Tarikh | : 23.06.2023 |
Masa | : 11.00 pg - 12.00 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir dan memudahkan peserta untuk mencari maklumat serta mempromisikan terutama dalam kalangan usahwan. Hal ini kerana, pada masa kini teknologi ict ini banyak digunakan dan memberikan impak yang sangat besar kepada sistem terutama dalam pemprosesan data, pencarian maklumat serta kemahiran dalam dunia digital. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.
Aktiviti
Topik pada bengkel secara atas talian ini ialah mengenai mindset usahawan. Peserta diterangkan secara ringkas mengenai mindset ushawan yang mana ia fokus pada bagaimana seorang usahawan berfikir atau mentaliti sebagai seorang usahawan. Dalam kelas tersebut peserta telah diajar dan terangkan tentang kepentigan, ciri-ciri, cara bentuk mindset dan sebagainya. Melalui kelas tersebut juga peserta dapat mengetahui dan melihat dengan contoh yang diberi bagaimana untuk membentuk mindset yang positif sekaligus, dapat mewujudkan usahawan yang bersikap positif dan mempunyai hala tujuan dalam perniagaan. Peserta memahami dengan baik.
Tarikh | : 09.06.2023 |
Masa | : 10.00 pg - 12.00 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 30 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta dalam meningkatkan ilmu pengetahuan terhadap ict dan juga komputer seiring perkembangan teknologi di dunia ini. Dengan adanya bengkel sebegini peserta dapat mempelajari bagaimana untuk menggunakan ict dengan lebih bijak dan membantu perkembangan minda terutama dalam kalangan pelajar terhadap ict dan komputer. Hal ini secara langsung dapat menarik lebih ramai komuniti untuk berkunjung ke sini.
Aktiviti
Bengkel ini merupakan bengkel bualbicara secara online bersama LPPKN untuk kesedaran peserta terutama dalam kalangan pelajar mengenai sosial dan kesihatan. Bengkel ini bukan tertumpu pada bualbicara sahaja tetapi dalam bengkel ini juga kita telah mengadakan sesi jawab kuiz yang berkaitan dengan topik bualbicara pada hari tersebut. Petugas membantu peserta untuk menjawab kuiz dan juga bagaimana cara untuk mereka masuk dalam kuiz dan bualbicara secara online tersebut.Peserta dapat menjawab kuiz dan berjaya masuk dalam sesi tersebut serta memahami dengan baik.
Tarikh | : 20.06.2023 |
Masa | : 11.00 pg - 12.00 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict ini. Hal ini kerana, pada masa kini teknologi ict ini banyak digunakan dan memberikan impak yang sangat besar kepada sistem terutama dalam pemprosesan data serta kemahiran dalam dunia digital. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhiodmatan secara meluas kepada komuniti.
Aktiviti
Bengkel penulisan resume ini diadakan secara atas talian (online) adalah bengkel bualbicara disamping mengajar dan membantu peserta bagaimana untuk membuat resume menggunakan applikasi yang boleh peserta gunakan untuk membuat resume. Sebelum itu petugas telah meminta peserta untuk membuka bengkel online melalui laman web zoom untuk masuk ke kelas tersebut. Dalam bengkel tersebut peserta diajar dan ditunjukkan bagaimana untuk membuat resume menggunakan applikasi yang tersedia seperti canva, microsoft word, adobe
Tarikh | : 03.06.2023 |
Masa | : 2.30 ptg - 5.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 7 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta terhadap ict dan applikasi yang boleh dimanfaatkan untuk urusan seharian peserta. Selain itu, ict ini juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam komputer dan teknologi terkini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang celik it, kreatif dan inovasi dalam sesuatu perkara. Secara tidak langsung, bengkel ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan serta pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan disini.
Aktiviti
Penerangan secara ringkas mengenai ict dan applikasi yang digunakan untuk memberi gambaran kepada peserta di dalam bengkel ini. Petugas mengajar bagaimana cara untuk membuat kad dengan reka bentuk yang terdapat dalam microsoft word ini. Selain itu, peserta lain juga diajar bagaimana cara untuk menaip surat tidak rasmi serta lembaran kerja kursus pelajar sekolah menengah. Kesemua peserta diajar bagaimana cara untuk memilih size, reka bentuk, tulisan dan juga diajar bagaimana cara untuk meletakkan potongan ayat ke sebelah kanan atau ke bawah dengan menggunakan 'space' dan juga ukuran pembaris yang ada diatas dalam microsoft word. Malah, peserta juga dibantu oleh petugas dalam proses menaip serta bagaimana cara untuk menyimpan tugasan yang dibuat ke dalam bentuk dokumen lain seperti pdf, jpeg, word template dan sebagainya. Peserta berjaya menyiapkan kerja menggunakan microsoft word dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 19.06.2023 |
Masa | : 2.30 ptg - 3.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan membantu peserta dalam bengkel ini memperluaskan lagi ilmu ict yang boleh digunakan dalam kehidupan mereka terutama bagi golongan usahawan. Ict ini dapat membuka minda dan membantu meningkatkan kreativiti serta inovasi dalam sesuatu tugas atau kerja. Bengkel ini mampu menjadi tarikan untuk komuniti mendapatkan bantuan mengenai ict dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.
Aktiviti
Bengkel pengurusan sumber manusia ini telah diadakan secara atas talian (online) untuk peserta mempeljari dan memperkukuhkan lagi ilmu dalam budang ushawan termasuk bidang-bidang lain. Dalam bengkel ini peserta diajar tentang pengurusan majikan, pekrja, pengambilan pekrja, penguirusan gaji dan kontrak perkhidmatan. Selain itu, peserta diajar dan contoh bagaimana proses yang dapat peserta jalankan sebagai pengusaha untuk mengambil kerja. Malah, proses-proses yang berkaitan surat tawaran, jadual kerja, slip gaji atau perkiraan gaji sama ada sebulan, setiap minggu atau sebulan yang perlu usahawan ambil berat dalam perniagaan dan sebagainya juga diajar dalam bengkel tersebut. Peserta memahami dengan baik.