Tarikh : 08.09.2022
Masa : 2.30 ptg - 5.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 4 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel keusahawanan kedai atas talian aplikasi shopee bertujuan untuk membantu peserta yang berminat untuk menjual produk atau pernoiagaan mereka ke dalam applikasi online seperti shopee. Bengkel ini dapat mendedahkan dan meningkatkan peluang pasaran yang lebih besar kepada pesrta disamping dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam ict sejajar dengan matlamat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang celik it bukan sahaja untuk perkara yang dapat mengisi lapang tetapi ict dapat membantu serta memberi faedah kepada peserta. Secara tidak langsung PEDi juga turut mendapat perhatian dan sambutan yang luas daripada kalangan komunti untuk menyertai atau berkunjung ke PEDi.

Aktiviti

Permulaan bengkel ini didahului dengan penerangan ringkas tentang bengkel ini dan juga pengenalan apa itu applikasi online atau kedai atas talian kepada peserta. Setelah penerangan rinkas tersebut, petugas tekah membuka slide yang mana dalam slide tersebut terdapat langkah-langkah yang betul untuk peserta membuka kedai atas talian dalam applikasi shopee. Peserta diminta untuk membuka dan mendaftarkan akaun jualan di shopee dan selepas peserta berjaya mendaftar akaun tersebut petugas meminta peserta mengisi maklumat asas kedai mereka seperti nama kedai, jenis produk yang dijual, alamat, jenis penghantaran yang akan digunakan dan sebagainya. Peserta juga diajar bagaimana cara untuk memasukan gambar produk dan mengisi maklumat data tentang produk mereka. Selama bengkel ini dijalankan petugas akan sentiasa memantau peserta dalam membuka jualan di kedai atas talian ini. Peserta memahami dan berjaya membuka akaun jualan di kedai atas talian.

Gambar Disini