Tarikh : 23.07.2023
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 20 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai ict dan meningkatkan pengetahuan tentang ict yang mana pelbagai kemudahan yang boleh digunakan secara langsung ia dapat mewujudkan masyarakat yang kreatif dan inovasi. Selain itu, ia dapat mempromosikan dan meperluaskan lagi informasi tentang perkhidmatan yang ditawarkan di sini kepada komuniti.

Aktiviti

Dalam bengkel ini peserta diajar bagaimana cara untuk menggunakan applikasi microsoft word dan juga bagaimana cara untuk mengubah pdf menjadi word menggunakan laman web ilovepdf. Petugas juga turut membantu peserta dengan mengajar bagaimanacara untuk membuat jadual menggunakan microsoft word untuk memudahkan peserta membezakan setiap menu yang perlu disediakan oleh mereka.Dengan menggunakan microsoft word ini memudahkan kerja dalam membuat tugasan kerana microsoft ini lengkap dengan menu yang diiginkan seperti ruangan kotak, warna, size, bentuk dan sebagainya malah dalam keals ini juga petugas turut membantu peserta mengajar bagaimana cara untuk menyimpan hasil kerja supaya tidak hilang. peserta memahami dan berjaya menyiapkan tugasan dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 14.07.2023
Masa : 3.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict untuk mencari maklumat dan juga dan melatih serta meningkatkan kemahiran asas dalam penggunaan ict serta penggunaan komputer. Selain itu, dengan perkembangan teknologi ini juga kita mamou untuk mempelajari atau menghadari kelas serta bengkel secara atas talian atau secara jarak jauh tanpa perlu bersemuka. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.

Aktiviti

Bengkel ini merupakan kelas tuisyen Bahasa Inggeris yang dijalankan pedi secara atas talian atau online untuk peserta yang telah berdaftar. Bengkel e-tuisyen ini dijalankan secara atas talian menggunakan applikasi zoom. Petugas membantu peserta untuk membuka dan mengajar perkara asas yang digunakan dalam zoom seperti cara untuk menaip di ruangan chat, membuka gambar dan juga audio. Dalam kelas online ini juga peserta akan diberikan nota secara percuma untuk topik pada hari tersebut dalam bentuk pdf. Peserta berjaya memasuki kelas online dan memahami apa yang telah diajar dalam kelas tuisyen tersebut dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

Tarikh : 12.07.2023
Masa : 11.00 pg - 1.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 4 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mewujudkan dan menyampaikan maklumat yang relevan terutama. Kemahiran yang ada mengenai ict ini juga dapat mewujudkan usahawan yang inovasi dalam bidang pertanian dapat membantu meningkatkan produktiviti dan mampu membawa nama negara ke peringkat global. Secara langsung, ini dapat memperluaskan dan memperkenalkan perkihidmatan pedi kepada komuniti. 

Aktiviti

Bengkel ini adalah mengenai agro teknologi pertanian yang dijalankan secara online. Dalam bengkel online ini telah diterangkan tentang agroteknologi pertanian yang mana ia merupakan pelajaran asas mengenai bidang teknologi pertanian yang memberi impak besar dalam bidang pertanian. Kelas ini bantak memberi tumpuan kepada pertanian secara smart farming, pertanian hidroponik, jenis tanaman, agenda tanaman dan sebagainya serta bagaimana treknologi membantu dalam pertanian, faedah yang diperolehi serta pengurusan pertanian menggunakan teknologi dalam pertanian. Peserta memahami dengan baik mengenai pertanian agroteknologi ini.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 13.07.2023
Masa : 11.00 pg - 1.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan komuniti terhadap kepentigan dan kegunaan ict dalam perniagaan dan juga meningkatkan kemahiran dalam penggunaan ict serta pencarian maklumat. Selain itu, dengan adanya kelas ushawan ini dapat memberi pengetahuan tentang dunia perniagaan secara digital dan secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti

Topik pada bengkel secara atas talian ini ialah mengenai etikan perniagaan dan juga aspek utama dalam dandanan diri atau keterampilan diri yang mana kedua-dua ini sangat peting untuk seorang usahawan dan yang lain-lain. Bengkel ini merangkumi tentang etika perniagaan yang mana etika keterampilan diri di beri keutamaan selain daripada tingkahlaku dalam perniagaan. Hal ini kerana pengurusan imej yang perlu dititikberatkan oleh semua pihak kerana kebanyakan orang akan membuat penilaian berdasarkan pandangan pertama. Selain itu, dalam bengkel tersebut di beri contoh bagaimana dandanan yang betul dari segi pemilihan warna, kasut, dan lain-lain untuk memudahkan peserta memhami etika keterampilan yang betul dalam perniagaan. Peserta berjaya menghabiskan kelas dan memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 11.07.2023
Masa : 11.00 pg - 1.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian fungsi ict. Malah, pendedahan ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang bijak dan inovasi dalam menjalankan sesuatu tugas di samping dapat membiasakan dan mahir dengan penggunaan komputer.

Aktiviti

Topik pada bengkel secara atas talian ini ialah mengenai penulisan resume untuk pemasaran kerja bagi peserta yang masih mencari kerja atau lepasan sekolah dan universiti. Dalam bengkel ini diterangkan bersama contoh tentang aspek utama atau perkara yang penting untuk dimasukan dalam resume dan juga perkara yang tidak perlu dimasukan dalam resume. Selain itu, dalam bengkel online ini juga peserta diterangkan tentang pemilihan size dan jenis tulisan yang digunakan untuk penulisan resume. Malah, dalam bengkel online ini juga peserta  diberi contoh-contoh atau jenis-jenis resume yang sesuai dengan maklumat yang tepat ditunjukkan dalam bengkel tersebut supaya peserta dapat membezakan dan boleh digunakan sebagai rujukan untuk membuat resume. Peserta memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam kelas online tersebut.

Gambar Disini