Tarikh : 18.03.2023
Masa : 2.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 11 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan komuniti terhadap perniagaan secara kecil untuk membantu peserta untuk mencari peluang untuk menjana pendapatan melalui kelas sebegini. Malah, dalam bengkel ini juga membantu peserta terhadap perniagaan digital atau secara atas talian disamping belajar teknik pembuatan sabun organik.Secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti

Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang bahan yang akan digunakan untuk membuat sabun organik. Usahawan menunjukkan cara bagaimana untuk membuat sabun dari awal sehingga menjadi sabun yang sangat ringan dan bebas bahan kimia. Selain itu, Petugas membantu usahawan menyediakan tempat dan juga membantu memasukan bahan yang telah siap kedalam botol untuk diberikan kepada peserta yang datang ke bengkel tersebut secara percuma. Peserta memahami dengan baik cara-cara untuk membuat sabun organik.

Gambar Disini