Tarikh | : 13.06.2023 |
Masa | : 11.00 pg - 12.00 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam teknologi maklumat. Penggunaan ict kini semakin diperlukan untuk menyampaikan dan mencari maklumat terutama bagi usahawan yang mana ict ini banyak membantu serta memudahakan urusan dalkam setiap perkara. Denga bengkel ini dapat lagi ramai untuk belajar dan berkunjung di pedi.
Aktiviti
Bengkel pengurusan kewangan ini diadakan secara online mengenai bagaimana cara kita mengurus kewangan terutaman dalam kalangan usahawan kecil. Di dalam kelas tersebut, diajarkan bagaimana peserta perlu lakukan dalam kewangan seperti merekod jualan, keutungan, membuat jadual dan sebagainya. Selain itu, bengkel ini juga memberikan pengetahuan asas mengenai pengurusan jualan dan juga perlu membuka akaun untuk pengurusan kewangan supaya tidak bercmpur dan dapat dilihat hasil yang kita dapat. Peserta berjaya menghabiskan sesi kelas tersebut dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 10.06.2023 |
Masa | : 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menggalakan lagi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ict) dalam pelbagai urusan secara langsung dapat mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berilmu malah dapat juga memajukan sesebuah negara dengan perkembangan teknologi ini. Selain itu, dengan wujudnya bengkel atau kelas ini dapat memperluaskan dan menyebarkan lagi nama PEDi serta perkhidmatan yang ditawarkan disini.
Aktiviti
Peserta diterangkan bagaimana cara untuk mengisi laman web pengisian secara atas talian kepada peserta. Peserta diminta untuk membuka laman sesawang tersebut dan perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu bagi sistem laman yang memerlukan untuk membuat pendaftaran. Setelah peserta berjaya mendaftarkan diri ke dalam sistem tersebut, peserta dibantu oleh petugas dalam mengisi maklumat diri kle dalam sistem pengisian tersebut mengikut katogeri yang telah ditetapkan untuk diisi. Peserta berjaya mengisi secara atas talian dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 18.05.2023 |
Masa | : 10.00 pg - 12.00 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 23 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta terhadap ict iaitu pencarian maklumat secara bijak. Selain itu bengkel ini juga diadakan untuk memberi kesedaran mengenai kehidupan sosial peserta terutama berkaitan dengan risiko kehamilan luar nikah, pergaulan dan seks atau pornografi. Secara tidak langsung, bengkel ini juga dapat mempromosikan perkhidmatabn serta pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan disini.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan pendaftaran peserta dan juga menyusun atur barang yang diperlukan oleh penceramah untuk memulakan sesi taklimat tersebut. Petugas membantu penceramah menyediakan tempat dan juga komputer serta projektor untuk digunakan dalam sesi tersebut. Selain itu, peserta juga bukan hanya dihidngkan dengan taklimat sahaja tetapi program ini juga menyediankan kuiz dalam applikasi kahoot. Petugas membantu penceramah dalam menjalan kuiz tersebut dengan mengajar peserta sesi tersebut bagaimana untuk menjawab kuiz dalam applikasi kahoot tersebut. Peserta berjaya menjawab kuiz dan memahami dengan baik.
\
Tarikh | : 19.05.2023 |
Masa | : 9.30 pg - 11.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta terhadap ict dan applikasi yang boleh dimanfaatkan untuk urusan seharian masyarakat. Malah, ict ini juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, bengkel ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan serta pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan disini.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang microsoft office excel dan bagaimana cara untuk menaip dan mengisi maklumat menggunakan excel. Peserta diajar bagaimana untuk membuat jadual yang sangat mudah dengan menggunakan excel malah, petugas juga menerangkan beberapa kaedah untuk memasukkan formula di dalam Microsoft Excel dan sebagainya. Peserta menggunakan teknik dan langkah yang diajar oleh petugas dalam microsoft excel. Peserta berjaya menyiapkan kerja menggunakan excel dan memahami dengan baik.
LAPORAN AKTIVITI MEI 2023 - BENGKEL ASAS PEMBANGUNAN LAMAN WEB PEPERIKSAAN ONLINE UCKG BERSAMA BELIA
Tarikh | : 15.05.2023 |
Masa | : 08.30 pg - 10.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan membantu peserta bagaimana cara untuk mengisi atau menjawab peperikasaan secara atas talian. Dengan bantuan ict ini dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit peserta malah, peserta tidak perlu bersusah payah ke tempat atau pejabat untuk sesuatu urusan. Pendedahan ini membantu meluaskan lagi penggunaan dalam ict dan juga secara langsung dapat mempromosikan perkhidmatan yang ada disini.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan pendaftaran peserta di laman web uckg untuk masuk ke dalam sistem bagi menjawab peperiksaan uckg. Peserta dibantu oleh petugas dalam teknikal sistem iaitu bagaimana untuk peserta menyimpan jawapan dan meneruskan ke soalan yang seterusnya. Petugas juga membantu mengajar peserta bagaimana untuk mereka mencetak slip menduduki pepriksaan yang telah diambil dan peserta juga dapat mengikut langkah yang diajar untuk menjawab bahagian B seperti yang diajar oleh petugas dalam menjawab bahagian A. Peserta berjaya menjawab soalan dan memahami dengan baik.