Tarikh | : 13.05.2023 |
Masa | : 09.30 pg - 10.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta dalam mempelajari dan mendedahkan mengenai ict dan applikasi microsoft office kepada peserta. Mempelajari dan melatih pelajar dalam meggunakan ict atau applikasi seperti microsoft word sangat membantu dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaakan komputer. Bengkel ini dapat memperkembangkan lagi dan memperluaskan lagi promosi perkhidmatan dan juga kelas ict serta usahawan yang ada di sini.
Aktiviti
Permulaan bengkel ini dimulakan dengan penerangan tentang microsoft office dan juga microsoft word yang akan digunakan oleh peserta untuk menaip lirik atau sajak di applikasi tersebut. Peserta diajar bagaimana untuk membuat dua bahagian untuk satu-satu ayat. Selain itu, peserta juga diajar bagaimana untuk mengedit dan juga 'copy' dan 'paste' di dalam microsoft word. Bagaimana cara untuk peserta mengembalikan yang telah padam serta bagaimana cara untuk menyimpan dan memindahkan folder atau file ke dalam bentuk pdf serta dipindahkan ke dalam 'pendrive' atau terus ke whatasap web. Petugas berjaya menyiapkan sajak/lirik dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 10.05.2023 |
Masa | : 2.00 ptg - 04.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk menggalakan dan memperluaskan lagi penggunaan ict dalam kalangan peserta terutama kalangan pelajar sekolah dalam keterlibatan mereka terhadap dunia digital dan ict ini. Selain itu, dapat mewujudkan pelajar yang mahir dan bijak dalam menggunakan ict sejajar dengan misi negara mewujudkan masyarakat yang celik it dan berinovasi sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang multimedia yang akan digunakan untuk membuat kad digital sempena hari ibu. Peserta diminta untuk memilih reka bentuk kad digital dan petugas mengajar bagaimana cara untuk mengedit tulisan dan cara untuk menaip di kad digital tersebut. Peserta mengikut langkah yang diajar oleh petugas dalam mengedit kad tersebut, malah, peserta juga diajar bagaimana memuatnaik gambar di 'folder' untuk dimasukan dalam kad digital tersebut. Selain itu, peserta juga diajar bagaimana cara untuk menukarkan tulisan, memasukan elemen bentuk serta bagaimana cara untuk menyimpan file atau reka bentuk kad digital yang telah siap ke dalam file. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan kad digital dengan baik.
Tarikh | : 03.05.2023 |
Masa | : 10.00 pg - 12.00 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta terhadap ict. Terdapat banyak kelebihan dan faedah yang terdapat dalam ict terutama dalam menyelesaikan sesuatu urusan. Oleh itu, dengan bengkel ini dapat memberi peluang peserta untuk menimba ilmu dan juga sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan dan bengkel yang terdapat disini.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang browser dan cara bagaimana untuk melayari laman web serta bagaimana cara untuk mendaftar atau mengisi maklumat dalam applikasi e-perumahan dan juga idme atau sistem pengurusan murid. Setelah laman web yang diiginkan tersedia, petugas meminta setiap peserta untuk mendaftar terlebih dahulu. Selepas pserta berjaya mendaftar, peserta dibantu dalam mengisi maklumat mengikut arahan sistem yang telah dimasuk sehingga selesai mengisi maklumat tersebut. Petugas membantu sehingga peserta berjaya mengisi maklumat dan peserta memahami dengan baik.
Tarikh | : 08.05.2023 |
Masa | : 2.30 ptg - 04.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai komputer dan applikasi yang terdapat dalam ict. Selain itu, bengkel ini juga adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta terhadap fungsi dan kegunaan ict yang banyak memberikan manfaat dan memudahkan urusan seseorang. Dengan adanya bengkel sebegini ia mampu untuk memperluaskan lagi nama PEDI dan perkhidmatan yang terdapat disini.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi microsoft word dan juga bagaimana cara untuk menaip menggunakan keyboard. Peserta diajar bagaimana cara untuk memasukan imej sebagai 'latterhead' ke dalam microsoft word. Selain itu, petugas juga mengajar peserta bagaimana cara penggunaan keyboard seperti 'capslock', 'space', 'ctrl+c' dann lain-lain untuk memudahkan peserta menaip dengan baik. Malah, menu dalam applikasi tersebutt juga turut diajar kepada peserta seperti bagaimana cara untuk menukarkan tulisan, size tulisan, cara membuat garisan atau jadual dan sebagainya. Petugas membantu sehingga peserta berjaya menaip dan peserta memahami dengan baik.
Tarikh | : 19.04.2023 |
Masa | : 10.30 pg - 12.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai komputer dan applikasi yang terdapat dalam ict. Terdapat banyak kelebihan dan faedah yang terdapat dalam ict terutama dalam menyelesaikan sesuatu urusan. Oleh itu, dengan bengkel ini dapat memberi peluang peserta untuk menimba ilmu dan juga sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan dan bengkel yang terdapat disini.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi microsoft word dan keyboard komputer dalam menaip di applikasi tersebut serta bagaimana format surat rasmi sebelum peserta menaip surat di microsoft word. Peserta diajar bagaimana untuk membuat garis panjang, bagaimana untuk menaip alamat dengan format surat rasmi, bagaimana untuk menggunakan menu yang terdapat dalam microsoft word dan sebagainya. Petugas membantu sehingga peserta berjaya menaip surat rasmi dan peserta memahami dengan baik.