Tarikh : 20.08.2022
Masa : 2.30ptg - 4.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 8 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel keusahawanan aplikasi shopee dan teknik fotografi produk ini adalah bertujuan untuk melatih dan memberi ilmu pengetahuan tentang perniagaan online. Dengan adanya ict ini akan memudahkan dan membantu peserta memperluaskan serta dapat menjual dan mempromosi perniagaan secara meluas. Oleh itu, bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan dan memperkembangkan ilmu peserta terhadap aspek ataiu asas perniagaan online yang mana ringkasan dan gambar menjadi aspek utama untuk sesuatu produk pereniagaan. Kelas ini secara tidak langsung dapat menarik minat dan membantu serta dapat mempromosi aktiviti yang terdapat di PEDi kepada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan pertunjukan dan penerangan secara ringkas oleh petugas tentang bengkel keusahwanan dan fotografi produk. Selepas penerngan ringkas bemgkel ini petugas memulakan dengan bengkel keusahawanan online Shopee. Dalam bengkel ini usahawan yang datang akan dijar dahulu bagaimana cara untuk mendaftar perniagaan ke dalam applikasi shopee tersebut. Dengan contoh dan ajaran yang diberikan tersebut peserta diminta untuk mendaftar sendiri perniagaan di dalam appl,ikasi tersebut. Selepas mereka berjaya mendaftar petugas mengajar pula bagaimana cara untuk membuat ketetapan seperti nama perniagaan alamat jenis perniagaan cara penghatnran dan sebagainya. Setelah peserta berjaya memasukan maklumat atau data perniagaan ke dalam shopee, petugas mengajar pula cara-cara untuk memasukan gambar produk serta maklumat produk ditempat jualan dalam applikasi tersebut. Selain itu, dalam bengkel ini juga petugas telah mengajar bagaimana teknik fotografi untuk mengambil gambar produk menggunakan alat seperti mini green screen untuk lebih mencantikan gambar produk yang diambil untuk dimasukan kedalam applikasi jualan. Petugas telah mengajar bagaimana untuk memasang mini tersebut dan teknik  mengambil gambar dengan betul dengan cara yang betul bagi mencantikkan gambar produk yang diambil. Dengan pemantauan dan tunjuk ajar daripada petugas ini peserta berjaya menyiapakan kedai jualan serta memahami dengan baik cara untuk mengambil gambar produk dan berjaya memasukan ke dalam kedai peserta melalui aplikasi shopee.

Gambar Disini