Tarikh : 06.09.2022
Masa : 2.30 ptg - 05.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel asas pembangunan laman web aplikasi Microsoft Team adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang aplikasi dalam ict seperti Microsoft Team ini. Microsft Team ini antara pembelajaran yang efektif digunakan untuk metting atau perbincangan secara online. Oleh itu, bengkel ini diadakan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan bagaimana cara untuk menggunkan selain daripada menggunakan google meet atau zoom metting.

Aktiviti

Bengkel ini dimulakan dengan penerangan daripada petugas yang berkaitan cara penggunaan Microsft Team. Peserta diminta untuk membuka dahulu Microsoft Team dengan menekan link yang telah diberi dalam group atau melayari Microsoft Team di Browser yang tersedia. Selepas peserta membuka Microsoft tersebut petugas telah mengajar cara untuk peserta masuk ke dalam perbincangan tersebut dengan menekan sebagai pengguna biasa untuk memudahkan peserta masuk ke Microsoft Team tersebut. Setelah berjaya masuk peserta dapat mendengar perbincangan atau kelas secara online seperti zoom atau google meet. Microsoft Team ini merupakan salah satu pendekatan terbaru untuk membuat perbincangan atau kelas online kerana ia merangkumkan kesemuanya dalam satu tempat untuk pembelajaran. Peserta berjaya masuk dan menghabiskan sesi ini dengan menggunakan Microsoft Team.   

Gambar Disini