Tarikh : 13.08.2022
Masa : 10.00pg - 12.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel asas pembangunan  laman web kuiz kesihatan PBSM adalah bertujuan untuk membantu peserta dalam menjawab soalan kuiz secara atas talian. Bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan awal tentang ict yang digunakan secara mneluas pada masa kini kepada komuniti terutama dalam kalangan pelajar sekolah.Fungsi ict bukan sahaja untuk melayari media sosial atau games tetapi banyak lagi faedah yang dapat digunakan terutama dalam pendidikan. Bengkel ini juga mampu memberi kesedaran dan promosi untuk peserta datang ke PEDi untuk mempelajari  tentang ict.

 

Aktiviti

Dalam bengkel ini peserta diberi penerangan secara ringkas tentang maklumat dan laman kuiz dan meminta peserta  melayari dan membuka laman web kuiz persatuan PBSM untuk menjawab kuiz yang disediakan tersebut. Setelah membuka laman web tersebut peserta diminta oleh petugas untuk memilih kuiz yang dikehendaki peserta dan mengajar peserta bagaimana cara untuk menjawab kuiz dalam atas talian itu. Peserta di ajar secara satu persatu bermula cara untuk melayari laman tersebut, bagaimana untuk masuk atau log in nama atau email peserta sehingga cara untuk menjawab soalan sama ada secara menaip, meyusun atau hanya menanda ruangan jawapan yang telah disediakan.Kuiz atas talian ini adalah salah satu bentuk pembelajaran maya yang mana dapat meningkatkan dan memperkembangkan pengetahuan peserta terhadap ict. Peserta berjaya menjawab soalan kuiz persatuan PBSM sehingga tamat kuiz dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 08.08.2022
Masa : 11.00pg - 12.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel asas pembangunan  laman web kemaskini data HRMIS adalah bertujuan membantu peserta dalam mengisi data secara online dalam laman yang disediakan tersebut. Secara tidak langsung bengkel ini mendedahkan peserta terhadap kegunaan ict pada masa kini yang mana online adalah satu bentuk pengisian yang digunakan sekarang oleh itu, pendedahan ini sangat membantu meningkatkan pengetahuan dan penggunaan dalam ict.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan tentang fungsi asas HRMIS dan juga menerangkan bagaimana cara untuk mencari dan mengisi di laman web HRMIS tersebut. Peserta diminta dahulu untuk melayari dan membuka laman web tersebut untuk membuat kemaskini data dalam laman HRMIS. Setelah itu, petugas mengajar peserta bagaimana cara untuk masuk atau log in ke laman HRMIS, setelah berjaya masuk ke dalam sistem tersebut petugas telah mengajar bagaimana cara untuk mengemaskini dan memasukan data maklumat dalam laman HRMIS kerana Sistem ini memerlukan peserta mengisi sendiri maklumat mereka.Oleh itu, petugas telah mengajar beberape cara atau langkah untuk peserta dapat mengisi atau mengemaskini data dengan sendiri. Peserta dapat memahami dan berjaya mengemaskini data maklumat didalam laman HRMIS.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 01.08.2022
Masa : 3.00ptg - 4.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta

: 2 orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel asas Microsoft Office Word dalam membuat resume menggunakan Word adalah untuk mendedahkan peserta dengan kemudahan app serta meningkatkan ilmu dalam menggubakan Microsoft Word ini. Selain itu, peserta dapat didedahkan dengan penggunaan komputer atau membiasakan diri dengan menaip menggunakan komputer.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan penerangan secara ringkas fungsi asas yang terdapat dalam app Microsoft Office Word dan bagaimana cara untuk menggunakannya untuk membuat resume. Peserta diminta untuk membuka Microsoft Word dan memilih reka bentuk yang diiginkan berdasarkan contoh-contoh resume yang sedia ada sebagai rujukan kepada peserta. Dalam aktiviti ini juga peserta diajar bagaimana untuk memilih dan menukar size tulisan atau menambah bentuk dan sebagainya. Selain itu, peserta juga diajar bagaimana cara untuk memasukan gambar dan menyunting gambar dan bagaimana untuk menyimpan resume yang telah siap ke dalam bentuk file yang diinginkan. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan resume yang telah dibuat dalam bengkel ini.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 02.08.2022
Masa : 11.00pg - 12.00 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta

: 1 orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel asas pembangunan laman web MyResume pada spa9 adalah untuk membuka dan mendedahkan peserta terhadap pengisian sistem maklumat secara online. Secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahauan asas peserta dalam kalangan belia yang tidak tahu cara untuk mengisi maklumat dalam bentuk online sekali gus, meningkatkan pengetahuan peserta terhadap ict dan penggunaan komputer,

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan memperkenalkan sistem maklumat spa9 iaitu MyResume untuk peserta yang akan menghadiri sesi temuduga spa9 ini. Peserta diminta oleh petugas untuk membuka browser dan melayari MyResume pada spa9. Setelah peserta dapat melayari dan membuka laman web tersebut petugas telah menhajar bagaimana cara untuk mengisi maklumat peribadi dalam MyResume tersebut. Selain itu, dalam MyResume ini juga putugas menunjukkan cara bagaimana untuk memasukan atau memuatnaikkan gambar serta salinan dokumen yang diminta ke dalam MyResume. Peserta mengikuti langkah untuk memuat naik dokumen dan gambar yang telah diajar oleh petugas secara tidak langsung peserta dapat mempelajari teknik dan cara mengisi maklumat secara online. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan resume yang telah dibuat dalam bengkel ini.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                                       

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 20.07.2022
Masa : 11.00pg - 12.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta

: 1 orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel asas pembangunan laman web asas gmail bersama belia adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta asas dalam gmail atau email yang mana kini semakin penting dan digunakan secara meluas dalam berurusan menggunakan email. Selain itu, aktiviti ini diadakan untuk memberi pengetahuan tentang fungsi asas yang ada dalam gmail.

Aktiviti

Dalam aktiviti ini peserta diterangkan dahulu tentang fungsi asas dalam gmai dan secara ringkas cara penggunaan akaun serta cara untuk membuka akuan gmail tersebut. Setelah itu, petugas telah meminta peserta untuk membuka atau mendaftar akaun gmail sambil dibantu oleh petugas. Selain itu, aktiviti ini telah mengajar peserta tengang fungsi asas gmail seperti sent atau penghantaran pesanan, inbox, chating, dan draft serta bagaimana cara untuk menghantar file atau dokumen melalui gmail. Peserta juga diajar bagaimana cara menggunakan google drive dan google sheet yang sangat mudah. Dalam aktiviti ini peserta memahami fungsi asas dan cara menggunakan akaun gmail serta peserta berjaya membuka akuan gmail dan juga berjaya menghantar email dan dokumen menggunakan gmail.

Gambar Disini