Tarikh : 14.12.2022
Masa : 10.00 pg - 1.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 28 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini  bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pendidikan kepada peserta sebagai pengguna internet mengenai KDB atau Klik Dengan Bijak dan pengetahuan tentang ict. Malah, bengekel ini juga secara langsung dapat memberikan kesedaran kawal selia kendiri mengenai penggunaan internet untuk menjadikan pengguna yang bijak dan berilmu dalam menggunakan internet selaras dengan masa kini yang menuju dunia digital atau internet di hujung jari.

Aktiviti

Petugas memulakan aktiviti bengkel ini dengan penerangan secara ringkas tentang KDB dan ICT serta faedah yang dapat dari KDB dan ICT. Peserta diajar bagaimana untuk mencari maklumat yang betul dan menapis benda-benda yang tidak berkaitan di dalam ict tersebut. Sebagai contoh peserta diminta untuk membuka laman web untuk membuat resume dengan template yang sedia ada seperti canva atau menggunakan microsoft word. Malah, dalam bengkel ini petugas telah memberi soalan kuiz mengenai KDB melalui ict atau applikasi di komputer untuk memberi pengetahuan sambil mempelajari dan memahirkan peserta dalam penggunaan komputer.

Gambar Disni