Tarikh : 3.02.2024
Masa : 11.00pg - 12.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta

: 1 orang

 

 

 

 

TUJUAN

Bengkel asas pembangunan laman web asas membuat akuan gmail bersama belia adalah bertujuan untuk memberi pendedahan asas dalam membuat gmail dan bagaimana gmail berfungsi dalam urusan peserta. Selain itu, melatih dan membina kemahiran menggunakan ict dan komputer untuk peserta. Dengan pembelajaran ini secara langsung dapat mewar-warkan dan menghebahkan lagi perkhidamatan dan kelas-kelas percuma yang dijalan oleh Pedi.

AKTIVITI

Dalam aktiviti ini peserta diterangkan dahulu tentang fungsi asas dalam gmail dan secara ringkas cara penggunaan dan cara mendafatarkan akaun gmail tersebut. Setelah itu, petugas telah meminta peserta untuk membuka brower pendaftaran gmail dengan bimbingan dan batuan petugas peserta dapat mendaftarkan akaun gmail tersebut. Selain itu, petugas juga membantu peserta dengan mengajarkan bagaimana cara gmail berfungsi atau digunakan seperti penghantaran pesanan, inbox, chating, dan draft serta bagaimana cara untuk menghantar file atau dokumen melalui gmail. Dalam aktiviti ini peserta memahami fungsi asas dan cara menggunakan akaun gmail serta peserta berjaya membuka akuan gmail dan juga berjaya menghantar email dan dokumen menggunakan gmail.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 20.01.2024 & 27.01.2024
Masa : 10.45 pg - 11.45 pg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict dan latihan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam ict dan juga komputer. Malah, dengan aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran dan celik it dalam kalangan peserta yang mana ia dapat memicu kepada generasi yang bijak dan inovatif. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.

Aktiviti

Bengkel ini merupakan kelas tuisyen mengenal huruf terbuka yang dijalankan disini secara online untuk peserta yang telah berdaftar. Petugas hanya mengajar bagaimana cara untuk menggunakan applikasi zoom atau google meet seperti membuka audio, cara menaip di ruangan chat, membuka camera dan sebagainya.  Disamping itu juga petugas sendiri akan memantau kelas tersebut disebabkan e-pembeljaran tuisyen ini terdiri daripada pra sekolah dan aktiviti mengenal huruf. Pada minggu tersebut peserta diajarkan oleh cikgu  tentang huruf A sehingga Z dan latih tubi mengenal huruf dan diajar bagaimana cara untuk bermain soalan kuiz permainan dalam applikasi yang telah disediakan oleh cikgu tuisyen pada kelas tersebut. Peserta berjaya memasuki kelas online dan memahami apa yang telah diajar dalam kelas tuisyen tersebut dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 24.01.2024
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 5 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan Pendidikan yang meningkatkan daya saing dalam kalangan pelajar sekolah disamping melatih dan mendedahkan kemahiran ict dalam kalangan peserta. Selain itu, bengkel ini dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang terdapat di pedi.

Aktiviti

Bengkel ini adalah aktiviti stem yang mana lebih kepada eksperimen menghasilkan 'flower blooming' atau bunga berkembang. Aktiviti stem ini untuk menguji penyerapan atau daya penyerapan air yang mana boleh membuka serta menggerakkan kepak yang telah dilipat untuk menjadi berkembang. Petugas menyediakan bahan-bahan untuk menghasilkan 'flower blooming' seperti kertas yang telah dicetak dengan pelbagai bunga, air, pinggan dan gunting. Dalam menghasilkan stem ini peserta akan menguntingkan bunga mengikut corak tersebut. Setelah itu, peserta diminta untuk memasukkan air ke dalam pinggan dan melipatkan kepak bunga. Selepas peserta melipatkan bunga tersebut dan akhir sekali meletakkan ke dalam air dan peserta perlu menunggu beberape saat untuk melihat ia berkembang atau terbuka dengan sendiri. Pengakhiran exsperiment ini peserta dikehendaki untuk menerangkan balik secara ringkas aktiviti stem ini.

Gambar Disini

Tarikh : 24.01.2024
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 5 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap ict dan kegunaan komputer supaya mereka mahir dalam penggunaan komputer dan pencarian maklumat terutama dalam kalangan kanak-kanak. Pendedahan ini awal ini dapat meningkatkan kemahiran dan melatih pemikiran mereka kearah yang celik it, kreatif dan inovatif. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan ringkas bagaimana untuk mencari laman web pembelajaran dengan meminta peserta untuk menaip di browser iaitu applikasi ABCYA dan juga applikasi kuiz pembelajaran iaitu Wordwall. Petugas memilih solan kuiz berbentuk pelajran sekolah rendah bagi yang telah masuk sekolah rendah manakala bagi pra sekolah petugas mengajar peserta melalui applikasi Abcya. Dua applikasi ini bersesuaian dengan tahap pembelajaran mereka. Peserta diajarkan bagaimana untuk menjawab kuiz, bagaimana untuk memilih jawapan, bagaimana dan sebagainya supaya mereka faham bagaimana applikasi tersebut berfungsi. Peserta berjaya menjawab kuiz dan memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

Tarikh : 24.01.2024
Masa : 11.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 5 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta terhadap ict dan juga untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan kerjasama melalui aktiviti reka cipta dalam kelas stem iot ini. Selain itu, dengan adanya kelas ict dan stem iot akan meningkatkan kreativiti dan pemikiran kritikal melalui aktiviti yang dijalankan sekali gus, dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah stem iot menghasilkan water sliding ini menggunakan bahan-bahan untuk aktiviti ini telah disediakan oleh Petugas Pedi seperti gelas, tali, air, pewarna dan juga salotip. Selain itu, demostrasi melalui video dan juga dari petugas dijalankan terlebih dahulu untuk memudahkan kefahaman peserta untuk menghasilkan water sliding tersebut. Peserta mula menghasilkan water sliding dengan mencampurkan terlebih dahulu air dengan pewarna. Selepas itu, peserta melekatkan tali panjang ke dalam kedua-dua gelas itu antara dalam ruang tapak dan di tepi gelas. Setelah tali tersebut di lekatkan peserta diminta untuk menuangkan air dengan satu gelas manakala satu lagi dibawah tanpa tali itu menyentuh gelas untuk melihat pengaliran air mengikut tali yang dilekatkan. Diakhir aktiviti ini peserta akan menerangkan semula secara ringkas hasil pembelajaran atau eksperiment  yang dijalankan dalam aktiviti ini. Peserta memahami dan berjaya menghasilkan water sliding dengan bauk.

Gambar Disini