Tarikh | : 07.11.2022 |
Masa | : 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai ict dan fungsi-fungsi yang boleh digunakan yang mana dapat memudahkan kerja atau tugasan yang dilakukan dengan menggunakan bantuan komputer atau ict ini. Secara tidak langsung bengkel ini dapat memperluaskan dan memperkembangkan pusat internet kepada semua komuniti.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang ict dan fungsi asas serta penggunaan aplikasi microsoft office kepada peserta. peserta bermula dengan membuka microsoft office word dan mula menaip mengikut lembaran kertas kerja mereka sambil dibantu oleh petugas. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta juga diajar oleh petugas mengenai tulisan yang boleh ditukar mengikut kesesuaian yang diiginkan peserta. Malah, petugas juga membantu peserta dengan menunjukkan cara untuk kita memasukan reka bentuk dan bagaimana untuk kita menulis didalam bentuk yang dipilih. Setelah siap kerja tersebut peserta juga diajar bagaimana cara untuk menyimpan data atau hasil kerja dengan membuat folder atau menulis nama di kertas kerja microsoft word ini. Dengan adadnya kelas ini peserta dapat memahami dan berjaya menyiapkan lembaran kertas kerja mereka dengan baik.
Tarikh | : 02.11.2022 |
Masa | : 11.00 pg - 12.00 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk membuka peluang untuk komuniti mempelajari ict terutama golongan tua atau dewasa terhadap penggunaan ict seperti menaip di komputer. Bengkel ini seiring dengan matlamat negara untuk mewujudkan masyarakat celik it dan memperkembangkan ict dalam kalangan masyarakat terutama mereka yang tidak mahir dalam penggunaan komputer atau ict ini. Secaa langsung bengkel ini dapat memepromosikan aktiviti yang dijalankan di PEDi ini.
Aktiviti
Permulaan bengkel ini dimulakan dengan petugas memberi penerangan secara ringkas tentang penggunaan keyboard komputer dan microsoft word supaya peserta faham asas komputer dan microsoft office. Setelah itu, peserta diminta untuk membuka applikasi microsoft word dan mula menaip sambil diperhati dan dibantu oleh petugas. Penggunaan huruf besar dan kecik seperti 'caps lock' dan jarak untuk sesuatu huruf juga diajar kepada peserta. Selain itu, petugas juga mengajar cara memilih tulisan atau mengubah bentuk tulisan dan juga membantu peserta dengan mengajar mereka bagaimana untuk memasukan gambar ke dalam microsoft word serta bagaimana untuk meletakan ayat sama ada di tengah atau ke kiri dan ke kanan. Malah, petugas juga mengajar bagaimana mereka boleh menyimpan dalam bentuk pdf dan juga file supaya kerja yang telah dibuat tidak hilang dan boleh disambung atau diedit jika ingin membuatnye. Peserta memahami dan berjaya menaip dengan baik.
Gambar Disini
Tarikh | : 15.10.2022 |
Masa | : 10.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel asas pengenalan komputer dan menaip di Microsoft Office (Word) adalah bertujuan untuk meningkatkan penggunaan alatan komputer dan memberi pendedahan kepada wrga emas terhadap ICT dan komputer. Bengkel ini adalah satu bengkel yang mampu menarik minat dan memberi kesedaran dan pededahan terhadap celik IT dalam kalangan warga emas.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang asas komputer dan peralataan yang terdapat dalam komputer untuk digunakan dalam bengkel tersebut. Petugas menunjuk dan mengajar bagaimana untuk menggunakan atau mengerakkan tetikus komputer dan bagaimana untuk menaip di keyboard dengan menggunakan dua belah tangan. Peserta juga diminta untuk membuka Microsoft Office Word untuk menaip. Dengan aktiviti menaip ini peserta dapat mempelajari bagaimana cara menggunakan tetikus di samping menaip yang memudahkan peserta untuk mempelajari penggunaan alatan komputer dan kemahiran menaip. Peserta mengikut langkah yang diajar oleh petugas dengan menggunakan tetikus untuk mengkilk atau menekan applikasi dan juga membawa tetikus ke arah pilihan yang terdapat dalam Microsoft Word. Malah, peserta juga boleh menaip dengan menggunakan kedua-dua belah tangan secara satu persatu. Bengkel ini secara tidak langsung dapat membiasakan peserta menggunakan komouter dan meningkatkan penggunaan tetikus serta penggunaan keyboard melalaui aktiviti menaip. Peserta dapat memahami dan berjaya menggunkan tetikus serta menaip menggunakan keyboard dengan baik.
Tarikh | : 17.10.2022 |
Masa | : 10.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel keuasahawanan teknik asas pemasaran dalam aplikasi tik tok shop adalah bertujuan untuk menggalakkan usahawan meluaskan pemasaran mereka dalam bentuk online atas kedai atas talian. Bengkel ini memberi pendedahan dan membantu usahawan dengan mengajar mereka bagaimana untuk memasarkan produk melaui kedai atas talian seperti tik tok shop.Sebagaimana kita tahu bahawa tik tok sekarang digunakan secara meluas di Malaysia. Oleh itu, dengan bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDi.
Aktiviti
Permulaan bengkel ini dimulakan dengan petugas atau pelatih memberi penerangan secara ringkas tentang kedai atas talian. Selain itu, petugas juga memperkenalkan kepada peserta usahawan apa itu tik tok shop dan bagaimana ia dapat membantu usahwan untuk memperluaskan produk atau memulakan perniagaan bagi yang tiada produk. Petugas meminta peserta untuk meninstall atau memuat turun applikasi tik tok saller bagi yang masih tiada. Selepas itu, petugas menunjukan satu persatu langkah bagaimana cara untuk mendaftar akaun tik tok saller atau tik tok perniagaan dengan memasukan email dan no telefon atau menggunakan akaun tik tok yang sedia ada oleh usahawan. Apabila peserta berjaya masuk ke dalam akuan perniagaan tersebut, peserta atau usahwan diminta untuk memuat naik kad pengenalan bagi tik tok mengesahkan atau verify. Kesemua peserta mengikuti langkah yang telah diajarkan oleh petugas dan mengajar atau membantu usahawan dengan memasukan maklumat lengkap produk mereka kedalam kedai tik tok sama ada ingin memasukan video atau gambar produk sahaja. Dengan adanya tik tok shop ini peserta dapat menjana pendapatan yang lebih banyak serta meluaskan lagi pemasaran kerana tik tok merupakan pasaran digital terkini yang mendapat sambutan malah lebih mudah untuk mendapatakan pelanggan. Secara tidak langsung ini akan dapat mewujudkan usahawan digital yang mentransformasi perniagaan sedia ada dengan membangunkan serta menggunakan teknologi digital terkini. Peserta dapat memahami dengan baik dan berjaya membuka akuan tik tok serta memasukan maklumat produk di dalam kedai tik tpk shop masing-masing.
Tarikh | : 13.10.2022 |
Masa | : 02.00 ptg - 04.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Bengkel asas E-Pembelajaran mewarna online dan permainan pendidikan melalui laman web uptoten adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada peserta dalam kalangan kanak-kanak mengenai ICT ini. Secara umunnya kita megetahu bawaha kanak-kanak seusia ini cepat belajar terutama pembelajaran mereka adalah secara kreatif seperti mewarna sambil mengenal huruf dan nomber serta permainan berpendidikan. Selain dari itu pembelajaran melalui ICT ini juga akan membiasakan mereka dengan peralatan komputer seperti keyboard, tetikus dan juga cara untuk membuka browser dan sebagainya secara tidak langsung bengkel ini mampu menarik minat komuniti untuk menyertai dan berkunjung di PEDi.
Aktiviti
Dalam bengkel ini petugas memulakan dengan pengenalan dan penerangan secara ringkas tentang ICT dan Uptoten yang akan peserta pelajari pada hari tersebut. Petugas membantu peserta membuka laman web Uptoten tersebut dan meminta peserta untuk memilih dahulu aktiviti mewarna. Setelah kesemua peserta membuka mewarna online petugas telah mengajar satu persatu cara untuk mewarna berdasarkan huruf atau nomber yang terdapat didalam Uptoten. Peserta mengikut arahan dengan baik dan mula mencari m=huruf atau nomber dan mengenalpasti warna yang terdapat di nomber tersebut. Selepas itu, petugas juga mengajar permainan berpendidikan iaitu permainan mencari persamaan barang atau menyusun mengikut barang yang sama. Salah satu permainan tersebut adalah apabila kotak ditekan dan kembali tutup selepas dibuka kecuali ia akan berbunyi selepas peserta dapat menjumpai barang yang sama. Aktiviti mewarna dan permainan ini secara langsung dapat mengajar peserta untuk berfikir dan mengingat serta mewujudkan atau mendidik kanak-kanak yang berfikir secara kreatif dan tinggi pemikiran. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan aktiviti mewarna serta dapoat menyelesaikan dengan baik permainan pendidikan tersebut.