Tarikh : 19.08.2023
Masa : 10.30 pg - 11.30 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai komputer dan applikasi yang terdapat dalam ict. Selain itu, bengkel ini juga adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta terhadap fungsi dan kegunaan ict yang banyak memberikan manfaat dan memudahkan urusan seseorang. Secara tidak langsung, bengkel ini dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang terdapat di pedi.

Aktiviti

Bengkel ini dimulakan dengan penerangan tentang stem-to supaya dapat membuka minda atau membantu menjana pada pemikiran yang kritikal dan meningkatkan kreativiti serta daya saing dalam bidang sains, seni dan lain-lain. Dalam bengkel tersebut petugas memberi tunjuk ajar atau contoh terlebih dahulu bagaimana untuk peserta membuat teropong kertas. Bahan-bahan untuk membuat teropong kertas disediakan oleh petugas seperti kertas, reben atau tali, penebuk lubang, hiasan manik dan lain-lain. Peserta mengikut langkah yang diajar disamping dibantu oleh peserta dalam menyiapkan teropong kertas tersebut. Selain itu, petugas juga meminta peserta untuk menghiaskan teropong tersebut mengikut krativiti masing-masing. Peserta berjaya menyiapkan teropong kertas tersebut dan memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

Tarikh : 18.08.2023
Masa : 3.00 ptg - 6.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 65 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan latihan dan kemahiran terhadap ict dan juga kegunaan komputer dalam mencari maklumat serta hala tuju ict dalam keperluan perkhidmatan digital berpaksikan pelanggan, kerajaan, aplikasi dan data, infrastruktur ICT, keupayaan ICT. Selain itu, bengkel ini dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang terdapat di pedi.

Aktiviti

Bengkel ini diadakan disekolah rendah Pasir Akar yang mana ia terdiri daripada pelajar asrama Desa Sekolah Kebangsaan Pasir Akar untuk mengajar dan memberi pendidikan mengenai stem-tot untuk meningkatkan kemahiran fikiran ,berinovasi dan kreatif dalam kalangan pelajar. Pada bengkel tersebut petrugas telah menunjuk ajar bagaimana cara untuk membuat 'robotic hand' yang menggunakan bahan sekeliling yang mereka sentiasa guna seperti benang, straw, kertas atau kotak kitar semula untuk mencipta sebuah 'robotic hand'. Peserta mengikut setiap langkah yang diajar dan juga paparan skrin juga dipaparkan memudah pemahaman pelajar untuk mencipta 'robotic hand' dengan bantuan petugas. Selain itu, peserta juga diterangkan secara ringkas tentang KDB atau klik dengan bijak dan juga peserta diminta untuk mejawab kuiz KDB untuk agar peserta dapat mencari maklumat dan menyebarkan maklumat dengan bijak. Peserta berjaya menyiapkan 'robotic hand' dan menjawab kuiz KDB dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 16.08.2023
Masa : 10.30 pg - 12.30 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan peserta terhadap ict dan juga teknologi serta kemahiran komputer terhadap masyarakat. Dengan pendedahan ini dapat meningkatkan ilmu pemngetahuan peserta terhadap dunia digital dan teknologi serta kegunaan dalam mencari maklumat dan sesuatu urusan yang melibatkan ict. Secara langsung dapat memperluaskan dan memperkenalkan perkidmataman dan nama pedi dalam kalangan komuniti setempat mahupun luar komuniti.

Aktiviti

Bengkel ini menfokuskan pada teknik temuduga yang dijalankan secara atas talian atau online yang mana dalam bengkel ini diterangkan bagaimana cara atau teknik yang betul untuk menhadari dan menjawab soalan temuduga dengan betul. Selain itu, dalam bengkel ini juga diberi contoh skrip soalan dan jawapan yang perlu peserta jawab dan juga contoh memlalui youtube atau video yang disediakan untuk memudahkan pemahaman peserta. Peserta dapat menghabiskan sesi bengkel online dengan jayanya dan memahami dengan baik

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 17.08.2023
Masa : 10.00 pg - 12.00 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk melatih peserta agar mahir dalam penggunaan ict dan membiasakan peserta terhadap komputer terutama diawal usia mereka kerana dapat meningkatkan daya kreativiti dan imegenasi dalam kalangan pelajar tadika. Hal ini seiring dengan kemajuan teknologi pada hari ini serta pendedahan awal ini dapat melatih peserta mahir menggunakan ict dan kreatif dalam pembelajaran. Secara langsung dapat meningkatkan dan memperluaskan promosi dan perkhidmatan yang terdapat dalam pedi.

Aktiviti

Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi dan juga komputer sebelum peserta menerokai applikasi tersebut. Terlebih dahulu peserta peserta diminta untuk memilih permainan pendidikan iaitu 'bubble letter' yang mana peserta perlu memasukan huruf mengikut ejaan dalam kotak tersebut. Pembelajaran ini dapat memperkenalkan lagi peserta terhadap huruf dan juga penguasaan dari segi fikiran serta fokus poada mata ketika memilih huruf tersebut. Selain itu, peserta juga diajar pelbagai permainan berpendidikan seperti mendeko atau menghias kek dengan pemilihan warna, bentuk dan sebagainya. Malah, kelas itu juga petugas mengajar bagaimana cara untuk bermain menaip mengikut huruf abc serta belkajar menyesuaikan baju mengikut cuaca. Peserta sangat teruja dan seronok dengan e-pembelajaran hari ini dan juga memahami dengan baik apa yang petugas ajarkan kepada peserta.

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 09.08.2023
Masa : 10.30 pg - 12.30 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan latihan dan mendedahkan masyarakat terhadap dunia digital atau maya ini terutama dalam kalangan warga emas, pelajar, usahawan dan sebagainya. Hal ini kerana, banyak kelebihan dari sudut positif ict ini dalam kehidupan pada masa kini yang tertumpu kearah digital dalam setiap urusan. Dengan adanya bengkel sebegini ia dapat mempertingkatkan jumlah kedatagan pelanggan di pedi sekali gus dapat memperluaskan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti

Bengekel ini dijalankan secara atas talian atau online yang mana topik pada hari ini adalan mengenai smart farming agroteknologi. Dalam bengkel  ini peserta diterangkan tentang bagaimana untuk menjadikan tanaman yang berkualiti menggunakan teknologi. Dalam bengkel ini ditunjukkan juga bagaimana cara tanaman yang menggunakan kaedah pencahayaan solar, pengangkutan untuk tanaman dan sebagainya. Hal ini kerana teknologi dapat mengekalkan kualiti sesuatu hasil pertanian seperti buah, sayur, hasil ternakan selepas dituai agar produk itu kekal lebih lama atau kekal segar. Peserta berjaya menghabiskan sesi bengkel dan memahami dengan baik.

Gambar Disini