Tarikh : 03.08.2023
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 5 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian fungsi ict. Malah, pendedahan ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang bijak dan berinovasi dalam menjalankan sesuatu tugas di samping dapat membiasakan dan mahir dengan penggunaan komputer. Selain itu, bengkel ini dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang terdapat di pedi.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini adalah berkaitan dengan microsoft excel membuat jadual untuk peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah. Petugas terlebih dahulu menerangkan secara ringkas bagaimana untuk menggunakan excel dan memberi buku ict sebagai rujukan untuk peserta mengikut langkah tersebut supaya memudahkan lagi pemahaman peserta. Dalam bengkel tersebut, peserta diajar bagaimana untuk membuat jadual seperti penggunaan ';merge and centre', bagaimana untuk membuat garisan, menukar tulisan, size dan sebagainya. Peserta membuat jadual mengikut teknik dan pemahaman yang diajar berserta buku sebagai panduan untuk menyiapkan jadual tersebut. Peserta berjaya menyiapkan jadual dan memahami dengan baik. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 02.08.2023
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir dan memudahkan peserta untuk mencari maklumat serta mempromisikan produk dalam kalangan usahwan. Hal ini kerana, penggunaan teknologi ini akan memberi impak yang besar dalam perniagaan kea arah perniagaan secara digital. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.

Aktiviti

Bengkel ini telah dijalankan secara atas talian yang mana topiknya adalah berkaitan dengan 'engagement dan follower" di media sosial. Dalam bengkel tersebut menfokuskan tentang engagement atau interaksi dari penonton dan juga mengenai follower di media sosial yang dapat meningkatkan dan memperluaskan pasaran hanya menggunakan media sosial dalam membuat idea untuk video seperti media sosial tik tok, instagram, facebook, youtube dan sebagainya. Selain itu, diterangkan cara-cara untuk menarik lebih ramai follower dan juga jenis penonton dan idea yang bagus untuk sesebuah video dalam meningkatkan dan menarik lebih ramai dalam media sosial secara langsung dapat memperluaskan lagi promosi sesuatu produk serta meningkatkan pendapatan. Peserta memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 22.07.2023
Masa : 2.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan daya kreativiti dan imagenasi dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk melatih peserta agar mahir dalam penggunaan ict. Hal ini seiring dengan kemajuan teknologi pada hari ini serta pendedahan awal ini dapat melatih peserta mahir menggunakan ict dan kreatif dalam pembelajaran. Secara langsung ini dapat mempromosikan dan memperkenalkan perkhidmatan pedi yang dotawarkan di sini kepada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan peneragan secara ringkas tentang perkakas komputer dan juga applikasi yang digunakan dalam bengkel ini. Peserta diminta oleh petugas untuk melayari di browser laman web quiziz untuk peserta belajar dan bermain di dalam sistem tersebut. Sistem quiziz ini mempunyai pelbagai pilihan topik dan juga ia berbentuk permainan menguji minda tapi masih berbentuk pelajaran yang sesuai dengan tahap pendidikan peserta. Peserta pada bengkel tersebut telah memilih untuk menjawab quiziz matematik untuk melatih dan memudahkan peserta memahami formula matematik dan petugas telah membantu peserta dengan menunjukkan cara bagaimana untuk menjawab di laman web tersebut. Peserta berjaya menjawab quiziz tersebut dan memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 01.08.2023
Masa : 2.30 ptg - 3.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan melatih peserta terhadap ict dan pekakas komputer untuk membiasakan peserta dengan teknologi terkinio serta meningkatkan pengetahuan peserta terhadap dunia digital.Selain itu, ia dapat juga mempromosikan dan meperluaskan lagi informasi tentang perkhidmatan yang ditawarkan di sini kepada komuniti.

Aktiviti

Bengkel ini merupakan bengkel asas yang mengajar peserta bagaimana untuk menaip dengan menggunakan applikasi typing.com. Peserta diajar dalam applikasi ini adalah untuk membiasakan dan melatih peserta dengan menaip menggunakan keyboard. Dalam applikasi typing.com ini peserta diberikan ayat untuk ditaip dengan frasa atau fungsi-fungsi kegunaan yang ada di keyboard seperti kegunaan caps lock, space, ctrl + c dan sebagainya dalam laman web tersebut. Secara tidak langsung typing.com ini memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan setiap huruf yang terdapat di keyboard serta melatih mereka menaip secara cepat. Peserta berjaya menaip dan memahani dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 21.07.2023
Masa : 3.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memperluaskan dan membuka minda peserta yang mana dalam kalangan pelajar untuk mengetahui kepelbagaian fungsi dan kemudahan serta aktiviti lain yang terdapat dalam ict. Selain itu, dengan perkembangan teknologi ini juga kita mamou untuk mempelajari atau menghadari kelas serta bengkel secara atas talian atau secara jarak jauh tanpa perlu bersemuka. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.

Aktiviti

Bengkel ini merupakan kelas tuisyen Bahasa Inggeris yang dijalankan secara atas talian atau online di pedi bagi peserta yang telah berdaftar dan digunakan applikasi zoom sebagai medium untuk kelas tuisyen tersebut. Petugas membantu peserta untuk membuka dan mengajar perkara asas yang digunakan dalam zoom seperti cara untuk menaip di ruangan chat, membuka gambar dan juga audio. Dalam kelas online ini juga peserta akan diberikan nota secara percuma untuk topik pada hari tersebut dalam bentuk pdf. Peserta berjaya memasuki kelas online dan memahami apa yang telah diajar dalam kelas tuisyen tersebut dengan baik.

Gambar Disini