Tarikh : 11.11.2022
Masa : 10.30 pg - 12.30 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan mengenai microsoft office yang boleh dipelajari untuk mereka terutama dalam kalangan pelajar sekolah yang perlu didedahkan awal dengan ict. Pembelajaran bengkel seperti ini akan membuka luas lagi peluang untuk mereka belajar dalam ict di PEDi ini.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini dimulakan dengan mengajar mereka tentang fungsi asas komputer dan juga microsoft power point. Kelebihan power point untuk membuat slide pembentangan atau untuk membuat nota minda yang kreatif dengan power point. Di dalam bengkel ini petugas telah mengajar peserta tentang menu bar yang terdapat di dalam power point. Selain itu, bagaimana cara untuk menambah slide baru atau slide kosong, bagaimana cara untuk memasukan teks dan mengubah teks atau bentuk reka bentuk yang diiginkan. Petugas juga mengajar peserta bagaimana cara untuk memasukan gambar ke dalam slide power point malah, peserta juga diajar bagaimana cara untuk membuat slide tersebut bergerak dan juga boleh memasukan muzik ke dalam slide dan bagaimana cara untuk menyimpan hasil kerja ke dalam file dengan nama mereka sendiri. Peserta berjaya menyiapkan tugasan dan memahami dengan baik.

Gambar Disini