Tarikh : 05.04.2023
Masa : 2.30 ptg - 3.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk membantu peningkatan ilmu masyarakat terhadap ict. Hal ini kerana ict pada masa kini sangat penting dan digunakan pakai dalam pelbagai urusan. Oleh hal itu,bengkel-bengkel sebegini diadakan untuk membantu dan memberikan pendedahan kepada umun terhadap ict secara tidak langsung ini dapat memperkembangkan dan memperkenalkan pedi dan perkhidmatan terhadap komuniti setempat.

Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang bagaimana cara untuk men ggunakan internet dan juga kelebihan yang terdapat dalam internet yang boleh digunakan untuk sesuatu urusan kerja atau urusan lain. Peserta diperkenalkan oleh petugas tentang browser bagaimana untuk mencari maklumat dengan menggunakan browser. Selain itu, petugas juga mengajar dan membantu peserta bagaimana untuk menyambungkan internet melalui wifi, hotspot dan lain-lain supaya peserta dapat melayari maklumat yang diinginkan. Malah, dalam bengkel ini juga peserta diajar bagaimana cara untuk menukarkan file pdf kepada bentuk file jpeg (gambar) atau dalam bentuk word hanya menukar di applikasi 'ilovepdf' melalui carian internet tersebut. Peserta berjaya menukarkan file dan memahami dengan baik mengenai internet.

Gambar Disini