Tarikh | : 17.04.2023 |
Masa | : 10.30 pg - 12.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel memberi pendedahan kepada peserta asas dalam gmail atau email yang mana kini semakin penting dan digunakan secara meluas dalam berurusan menggunakan email. Selain itu, aktiviti ini diadakan untuk memberi pengetahuan tentang fungsi asas yang ada dalam gmail dan juga ini dapat menghebahkan lagi aktiviti serta perkhidmatan yang ada disini.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang email/gmail yang ingin digunakan. Terlebih dahulu peserta diajar bagaimana cara untuk mendaftar akaun gmail/email tersebut. Setelah diajar bagaimana mendaftar petugas membantu peserta dalam mengajar bagaimana cara untuk menghantar pesanan melalui email ke pada seseorang serta bagaimana untuk memasukan file 'attach' dan juga cara menaip di pesanan email tersebut. Peserta berjaya menhantar pesanan dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 16.04.2023 |
Masa | : 9.30 pg - 11.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 14 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan masyarakat terhadap ict dan penggunaan ict atau internet secara bijak dan berhemah. Dengan adanya bengkel ini ia dapat menarik minat komuniti untuk berkunjung di pusat internet serta dapat menghebahkan perkhidmatan dan kelas yang ada disini.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan bacaan Yaasin bersama usahwan wanita sempena ramadhan. Selepas bacaan yaasin juga telah diadakan tahlil secara sederhana untuk disedekahkan kepada mereka yang telah meninggal dunia. Selain daripada itu juga kita ada majlis pemberian cenderhati daripada pedi kepada peserta usahawan serta petugas juga tidak terlepas peluang mengajar peserta bagaimana untuk mencari maklumat dan menyebarkan maklumat secara bijak dan berhemah di dalam internet sekali gus dapat berkongsi ilmu serta perkhidmatan yang terdapat disini kepada usahawan wanita.
Tarikh | : 05.04.2023 |
Masa | : 2.30 ptg - 3.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk membantu peningkatan ilmu masyarakat terhadap ict. Hal ini kerana ict pada masa kini sangat penting dan digunakan pakai dalam pelbagai urusan. Oleh hal itu,bengkel-bengkel sebegini diadakan untuk membantu dan memberikan pendedahan kepada umun terhadap ict secara tidak langsung ini dapat memperkembangkan dan memperkenalkan pedi dan perkhidmatan terhadap komuniti setempat.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang bagaimana cara untuk men ggunakan internet dan juga kelebihan yang terdapat dalam internet yang boleh digunakan untuk sesuatu urusan kerja atau urusan lain. Peserta diperkenalkan oleh petugas tentang browser bagaimana untuk mencari maklumat dengan menggunakan browser. Selain itu, petugas juga mengajar dan membantu peserta bagaimana untuk menyambungkan internet melalui wifi, hotspot dan lain-lain supaya peserta dapat melayari maklumat yang diinginkan. Malah, dalam bengkel ini juga peserta diajar bagaimana cara untuk menukarkan file pdf kepada bentuk file jpeg (gambar) atau dalam bentuk word hanya menukar di applikasi 'ilovepdf' melalui carian internet tersebut. Peserta berjaya menukarkan file dan memahami dengan baik mengenai internet.
Tarikh | : 12.04.2023 |
Masa | : 3.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan komuniti terhadap ict dan kepentigan ict terutama dalam kalangan pelajar. Ict ini mampu untuk membantu meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang terhadap ict dan membiasakan dalam penggunaan komputer. Dengan adanya bengkel sebegini secara langsung dapat memperkenalkan lagi pedi kepada komuniti.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang internet dan microsoft office kepada peserta. Peserta diajar bagaimana untuk mencari imej yang tepat dan tidak kabur dengan menggunakan ejen carian internet untuk lembaran kerja kursus peserta. Selain itu, petugas juga mengajar peserta bagaimana cara untuk memasukan imej yang telah disimpan ke dalam microsoft word dan bagaimana cara untuk 'crop' dan menyusun mengikut kehendak peserta sambil dibantu oleh petugas. Peserta berjaya mencari imej dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 01.04.2023 |
Masa | : 10.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan komuniti terhadap kepentingan dan kegunaan ict dalam urusan seseorang. Ict membantu peserta dalam mencari maklumat dan mengisi sesuatu tanpa perlu pergi ke tempat yang ingin dituju untuk mengisi sesuatu. Selain itu, bengkel ini juga membantu peserta dalam penggunaan komputer dan juga internet. Secara tidak langsung bengkel ini juga dapat mendedahkan dan memperkenalkan perkhidmatan yang ada di pedi ini.
Aktiviti
Penerangan ringkas berkaitan dengan maklumat yang ingin diisi dan bagaimana cara untuk mencari maklumat atau laman web tersebut di browser kepada peserta. Tujuannya untuk memudahkan lagi pemahaman pesrta dalam mencari dan mengisi maklumat dengan bantuan daripada petugas. Petugas meminta peserta membuka laman web maidam terlebih dahulu dan meminta peserta memilih kategori yang dinginkan setelah itu peserta memberi tunjuk ajar kepada peserta bagaimana untuk mengisi dengan memasukan ic pemohon dan membantu dalam setiap langkah dalam mengisi maidam sehingga selesai. Peserta berjaya mengisi dan memahami dengan baik.