Tarikh : 07.09.2022
Masa : 9.30 pg - 12.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 20 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel keusahawanan Microsoft Office Word bertujuan untuk pembelajaran kepada peserta mengenai ict yang dapat peserta pelajari seperti microsoft office. Pededahan ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan peserta dalam bidang ict dan maklumat yang boleh dipelajari untuk digunkan dalam urusan perniagaan atau urusan lain dan selain membiasakan peserta dengan penggunaan komputer dan ict dalam kalangan yang berusia. Secara tidak langsung bengkel ini dapat mempromosikan dan menarik minat yang berusia untuk menyertai kelas atau bengkel di PEDi.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan penerangan ringkas asas dan  fungsi microsoft word ini. Peserta diminta untuk membuka Microsoft Office iaitu Word untuk memulakan sesi pembelajaran keusahawanan melalui aplikasi tersebut. Dalam bengkel ini peserta diajar bagaimana untuk menaip dengan betul dan membiasakan menggunakan dua tangan dalam menaip sesuatu. Selain daripada menaip di applikasi tersebut petugas juga telah mengajar bagaimana untuk menggunakan tool atau alat yang terdapat di Microsoft Word untuk mengedit gambar serta memasukan semula gambar aktiviti mereka sama ada perniagaan mahupun aktiviti lain. Malah, dalam kelas ini juga peserta diajar bagaimana untuk membuat jadual atau graf yang dapat membezakan atau membandingkan sesuatu aktiviti yang mana bentuk jadual ini akan memudahkan dan meringkaskan maklumat. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan tugasan menggunakan Microsoft Office Word 

Gambar Disini