Tarikh : 06.07.2023
Masa : 9.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir dalam penggunaan ict terutama dalam kalangan pelajar di awal sekolah. Dengan adanya ict ini keberkesanan aktiviti pembelajaran dapat dipertingkatkan bukan sahaja dalam kalagan pelajar tetapi juga dalam kalangan tenaga pengajar sekali gus, untuk memberikan kesedaran bahawa ict ini bukan membawa keburukan tetapi juga membawa banyak kebaikan. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti pada hari tersebut telah diajar kepada peserta mengenai laman web uptoten untuk mereka belajar dan bermain permainan berpendidikan. Dalam aktiviti ini petugas mengajar peserta tentang bagaimana cara untuk mewarna dalam applikasi uptoten. Selain itu, mewarna dalam applikasi ini bukan sahaja membantu peserta mengenal warna malah mengenal bentuk huruf dan sebagainya melalui permainan berpendidkan seperti menyambung huruf untuk membentuk objek yang telah disambung. Aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak ini membantu dalam pencarian maklumat dan ilmu pengetahuan terhadap peserta serta fokus mereka terhadap pembelajaran. Perserta memahami dan belajar dengan baik.

Gambar Disini