Tarikh : 03.06.2023
Masa : 2.30 ptg - 5.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 7 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta terhadap ict dan applikasi yang boleh dimanfaatkan untuk urusan seharian peserta. Selain itu, ict ini juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam komputer dan teknologi terkini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang celik it, kreatif dan inovasi dalam sesuatu perkara. Secara tidak langsung, bengkel ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan serta pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan disini.

Aktiviti

Penerangan secara ringkas mengenai ict dan applikasi yang digunakan untuk memberi gambaran kepada peserta di dalam bengkel ini. Petugas mengajar bagaimana cara untuk membuat kad dengan reka bentuk yang terdapat dalam microsoft word ini. Selain itu, peserta lain juga diajar bagaimana cara untuk menaip surat tidak rasmi serta lembaran kerja kursus pelajar sekolah menengah. Kesemua peserta diajar bagaimana cara untuk memilih size, reka bentuk, tulisan dan juga diajar bagaimana cara untuk meletakkan potongan ayat ke sebelah kanan atau ke bawah dengan menggunakan 'space' dan juga ukuran pembaris yang ada diatas dalam microsoft word. Malah, peserta juga dibantu oleh petugas dalam proses menaip serta bagaimana cara untuk menyimpan tugasan yang dibuat ke dalam bentuk dokumen lain seperti pdf, jpeg, word template dan sebagainya. Peserta berjaya menyiapkan kerja menggunakan microsoft word dan memahami dengan baik.

Gambar Disini