Tarikh : 02.12.2022
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang komputer dan ict terutama dalam kalangan warga emas. Pendedahan ini membantu peserta menggunakan media baru dalam menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan lebih mudah. Secara tidak langsung, pembelajaran ini dapat mewujudkan masyarakat celik it dan kreatif dalam kalangan masyarakat terutama golongan yang tua.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan petugas menerangkan bagaimana cara untuk menaip menggunakan komputer dan penggunaan keyboard dalam menaip. Petugas meminta peserta membuka applikasi microsoft word untuk memulakan aktiviti menaip di applikasi tersebut. Setelah peserta membuka microsoft word tersebut, petugas telah mengajar bagaimana untuk menaip dengan berpandukan menu yang terdapat di microsoft word tersebut. Petugas menunjukan bagaimana cara untuk menukar size tulisan, membuat jadual, membuat garisan, memasukan gambar yang diiginkan ke dalam microsoft word. Peserta dapat mengikuti apa yang diajar oleh petugas disamping itu juga petugas membantu dan memerhati cara peserta menaip di microsoft word. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta diajar bagaimana singkatan untuk menyalin(copy) atau menampal(paste) hanya menggunakan keyboard komputer dan sebagainya. Peserta memahani dan memberikan fokus dengan baik dalam bengkel ini serta berjaya menaip menggunakan microsoft word.

Gambar Disini