Tarikh : 13.02.2023
Masa : 11.00 pg - 12.00 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk pendedahan masyarakat Malaysia terhadap perkembangan teknologi maklumat atau ict dalam sesuatu kawasan. Secara tidak langsung ict dapat mempertingakatkan penggunaan dan pengetahuan wanita mengenai ict malah, dengan ict juga dapat menggerakkan pembangunan wanita di Malaysia.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini mengajar dan membantu peserta dalam kalangan wanita untuk belajar menaip surat rasmi menggunakan applikasi microsoft word. Sejajar perkembangan ict didunia penulisan tangan jarang digunakan untuk surat penting. Peserta diajar juga bagaimana cara untuk membesar dan mengecilkan tulisan tanpa perlu memadam satu-satu perkataan dan asas-asas lain yang terdapat diatas menu applikasi. Selain itu, peserta juga diajar penggunaan keyboard atau papan kekunci untuk menaip seperti penggunaan 'caps lock', 'space', 'ctrl + c; dan lain-lain. Peserta berjaya menaip dan  menyiapkan surat rasmi dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 11.02.2023
Masa : 10.30 pg - 12.30 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memperluaskan dan membuka minda peserta yang mana dalam kalangan pelajar untuk mengetahui kepelbagaian fungsi dan kemudahan serta aktiviti lain yang terdapat dalam ic.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai ict dan juga laman atau applikasi yang akan peserta gunakan didalam aktiviti bengkel ini. Peserta diminta untuk membuka applikasi Wordwall untuk menjawab kuiz secara atas talian (online) yang mana sekaligus memberikan keseronokan kepada peserta. Hal ini kerana, kuiz online itu berbentuk permaian yang berpendidikan atau memberi pembelajaran kepada peserta. Petugas hanya membantu peserta bagaimana cara untuk menjawab kuiz online dan membantu dalam penggunaan komputer untuk aktiviti tersebut. Peserta berjaya menjawab kuiz pendidikan tersebut dan memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 08.02.2023
Masa : 02.30 ptg - 04.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 22 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai ict dan meningkatkan pengetahuan tentang ict yang mana pelbagai kemudahan yang boleh digunakan secara langsung ia dapat mewujudkan masyarakat yang kreatif dan inovasi.

Aktiviti

Dalam bengkel ini peserta diajar bagaimana cara untuk menggunakan applikasi microsoft excel dalam membuat jadual dan juga buku tunai. Petugas juga turut membantu peserta dengan mengajar bagaimanacara untuk membuat jadual bagaimana cara untuk merekod atau mengisi dalam jadual. Membuat jadual mengikut format, cara menggunakan autosum dan sebagainya.Dengan menggunakan microsoft excel ini memudahkan kerja dalam membuat buku tunai dan jadual yang berkaitan dan sangat mudah untuk melihat secara keseluruhan yang telah kita rekod berbanding dengan applikasi yang lain. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan jadual dan buku tunai dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 10.02.2023
Masa : 03.00 ptg - 04.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan menyebarkan kelebihan dan fungsi yang terdapat dalam ict untuk kegunaan peserta. Ict ini memudahkan urusan manusia dalam melaksanakan sesuatu dan juga dapat mendekatkan jurang yang jauh sama ada masyrakat atau jarak sesuatu tempat secara langsung ict juga dapat kiat mengetahui segala berita diluar negara mabhupun dalam negara.

Aktiviti

Dalam bengkel ini peserta diajar terlebih dahulu mengenai fungsi asas ict dan bagaimana untuk mencari maklumat atau laman web yang dicari. Peserta menlayari laman web dan masukan kata kunci kesalamtan untuk masuk ke laman web tersebut. Selain itu, peserta juga dibantu oleh petugas dalam mengisi maklumat data dalam laman web Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang mana laman web ini sangat peting untuk mereka dalam kalangan yang bekrja sendiri untuk melindungi diri. Peserta memahami tunjuk ajar dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 19.01.2023
Masa : 02.30 PTG - 05.30 PTG
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 20 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian fungsi ict. Malah, pendedahan ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang bijak dan inovasi dalam menjalankan sesuatu tugas di samping dapat membiasakan dan mahir dengan penggunaan komputer.

Aktiviti

Bengkel ini dimulakan dengan penerangan ringkas untuk aktiviti bengek tersebut. Dalam bengkel ini peserta diajar bagaimana cara untuk menggunakan applikasi microsoft excel dalam membuat lejar dan buku tunai untuk memudahkan aktiviti para peserta terutama bagi yang menjalan keusahawanan atau untuk membezakan pengeluaran dan masuk sesautu barang atau duit. Petugas membantu peserta dengan memberikan tunjuk ajar bagaimana cara untuk membuat lejar dan buku tunai dengan menggunakan excel ini seperti membuat tajuk atau nama syarikat , membuat jadual mengikut format, cara menggunakan autosum dan sebagainya. Kaedah ini memudahkan peserta merekod dan pengiraan secara automatik kemasukan dan pengeluaran yang dilakukan. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan lejar dan buku tunai dengan baik.

Gambar Disini