Tarikh | : 01.03.2024 |
Masa | : 03.00 ptg - 04.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan latihan kemahiran komputer dan ict terhadap masyarakat. Secara tidak langsung ict dapat mempertingakatkan ilmu penggunaan dan pengetahuan dalam teknologi maklumat sekali gus, dapat memperkembangkan lagi perkhidmatan pedi kepada komuniti setempat.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini mengajar dan membantu peserta dalam kalangan belia untuk belajar menaip surat rasmi dan membuat lembaran kerja kursus menggunakan applikasi microsoft word. Sejajar perkembangan ict didunia penulisan tangan jarang digunakan untuk surat penting kerana kini surat kebanyakkan ditaip menggunakan komputer malah, aktiviti sekolah menengah juga kini menggunakan medium ini sebagai pembelajaran untuk membiasakan pelajar dengan aktiviti menaip menggunakan applikasi dalam komputer. Dalam bengkel ini peserta diajar juga bagaimana cara untuk membesar dan mengecilkan tulisan tanpa perlu memadam satu-satu perkataan dan asas-asas lain yang terdapat diatas menu applikasi. Selain itu, peserta juga diajar penggunaan keyboard atau papan kekunci untuk menaip seperti penggunaan 'caps lock', 'space', 'ctrl + c; dan lain-lain. Peserta berjaya menyiapkan surat rasmi dan lembaran kerja kursus dengan baik.
Tarikh | : 24.02.2024 |
Masa | : 11.00 pg - 12.00 pg |
Lokasi | : HBK Pedi Tembila |
Peserta | : 36 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta dalam tenik asas pemasaran melalui digital "marketing" atau "e-commerce" ini. Selain itu, bengkel ini juga melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir untuk mencari maklumat serta mempromisikan produk dalam kalangan usahwan. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.
Aktiviti
Bengkel ini telah dijalankan di HBK Pedi Kg Tembila yang mana bengkel ini menfokuskan pada topik keushawanan digital "marketing solution e-commerce". Dalam bengkel ini peserta diterangkan secara ringkas dan diperkenalkan pemasaran "e-commerce" dan digital marketing serta bagaimana ia membantu dan berfungsi sebagai medium dalam pemasaran produk usahawan itu. Selain itu, peserta diajarkan beberape perkara dalam "e-commerce" dan digital "marketing" seperting "website" (membuka kedai), nama "domain" (nama kedai untuk dikenali atau alamat), "webhosting" (tapak kedai) , kedai atas talian dan sebagainya. Peserta juga diajarkan secara ringkas bagaimana cara membuka "website" perniagaan dan juga perkenalkan tentang "domain" untuk peserta gunakan bagi membuka "website" perniagaan dan perniagaan atas talian menggunakan platform media digital. Peserta sangat teruja mempelajari media digital "solution e-commerce" ini dan memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.
Tarikh | : 24.02.2024 |
Masa | : 11.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : HBK Pedi Tembila |
Peserta | : 14 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan membantu peserta dalam tenik asas pemasaran dalam aplikasi media baru bagi memasarkan dan meluaskan lagi perniagaan mereka di samping untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir dan boleh menggunakan media digital sebagai platform untuk menjual. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.
Aktiviti
Bengkel ini telah dijalankan di HBK Pedi Kg Tembila yang mana bengkel ini menfokuskan pada topik keushawanan sosial media iaitu tik tok sebagai medium dalam menjual dan memasarkan produk atas talian. Dalam bengkel ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk menjadi "affiliate" atau membuka "affiliate" untuk produk usahawan tersebut. Selain itu, peserta diajarkan bagaiman cara untuk menambahkan produk jualan mereka melalui kedai atas talian tik tok yang menjadi medium paling popular untuk usahawan mengetegahkan produk mereka. Malah, peserta juga diajarkan bagaimana untuk membuat "content" sendiri untuk jualan produk menggunakan applikasi tik tok. Melalui platform tik tok ini akan dapat meningkatkan jualan dan meluaskan pasaran produk seseorang ushawan. Peserta sangat seronok dengan ilmu yang diajarkan dan memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel ini.
Tarikh | : 25.02.2024 |
Masa | : 3.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel softskill atau kemahiran membuat resume ini diadakan bertujuan untuk melatih kemahiran dalam membuat resume menggunakan applikasi yang tersedia seperti Microsoft Word, Canva, Adobe Photoshop dan sebagainya. Pendedahan latihan ini dapat meningkatkan ilmu kemahiran komputer dan juga menaip untuk peserta. Dengan adanya bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pedi kepada komuniti.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengajar peserta asas membuat resume menggunakan applikasi seperti canva dan microsoft word. Peserta diajarkan bagaimana cara untuk mendaftarkan diri dan teknik-teknik membuat resume menggunakan applikasi canva. Dalam bengkel ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk memilih 'template' resume yang tersedia dalam canva dan diajarkan teknik-teknik dalam membuat penyuntingan seperti bagaimana cara untuk menukarkan size tulisan, jenis tulisan, cara untuk menggerakkan potonga ayat, menukarkan warna , cara untuk memasukkan gambar dan sebagainya. Malah, peserta juga diajarkan bagaimana cara untuk menyimpan dalam bentuk pdf daripada applikasi tersebut. Peserta berjaya menggunakan teknik yang diajar dalam membuat resume dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 24.02.2024 |
Masa | : 9.00 pg - 10.00 pg |
Lokasi | : HBK Pedi Tembila |
Peserta | : 36 Orang |
Tujuan
Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk mendedahkan dan membantu peserta dalam peamasaran produk serta memberikan pengetahuan tentang peluang perniagaan melalui media baru seperti kedai atas talian "shopee" dan sebagainya. Secara langsung ini dapat menghebahkan dan memperluaskan nama pedi keapada komuniti.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini telah diadakan di HBK Pedi Kg Tembila yang mana kebanyakkan yang hadir adalah terdiri daripada ushawan dan topik pada bengkel tersebut adalah mengenai keusahawanan kedai atas talian. Dalam bengkel tersebut peserta diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk membuka kedai atas talian melalui applikasi Shopee. Peserta diterangkan bagaimana Shopee membantu usahawan untuk memasarkan produk mereka secara meluas dan bagaimana Shopee berfunsi dalam membantu usahawan menjana pendapatan. Peserta diajarkan dari mendaftarkan akuan jualan, bagaimana cara untuk menambahkan produk dalam kedai atas talian, bagaimana cara untuk memasukkan maklumat produk dan sebagainya. Peserta sangat teruja dan seronok mempelajari ilmu perniagaan untuk mengukuhkan lagi kemahiran keusahawanan mereka dan memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.