Tarikh | : 07.09.2022 |
Masa | : 9.30 pg - 12.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 20 Orang |
Tujuan
Bengkel keusahawanan Microsoft Office Word bertujuan untuk pembelajaran kepada peserta mengenai ict yang dapat peserta pelajari seperti microsoft office. Pededahan ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan peserta dalam bidang ict dan maklumat yang boleh dipelajari untuk digunkan dalam urusan perniagaan atau urusan lain dan selain membiasakan peserta dengan penggunaan komputer dan ict dalam kalangan yang berusia. Secara tidak langsung bengkel ini dapat mempromosikan dan menarik minat yang berusia untuk menyertai kelas atau bengkel di PEDi.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan penerangan ringkas asas dan fungsi microsoft word ini. Peserta diminta untuk membuka Microsoft Office iaitu Word untuk memulakan sesi pembelajaran keusahawanan melalui aplikasi tersebut. Dalam bengkel ini peserta diajar bagaimana untuk menaip dengan betul dan membiasakan menggunakan dua tangan dalam menaip sesuatu. Selain daripada menaip di applikasi tersebut petugas juga telah mengajar bagaimana untuk menggunakan tool atau alat yang terdapat di Microsoft Word untuk mengedit gambar serta memasukan semula gambar aktiviti mereka sama ada perniagaan mahupun aktiviti lain. Malah, dalam kelas ini juga peserta diajar bagaimana untuk membuat jadual atau graf yang dapat membezakan atau membandingkan sesuatu aktiviti yang mana bentuk jadual ini akan memudahkan dan meringkaskan maklumat. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan tugasan menggunakan Microsoft Office Word
Tarikh | : 06.09.2022 |
Masa | : 2.30 ptg - 05.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel asas pembangunan laman web aplikasi Microsoft Team adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang aplikasi dalam ict seperti Microsoft Team ini. Microsft Team ini antara pembelajaran yang efektif digunakan untuk metting atau perbincangan secara online. Oleh itu, bengkel ini diadakan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan bagaimana cara untuk menggunkan selain daripada menggunakan google meet atau zoom metting.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan daripada petugas yang berkaitan cara penggunaan Microsft Team. Peserta diminta untuk membuka dahulu Microsoft Team dengan menekan link yang telah diberi dalam group atau melayari Microsoft Team di Browser yang tersedia. Selepas peserta membuka Microsoft tersebut petugas telah mengajar cara untuk peserta masuk ke dalam perbincangan tersebut dengan menekan sebagai pengguna biasa untuk memudahkan peserta masuk ke Microsoft Team tersebut. Setelah berjaya masuk peserta dapat mendengar perbincangan atau kelas secara online seperti zoom atau google meet. Microsoft Team ini merupakan salah satu pendekatan terbaru untuk membuat perbincangan atau kelas online kerana ia merangkumkan kesemuanya dalam satu tempat untuk pembelajaran. Peserta berjaya masuk dan menghabiskan sesi ini dengan menggunakan Microsoft Team.
Tarikh | : 20.08.2022 |
Masa | : 2.30ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 8 Orang |
Tujuan
Bengkel keusahawanan aplikasi shopee dan teknik fotografi produk ini adalah bertujuan untuk melatih dan memberi ilmu pengetahuan tentang perniagaan online. Dengan adanya ict ini akan memudahkan dan membantu peserta memperluaskan serta dapat menjual dan mempromosi perniagaan secara meluas. Oleh itu, bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan dan memperkembangkan ilmu peserta terhadap aspek ataiu asas perniagaan online yang mana ringkasan dan gambar menjadi aspek utama untuk sesuatu produk pereniagaan. Kelas ini secara tidak langsung dapat menarik minat dan membantu serta dapat mempromosi aktiviti yang terdapat di PEDi kepada komuniti.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan pertunjukan dan penerangan secara ringkas oleh petugas tentang bengkel keusahwanan dan fotografi produk. Selepas penerngan ringkas bemgkel ini petugas memulakan dengan bengkel keusahawanan online Shopee. Dalam bengkel ini usahawan yang datang akan dijar dahulu bagaimana cara untuk mendaftar perniagaan ke dalam applikasi shopee tersebut. Dengan contoh dan ajaran yang diberikan tersebut peserta diminta untuk mendaftar sendiri perniagaan di dalam appl,ikasi tersebut. Selepas mereka berjaya mendaftar petugas mengajar pula bagaimana cara untuk membuat ketetapan seperti nama perniagaan alamat jenis perniagaan cara penghatnran dan sebagainya. Setelah peserta berjaya memasukan maklumat atau data perniagaan ke dalam shopee, petugas mengajar pula cara-cara untuk memasukan gambar produk serta maklumat produk ditempat jualan dalam applikasi tersebut. Selain itu, dalam bengkel ini juga petugas telah mengajar bagaimana teknik fotografi untuk mengambil gambar produk menggunakan alat seperti mini green screen untuk lebih mencantikan gambar produk yang diambil untuk dimasukan kedalam applikasi jualan. Petugas telah mengajar bagaimana untuk memasang mini tersebut dan teknik mengambil gambar dengan betul dengan cara yang betul bagi mencantikkan gambar produk yang diambil. Dengan pemantauan dan tunjuk ajar daripada petugas ini peserta berjaya menyiapakan kedai jualan serta memahami dengan baik cara untuk mengambil gambar produk dan berjaya memasukan ke dalam kedai peserta melalui aplikasi shopee.
Tarikh | : 25.08.2022 |
Masa | : 9.30pg - 11.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 27 Orang |
Tujuan
Bengkel ICT E-learning permainan online dan mewarna merdeka adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas atau fungsi ict terutama dalam pembelajaran. Malah, sempena merdeka ini juga PEDi ini telah mengadakan aktiviti mewarna merdeka untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan dan juga program hari bersama komuniti (HBK). Pendedahan awal ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar terhadap ict dan jugamemberi pengetahuan baru tentang kepelbagaian applikasi permainan yang berbentuk pendidikan di dalam ict ini. Bengkel ini sangat menarik minat komuniti terutama dalam kalangan pelajar sekolah yamg mana mereka lebih mudah untuk diajar.
Aktiviti
Aktiviti untuk persrerta dibahgikan kepada dua iaitu ict e-learning permainan online yang berpendidikan dan juga aktiviti sampingan sempena bulan kemerdekaan iaitu mewarna merdeka. Petugas awalnya telah memberi penerangan ringkas tentang ict e-learning yag akan diajarkan oleh petugas. Dalam bengkel ini petrugas meminta peserta melayari dan membuka permainan di dalam aplikasi dan meminta peserta memilih permainan berbentuk puzzle yang bergambar jalur gemilang atau bendera Malysia. Permainan ini adalah salah satu contoh ict berbentuk pembelajaran atau pendidikan yang mana pelajar akan dapat berfikir di luar kotak pemikiran untuk meyelesaikan susunan betul puzzle tersebut mengikut gambar jalur gemilang tersebut. Petugas memberi tunjuk ajar terlebih dahulu bagaimana cara untuk mengambil dan menyusun di ruang kotak yang disediakan tersebut. Setelah itu, peserta telah melakukan sendiri permainan tersebut disamping pemantauan daripada petugas. Selepas selsesai permainan ict e-learning tersebut, peserta diminta untuk menyertai bengkel mewarna merdeka dengan gambar yang diambil melalui laman web untuk peserta mewarna. Petugas memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk mewarna mengikut susunan warna jalur gemilang dan memantau mereka mewarna gambar tersebut dengan baik.Selain itu, dalam begkel mewarna ini juga peserta diminta untuk menguting atau mngerat lukisan gambar tersebut mengikut jalur atau bentuk tangan tersebut. Dengan bengkel ini dapat memebentuk dan memperluaskan minda pelajar secara kreatif dan inovasi pembelajaran dalam ict tersebut. Peserta dapat memahami dan berjaya menyiapkan permainan dan mewarna lukisan tersebut dengan baik.
Tarikh | : 20.08.2022 |
Masa | : 10.00pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 9 Orang |
Tujuan
Bengkel asas Microsoft Office Word Penulisan sajak dan Kuiz Kahoot merdeka adalah bertujuan untuk menarik minat peserta trerutama dalam kalangan pelajar sekolah rendah terhadap ict dan komputer sempena memeriahkan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-65 tahun. Bengkel ini juga adalah untuk memperluaskan serta memperlembangkan minda mereka terhadap penggunaan ict. Kebanyakkan budak sekolah lebih mengetahui ict ini hanya untuk bermain games menonton dan sebagainya tetapi pendedahan program ini membantu peserta untuk mengenali lebih mendalam applikasi yang berfaedah dan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka terhadap ict seperti kuiz merdeka dalam applikasi Kahoot. Malah, programa ini juga melatih meniap dengan menggunakan komputer serta penggunaan Microsoft Word.
Aktiviti
Dalam bengkel ini terdapat dua program telah dijalankan sempena bulan kemerdekaan dan Hari Bersama Komuniti (HBK) iaitu penulisan sajak menggunakan applikasi Microsoft Word dan Kuiz Kemerdekaan melalui applikasi Kahoot.Bengkel ini dimulakan dengan kelas atau bengkel Microsoft Word penulisan sajak. Petugas telah memberi penerangan secra ringkas tentang asas-asas untuk penggunaan Microsoft Word dalam penulisan sajak. Selepas penerangan peserta telah diminta membuka applikasi Micfrosoft Word di komputer peserta sendiri. Selepas itu, petrugas telah menunjukkan secara ringkas bagaimana cara untuk menaip semula sajak yang telah dipaprkan dihadapan tersebut. Sementara peserta menyalin semula sajak tersebut di MIcrosoft Word tersebut petugas telah membantu peserta dalam memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menukarkan tulisan sama ada untuk kata nama khas serta tulisan huruf kecil atau besar dan juga bagaimana cara untuk menghitamkan tulisan untuk membuat sebagai tajuk. Selain itu, program atau bengkel kedua iaitu Kuiz Kemerdekaan Online di dalam applikasi Kahoot pula diadakan selepas tamat sesi pembelajaran Microsoft Word penulisan sajak. Dalam kuiz ini peserta diminta untuk melayari atau membuka applikasi Kahoot untuk menjawab soalan kuiz kemerdekaan yang telah disediakan poleh petugas. Setelah peserta membukanya mereka diminta untuk memasukan sendiri nombor keselamatan dan memasukan nama mereka untuk menjawab kuiz tersebut. Mereka hanya perlu membaca dan menandakan jawapan yang betul untuk menjawab kuiz tersebut. Secara tidak langsung dengan adanya kuiz ini peserta dapat didedahkan dengan permainan yang bercorakan pendidikan yang membantu mereka meningkatkan ilmu pengretahuan sama ada dalam ict mahupun tentang sejarah kemrdekaan Malaysia. Hasil pembelajaran dan tunjuk ajar peserta dapat memahami dan dapat memanfaatkan ilmu tunjuk ajar untuk memnyiapkan sendiri sajak kemerdekaan serta berjaya menjawab kuiz kemerdekaan dengan gembira dan seronok.