjung ke PEDi.
Aktiviti
Permulaan bengkel ini didahului dengan penerangan ringkas tentang bengkel ini dan juga pengenalan apa itu applikasi online atau kedai atas talian kepada peserta. Setelah penerangan rinkas tersebut, petugas tekah membuka slide yang mana dalam slide tersebut terdapat langkah-langkah yang betul untuk peserta membuka kedai atas talian dalam applikasi shopee. Peserta diminta untuk membuka dan mendaftarkan akaun jualan di shopee dan selepas peserta berjaya mendaftar akaun tersebut petugas meminta peserta mengisi maklumat asas kedai mereka seperti nama kedai, jenis produk yang dijual, alamat, jenis penghantaran yang akan digunakan dan sebagainya. Peserta juga diajar bagaimana cara untuk memasukan gambar produk dan mengisi maklumat data tentang produk mereka. Selama bengkel ini dijalankan petugas akan sentiasa memantau peserta dalam membuka jualan di kedai atas talian ini. Peserta memahami dan berjaya membuka akaun jualan di kedai atas talian.