Tarikh : 23.08.2024
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang
 
 
 
 
 
 
 
 
Tujuan
 

Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk membantu peserta dalam memperkembangkan perniagaan melalui pemasaran pendigitilan. Melalui bengkel ini kemahiran komputer dapat ditingkatkan dan meningkatkan ilmu pengetahuan usahawan untuk memperluaskan pemasaran perniagaan secara atas talian. Secara langsung ini akan menarik minat lebih ramai peserta untuk berkunjung dan menyertai aktiviti yang diadakan di sini. 

 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan pengenalan pada internet dan juga penerangan secara ringkas tentang applikasi yang digunakan untuk urusan jual beli secara atas talian seperti jompay, online banking dan sebagainya. Dalam bengkel tersebut peserta diajarkan bagaimana cara untuk menggunakan applikasi jompay melalui applikasi bank peserta. Peserta dibantu dan diajarkan langkah-langkah dengan membuka applikasi bank yang ingin digunakan. Selepas itu, peserta diajarkan langkah dalam membuat pembayaran melalui jompay sehingga selesai  dan berjaya menggunakan applikasi tersebut. Peserta berjaya dan memahami dengan baik bagaimana cara untuk menggunakannya.

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 25.08.2024
Masa : 9.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk pendedahan maklumat berkaitan dengan keusahawanan untuk membuka kedai atas talian dan juga pemasaran produk secara digital. Secara langsung ini dapat meningkatkan pengetahuan peserta dalam dunia teknologi dan ict untuk usahawan memasarkan produk mereka ke pasaran digital. Sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di NADI kepada orang ramai.

Aktiviti

Aktiviti ini membantu peserta dalam pemasaran produk melalui kedai atas talian. Dalam bengkel ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk membuka kedai atas talian dan juga bagaimana cara untuk menjadi "affiliate" dan bagaimana cara untuk membuka akaun "affiliate". Peserta diminta untuk memuat turun "shoppe" dan juga "tik tok" bagi mereka yang tiada kedua-dua applikasi tersebut. Manakala, bagi peserta yang sudah ada applikasi itu peserta terus diajarkan bagaimana cara untuk membuka kedai dan menjadi affiliate dengan mendaftarkan akaun tersebut. Selepas berjaya mendaftarkan diri peserta diajarkan dan dibantu bagaimana cara untuk memasukkan maklumat produk dari memasukan gambar produk, berat , maklumat produk dan lain-lain. Selain itu, dalam bengkel ini juga mengajar dan membantu peserta dalam menjadi "affiliate" untuk mencari pendapatan melalui "affiliate". Dalam "affiliate" ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk membuat video "content"dan bagaimana cara untuk meletakkan "link affliate" ke media sosial serta bagaimana cara untuk memasukkan beg kuning di dalam video promosi jualan bagi applikasi "tik tok". Peserta sangat seronok dan teruja dengan bengkel ini dan petugas berharap dengan adanya bengkel ini akan dapat menarik lebih ramai komuniti untuk menjadi usahawan dan mencari pendapatan melalui jualan digital sekali gus menarik minta lebih ramai untuk menyertai aktiviti yang diadakan di NADI.

Gambar Disini

 

Tarikh : 19.08.2024
Masa : 02.30 ptg - 03.30 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 4 Orang
 
 
 
 
 
 
Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk pendedahan kemahiran seperti kemahiran komunikasi yang merupakan perkara asas dalam melakukan interaksi sesama manusia. Malah, kemahiran ini akan membantu meningkatkan keyakinan diri peserta dan berkomunikasi atau interaksi dengan baik. Secara langsung ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di NADI kepada orang ramai.

 

Aktiviti

Aktiviti ini memfokuskan pada pembelajaran secara fizikal dengan membuat "handprint" sempena merdeka Malaysia yang akan disambut pada 31 Ogos ini. Oleh itu, pembelajaran atau aktiviti hari ini adalah membuat "handprint" menggunakan cat lukisan untuk "hadprint". Peserta diminta untuk mewarnakan tangan dengan warna biru, kuning dan merah sebagai lambang warna bendera Malaysia mengikut kreativiti masing-masing. Setelah tangan di catkan dengan warna tersebut, peserta akan menekap tangan pada kertas yang telah diberikan oleh petugas selama beberapa saat dan peserta akan dapat melihat hasil tangan yang telah dicat dengan warna bendera. Aktiviti sangat mudah dan seronok untuk dijalankan bersama secara langsung dapat meningkatkan semnagat patriotisme sempena sambutan merdeka. Peserta sangat seronok membuat "handprint" dan diharapkan dengan adanya aktiviti ini secara langsung dapat meningkatkan serta menarik minat lebih ramai komuniti untuk menyertai aktiviti-aktiviti percuma yang dijalankan disini.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 21.08.2024
Masa : 10.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang
 
 
 
 
 
 
 
 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian fungsi ict dan juga applikasi dalam komputer yang boleh dimanfaatkan oleh peserta dalam menyiapkan tugasan seharian.  Malah, pendedahan ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang bijak dan berinovasi serta celik it seiring dengan kemajuan teknologi kini. Dengan aktiviti ini secara tidak langsung dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang terdapat di pedi.

 

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini adalah merupakan aktiviti keusahawanan Microsoft Office dalam membuat jadual dan urusan perniagaan menggunakan applikasi tersebut. Dalam bengkel ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk mencari bahan untuk perniagaan. Melalui bahan yang dicari seperti gambar atau maklumat lain tentang produk peserta di masukkan ke dalam Microsoft Word dan Excel.  Peserta diajarkan bagaimana cara untuk membuat jadual jualan atau jadual harian penggunaan bahan untuk jualan menggunakan Microsoft Office seperti bagaimana cara untuk membuat jadual menggunakan "menu" yang tersedia dalam applikasi tersebut.seperti excel atau word. Dengan teknik-teknik yang diajarkan peserta berjaya menyiapkan urusan perniagaan menggunakan Microsoft Office ini.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 18.08.2024
Masa : 02.00 ptg - 03.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 4 Orang
 
 
 
 
 
 
 
 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta dalam mempelajari dan melatih pelajar dalam meggunakan ict atau applikasi seperti microsoft word yang membantu dalam urusan pembelajaran serta meningkatkan kemahiran dalam penggunaakan komputer. Bengkel ini dapat memperkembang dan memperluaskan lagi promosi perkhidmatan dan juga kelas ict serta usahawan yang ada di sini.

 

Aktiviti

Permulaan bengkel ini dimulakan dengan penerangan tentang microsoft office dan cara menggunakan Microsoft Word untuk menaip sajak sempena merdeka Malaysia yang ke - 67. Dalam bengkel ini peserta diajarkan bagaimana cara membuat sajak dengan penggunaan "menu" di dalam Microsoft Word serta penggunaan papan kekunci dalam menaip sajak merdeka seperti penggunaan "capslock", "space", "backspae" dan sebagainya. Peserta juga turut diajarkan bagaimana cara untuk memasukkan gambar ke dalam Microsoft Word dan bagaimana untuk mencari gambar di browser serta bagaimana cara untuk menyimpan dan memindahkan folder atau file ke dalam bentuk pdf. Peserta berjaya menyiapkan sajak dan memahami dengan baik.

Gambar Disini