Tarikh : 10.07.2023
Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 4 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan keapada peserta tentang bagaimana cara untuk mengisi borang secara online atau atas talian. Dengan pendedahan ini peserta dapat mempelajari dan meningkatkan ilmu pengetahuan terhadap ict dan juga membiasakan peserta dengan penggunaan komputer serta memudahkan dalam pencarian maklumat terutama berkaitan dengan pelajaran dan juga bantuan-bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan pusat atau negeri. Selain itu, bengkel ini dapat mempromosikan secara meluas tentang perkhidmatan dan juga kelas yang dijalakan disimni kepada komuniti.

Aktiviti

Dalam bengkel ini peserta diminta terlebih dahulu melayari laman web yang ingin diisikan oleh peserta. Masing-masing berbeza laman web yang ingin diisi pada hari tersebut iaitu laman web ipt, maidan dan juga yayasan pendidikan maidam. Selepas itu, perserta diterangkan secara ringkas mengenai laman web ini dan bagaimana cara untuk mengisi borang diatas talian tersebut. Selain itu, petugas juga meminta peserta mendaftarkan diri terlebih dahulu bagi laman web yang  memerlukan pserta untuk mendaftarkan diri sebelum mengisi. Setelah mendaftarkan diri peserta diminta untuk mengisi maklumat yang diminta dan peserta dibantu oleh petugas sehingga selesai mengisi maklumat dalam laman web sistem tersebut. Dengan bantuan dan tunjuk ajar dari petugas peserta dapat mengisi sndiri borang maidam. Peserta berjaya mengisi maklumat dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 07.07.2023
Masa : 3.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict yang mampu untuk mencari maklumat dan juga dapat digunakan untuk pelajaran dari jarak jauh tanpa perlu berjumpa. Selain itu, dengan mempelajaran ini dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan ict dan komputer dan juga pemprosesan data, pencarian maklumat serta kemahiran dalam dunia digital. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.

Aktiviti

Bengkel ini merupakan kelas tuisyen Bahasa Inggeris yang dijalankan disini secara online untuk peserta yang telah berdaftar. Petugas mengajar bagaimana cara untuk menggunakan applikasi zoom seperti membuka audio, cara chat, membuka camera dan sebagainya. Dalam kelas online tersebut peserta akan diberikan nota secara pdf untuk rujukan peserta dan juga diajar setiap topik yang telah difokuskan dalam kelas tersebut menggunakan applikasi. Peserta berjaya memasuki kelas online dan memahami apa yang telah diajar dalam kelas tuisyen tersebut dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 03.07.2023
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan ict dan applikasi yang terdapat dalam komputer serta membiasakan peserta dengan duni digital dalam menjalankan sesuatu tugasan. Selain itu, dengan adanya bengkel sebegini ia dapat menarik minat lebih ramai komuniti untuk berkunjung dan juga dapat memperluaskan lagi hebahan tentang perkhidmatan yang terdapat disini.

Aktiviti

Aktiviti pada hari tersebut adalah berkaitan dengan applikasi microsoft word dan peneragan secara ringkas tentang applikasi dan ict juga diterangkan sebelum peserta diajar lebih mendalam tentang applikasi tersebut. Petugas membantu dan mengajar peserta bagaimana cara untuk menaip dan mengubah tulisan, size dan juga bagaimana peserta membuat jadual dengan menggunakan applikasi tersebut. Selain itu, peserta juga diajar untuk sentiasa menyimpan setiap kerja dan juga bagaimana cara untuk menyimpan dalam pelbagai bentuk sama ada pdf, word dan lain-lain. Peserta berjaya menyiapkan kerja menggunakan microsoft dan juga memahami dengan baik

Gambar Disini

 

 

 

 

 

Tarikh : 06.07.2023
Masa : 9.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir dalam penggunaan ict terutama dalam kalangan pelajar di awal sekolah. Dengan adanya ict ini keberkesanan aktiviti pembelajaran dapat dipertingkatkan bukan sahaja dalam kalagan pelajar tetapi juga dalam kalangan tenaga pengajar sekali gus, untuk memberikan kesedaran bahawa ict ini bukan membawa keburukan tetapi juga membawa banyak kebaikan. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti pada hari tersebut telah diajar kepada peserta mengenai laman web uptoten untuk mereka belajar dan bermain permainan berpendidikan. Dalam aktiviti ini petugas mengajar peserta tentang bagaimana cara untuk mewarna dalam applikasi uptoten. Selain itu, mewarna dalam applikasi ini bukan sahaja membantu peserta mengenal warna malah mengenal bentuk huruf dan sebagainya melalui permainan berpendidkan seperti menyambung huruf untuk membentuk objek yang telah disambung. Aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak ini membantu dalam pencarian maklumat dan ilmu pengetahuan terhadap peserta serta fokus mereka terhadap pembelajaran. Perserta memahami dan belajar dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 01.07.2023
Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir dan memudahkan peserta untuk mencari maklumat. Secara langsung kelas ict dapat meningkatkan ilmu pengetahuan peserta terhadap ict dan applikasi yang dapat digunakan serta dapat menjana ke arah minda yang kreatif dan celik it. Malah, kelas ini juga dapat mempromosikan pedi secara langsung kepada komuniti tentang perkhidmatan yang terdapat disini.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini dimulkan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi yang akan digunakan dalam bengkel ini. Peserta diminta untuk mendaftarkan diri terlebih dahulu untuk memudahkan proses pengeditan dan juga supaya hasil kerja tidak hilang. Dalam bengkel ini juga peserta akan memilih sendiri reka bentuk kad digital yang diiginkan setelah kad dipilih peserta diajar bagaimana untuk mengedit kad tersebut seperti tulisan, size, cara memasukan gambar dengan pencarian dalam internet mahupun melalui pencarian di dalam applikasi canva tersebut. Peserta juga diajar bagaimana untuk membuat kad digital tersebut bergerak dan memasukan audio muzik untuk kad tersebut. Selain itu, petugas juga mengajar peserta bagaimana untuk menyimpan kad tersebut dalam bentuk pdf, imej, mp4 dan lain-lain. Peserta berjaya membuat kad digital dan memahami dengan baik.

Gambar Disini