Tarikh | : 18.02.2024 |
Masa | : 10.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 11 Orang |
Tujuan
Bengkel Asas ini adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan ict dalam menterjemahkan rumi kepada jawi untuk mengangkat martabat bahasa jawi serta mededahkan peserta kepada kemahiran teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kemahiran komputer dan penggunaan applikasi dapat dipertingkatkan dan mendidik masyarakat menggunakan ict dengan bijak dan memberikan manfaat kepada mereka. Sekali gus, bengkel ini juga dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang ditawarkan di pedi ini.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menterjemahkan daripada rumi ke jawi serta bagaimana cara untuk memasukkan dan menyunting tulisan jawi ke dalam applikasi Power Point. Terlebih dahulu peserta diminta untuk membuka browser jawi.net untuk menterjemahkan tulisan rumi ke jawi. Setelah itu, peserta diminta untuk menulis nama peserta dan menekan butang terjemah nama ke jawi. Selain itu, peserta diajarkan pula bagaimana cara untuk 'cppy' atau menyalin tulisan jawi dan memasukkan ke dalam applikasi Power Point. Dalam applikasi Power Point tersebut peserta diajarkan oleh petugas bagaimana cara untuk memilih 'template' yang sedia ada , cara untuk memasukkan gambar, menukarkan size tulisan, jenis, pertukaran warna dan sebagainya. Degan teknik-teknik yang diajarkan tersebut peserta berjaya menterjemahkan tulisan rumi ke jawi dan juga berjaya menyunting tulisan jawi dalam applikasi Power Point dengan bantuan daripada Petugas Pedi.
Tarikh | : 17.02.2024 |
Masa | : 10.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 6 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan masyarakat terutama dalam kalangan pelajar sekolah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran komputer serta celik it agar seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan ict. Secara tidak langsung bengkel ini akan membantu mempromosikan dan menggalakkan lagi komuniti untuk bergunjung ke Pedi.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini mengajar dan membantu peserta untuk belajar menaip surat rasmi menggunakan applikasi microsoft word. Peserta dibekalkan dengan kertas rujukan untuk peserta menaip mengikut format yang betul dengan bantuan petugas. Dalam bengkel ini peserta diajar juga bagaimana cara untuk membesar dan mengecilkan tulisan tanpa perlu memadam satu-satu perkataan dan asas-asas lain yang terdapat diatas menu applikasi. Selain itu, peserta juga diajar penggunaan keyboard atau papan kekunci untuk menaip seperti penggunaan 'caps lock', 'space', 'ctrl + c; dan lain-lain. Peserta berjaya menyiapkan surat rasmi dan lembaran kerja kursus dengan baik.
Tarikh | : 07.02.2024 |
Masa | : 2.30 ptg - 3.30 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta |
: 2 orang |
TUJUAN
Bengkel Pembelajaran Kuiz Atas Talian bertujuan untuk memberikan pendedahan ict dan komputer kepada peserta malah, pendedahan ini juga adalah untuk melatih dan mendidik peserta dalam menggunakan teknologi dengan bijak. Secara langsung ini aktiviti bengkel ini dapat meperkenalkan Pedi dan perkhidmatan yang ditawarkan selain daripada aktiviti pembelajaran kepada komuniti.
AKTIVITI
Dalam bengkel ini peserta diajarkan berkenaan cara bagaimana untuk menjawab kuiz dalam applikasi atas talian. Petugas membantu dan membimbing peserta dalam proses pembelajaran dengan meminta mereka untuk membuka applikasi kuiz seperti 'Wordwall', 'Liveworkaheet' dan lain-lain dan memilih tahap mereka. Selain daripada mengajar petugas juga membantu mereka untuk memahami soalan yang diberikan. Peserta berjaya menjawab kuiz atas talian dengan baik.
Tarikh | : 15.02.2024 |
Masa | : 10.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 15 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir. Selain daripada latihan bengkel ini juga bertujuan untuk mendidik dan mendedahkan peserta pada aktiviti yang bermanfaat untuk pembelajaran yang dapat dijalankan dalam kelas sebegini. Secara langsung kelas ict dapat meningkatkan ilmu pengetahuan peserta terhadap ict dan applikasi yang dapat digunakan serta dapat menjana ke arah minda yang kreatif dan celik it. Malah, kelas ini juga dapat mempromosikan pedi secara langsung kepada komuniti tentang perkhidmatan yang terdapat disini.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi yang akan digunakan dalam bengkel ini. Peserta diminta untuk membuka applikasi pembelajaran 'vission board' yang mana peserta akan menaip dan mereka cipta 'vission board' didalam applikasi canva. Dalam bengkel tersebut Petugas Pedi membantu mengajar bagaimana cara untuk membuat 'vission Board' dengan memilih 'template' yang diiginkan. Selepas mereka memilih 'template' tersebut Petugas Pedi meminta untuk mereka menaip impian atau aktiviti-aktiviti ke dalam applikasi tersebut. Selain itu, Petugas Pedi membantu dan membimbing peserta bagaimana cara untuk menyunting 'template' tersebut, bagaimana untuk masukan gambar, menukarkan size atau jenis tulisan dan sebagainya. Akhir sekali peserta berjaya menyiapkan 'vission board' dengan baik.
Tarikh | : 05.02.2024 |
Masa | : 10.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Bengkel softskill atau kemahiran membuat resume dan kaedah resize gambar ini bertujuan untuk melatih peserta dalam kemahiran menaip resume dan juga pengubahan ukuran gambar. Selain itu, kelas ini juga mendedahkan peserta terhadap ict dan kemahiran komputer yang mana dapat meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran kepada peserta. Sekali gus, adanya bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pedi kepada komuniti.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengajar peserta asas membuat resume dan juga mengajar bagaimana cara untuk mengubah size gambar ke gambar passport atau size gambar yang lain. Petugas Pedi mengajar peserta bagaimana cara membuat resume menggunakan applikasi seperti canva dan microsoft word. Peserta diajar membuat resume menggunakan applikasi canva yang mana applikasi baru ini sangat memudahkan peserta untuk menaip dengan memilih 'template' yang sedia ada dan menyunting dengan memasukkan maklumat peserta ke dalam resume. Selain itu, peserta membantu dan membimbing peserta dengan mengajar bagaimana cara untuk nengecikkan size tulisan, warna, dan bagaimana cara untuk memasukkan gambar. Manakala, untuk pembelajaran mengubah size gambar pula peserta diajar bagaimana untuk membuang latar belakang dari gambar dan mengubah size gambar melalui applikasi 'remove.bg' atau '123passportphoto'. Peserta berjaya menggunakan teknik yang diajar dalam membuat resume dan mengubah size gambar dengan baik.