Tarikh | : 05.01.2023 |
Masa | : 9.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan memperluaskan penggunaan ict dalam pembelajaran pelajar di awal sekolah. Dengan adanya ict ini keberkesanan aktiviti pembelajaran dapat dipertingkatkan bukan sahaja dalam kalagan pelajar tetapi juga dalam kalangan tenaga pengajar sekali gus, untuk memberikan kesedaran bahawa ict ini bukan membawa keburukan tetapi juga membawa banyak kebaikan.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini petugas telah mengajar beberape aktiviti permainan pendidikan kepada peserta supaya mereka merasa seronok untuk belajar sambil bermain tersebut. Pada permulaan petugas telah meminta peserta untuk memilih aktiviti mewarna terlebih dahulu. Selain daripada mewarna juga dalam bengkel ini petugas juga mengajar juga aktiviti mengenal huruf di dalam applikasi tersebut serta aktiviti lain seperti menyanyi sambil mengenal huruf nombor atau warna. Aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak ini membantu dalam pencarian maklumat dan ilmu pengetahuan terhadap peserta serta fokus mereka terhadap pembelajaran. Perserta memahami dan belajar dengan baik.
LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2022 - BENGKEL ASAS PEMBANGUNAN LAMAN WEB PORTAL HRMIS BERSAMA GURU TABIKA
Tarikh | : 15.12.2022 |
Masa | : 11.00 pg - 1.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta bagaimana untuk mengisi maklumat atau kemaskini data dalam portal atau laman sesawang HRMIS. Dengan adanya bengkel ini peserta dapat mengetahui cara untuk mengisi dengan mudah secara atas talian dan secara tidak langsung ict ini dapat membantu meningkatkan kemahiran dalam ict dan juga membuka ruang peserta sebagai guru tabika untuk memperluaskan dan mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran secara inovatif dan kreatif.
Aktiviti
Dalam bengkel ini peserta diterangkan dahulu tentang laman sesawang dan cara-cara asas untuk mengisi dalam laman sesawang HRMIS tersebut. Peserta diminta untuk membuka atau melayari laman sesawang HRMIS dan juga peserta diminta untuk memasukan id atau katalaluan bagi meraka yang telah berdaftar. Bagi mereka yang belum berdaftar petugas membantu mereka untuk mendaftar terlebih dahulu untuk memasuki laman sesawang tersebut. Setelah semua peserta dapat memasuki HRMIS ini, petugas meminta peserta untuk mengisi atau mengemaskini data bedasarkan malumat peserta sambil dipantau oleh petugas. Peserta memahami dan berjaya mengisi maklumat data mereka ke dalam laman HRMIS dengan baik.
Tarikh | : 05.12.2022 |
Masa | : 11.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta dalam bengkel ini memperluaskan lagi ilmu ict yang boleh digunakan dalam kehidupan mereka terutama bagi golongan usahawan. Ict ini dapat membuka minda dan membantu meningkatkan kreativiti serta inovasi dalam sesuatu tugas atau kerja. Bengkel ini mampu menjadi tarikan untuk komuniti mendapatkan bantuan mengenai ict dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.
Aktiviti
Petugas memulakan aktiviti bengkel ini dengan penerangan secara ringkas asas-asas yang akan dipelajari oleh peserta dalam bengkel tersebut. Asas dan fungsi ict dan komputer ini didedahkan kepada peserta untuk memudahkan peserta mengetahui dan memberikan gambaran dengan mudah mengenai pembelajaran yang akan diajar kepada peserta. Peserta diminta untuk membuka microsoft word dan petugas meminta peserta untuk menaip maklumat dan data tugasan atau kerja kursus yang diperlukan. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta dibantu oleh petugas dengan mengajar peserta bagaimana cara untuk membuat jadual bagi membezakan sesuatu tajuk atau perkara atau produk yang terdapat di dalam lembaran kertas kerja peserta. Petugas juga mengajar peserta bagaimana untuk memasukan imej atau gambar produk ke dalam applikasi microsoft word dan juga membantu peserta untuk menukar size, bentuk dan juga cara untuk menyunting gambar di dalam microsoft word. Malah, peserta juga diajar bagaimana untuk mencipta logo atau jenama yang mudah dan asas dengan menggunakan microsoft word. Peserta berjaya menyiapkan kerja kusrsus dengan menggunakan microsoft word dengan baik.
Tarikh | : 14.12.2022 |
Masa | : 10.00 pg - 1.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 28 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pendidikan kepada peserta sebagai pengguna internet mengenai KDB atau Klik Dengan Bijak dan pengetahuan tentang ict. Malah, bengekel ini juga secara langsung dapat memberikan kesedaran kawal selia kendiri mengenai penggunaan internet untuk menjadikan pengguna yang bijak dan berilmu dalam menggunakan internet selaras dengan masa kini yang menuju dunia digital atau internet di hujung jari.
Aktiviti
Petugas memulakan aktiviti bengkel ini dengan penerangan secara ringkas tentang KDB dan ICT serta faedah yang dapat dari KDB dan ICT. Peserta diajar bagaimana untuk mencari maklumat yang betul dan menapis benda-benda yang tidak berkaitan di dalam ict tersebut. Sebagai contoh peserta diminta untuk membuka laman web untuk membuat resume dengan template yang sedia ada seperti canva atau menggunakan microsoft word. Malah, dalam bengkel ini petugas telah memberi soalan kuiz mengenai KDB melalui ict atau applikasi di komputer untuk memberi pengetahuan sambil mempelajari dan memahirkan peserta dalam penggunaan komputer.
Tarikh | : 02.12.2022 |
Masa | : 3.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang komputer dan ict terutama dalam kalangan warga emas. Pendedahan ini membantu peserta menggunakan media baru dalam menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan lebih mudah. Secara tidak langsung, pembelajaran ini dapat mewujudkan masyarakat celik it dan kreatif dalam kalangan masyarakat terutama golongan yang tua.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan petugas menerangkan bagaimana cara untuk menaip menggunakan komputer dan penggunaan keyboard dalam menaip. Petugas meminta peserta membuka applikasi microsoft word untuk memulakan aktiviti menaip di applikasi tersebut. Setelah peserta membuka microsoft word tersebut, petugas telah mengajar bagaimana untuk menaip dengan berpandukan menu yang terdapat di microsoft word tersebut. Petugas menunjukan bagaimana cara untuk menukar size tulisan, membuat jadual, membuat garisan, memasukan gambar yang diiginkan ke dalam microsoft word. Peserta dapat mengikuti apa yang diajar oleh petugas disamping itu juga petugas membantu dan memerhati cara peserta menaip di microsoft word. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta diajar bagaimana singkatan untuk menyalin(copy) atau menampal(paste) hanya menggunakan keyboard komputer dan sebagainya. Peserta memahani dan memberikan fokus dengan baik dalam bengkel ini serta berjaya menaip menggunakan microsoft word.