Tarikh : 16.04.2024
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 6 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedehan kemahiran pembelajaran berpendidikan secara atas talian. Hal ini dapat meningkatkan kemahiran serta ilmu pengetahuan peserta dalam penggunaan komputer atau teknologi dan juga mendidik peserta dalam pencarian maklumat yang bermanfaat kepada mereka. Selain itu dengan aktiviti ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini memfokuskan pembelajaran secara atas talian dalam applikasi liveworksheet. Terdapat pelbagai pilihan permainan atau bahan pembelajaran yang berbentuk kuiz dan juga games berpendidikan. Dalam bengkel ini peserta diminta untuk membuka applikasi tersebut dan perlu menjawab kuiz yang dipilih oleh petugas malah, peserta juga diajarkan bagaimana cara untuk menjawab atau bagaimana untuk memilih jawapan menggunakan papan kekunci untuk menaip soalan atau menggunakan tetikus. Akhir sekali peserta akan menyemak keputusan sama ada betul atau salah jawapan yang telah dipilih. E-learning ini antara aktiviti percuma yang diajarkan kepada peserta dan diharapkan aktiviti ini juga dapat menarik minat lebih ramai peserta untuk menyertai aktiviti bermanfaat ini di pedi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 15.04.2024
Masa : 2.00 ptg - 3.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap ict dan kegunaan komputer dalam kalangan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah agar  mahir dalam penggunaan komputer serta melatih untuk meningkatkan kemahiran dan juga pemikiran yang kreatif melalui pembelajaran berpendidikan ini. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti

Aktiviti ini merupakan aktiviti pembelajaran berpendidikan secara atas talian melalui applikasi pembelajaran dan permainana berpendidikan. Aktiviti ini bermula dengan membuka laman web ABCYA untuk bermain sambil belajar dalam applikasi tersebut. Petugas akan memilih aktiviti permainan yang berbentuk pelajaran mengenal huruf atau nombor dan diajarkan bagaimana cara untuk bermain permainan berbentuk pembelajaran dan kuiz ini supaya mereka faham bagaimana ia berfungsi serta mudah untuk diterima ilmu sebegini kerana ia tidak akan membosankan sekali gus pembelajaran ini akan membuat mereka lebih fokus  terhadap pemkbelajaran ini. Peserta sangat seronok dan teruja dalam menyelesaikan permainan berpendidikan ini.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 05.04.2024
Masa : 10.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk melatih dan memperkenalkan Kemahiran komputer dan penggunaan applikasi baru seperti "bing image" atau AI dalam kalangan peserta. Hal ini juga akan dapat meningkatkan ilmu kemahiran komputer dan mendidik masyarakat menggunakan ict dengan bijak dan memberikan manfaat kepada mereka. Sekali gus, bengkel ini juga dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang ditawarkan di pedi ini. 

Aktiviti

Dalam aktiviti bengkel ini adalah peserta diajarkan bagaimana cara untuk  mengedit atau mereka gambar di applikasi "bing image creater". Pada permulaan peserta diminta untuk mendaftarkan akaun untuk memasuki laman web tersebut. Selepas peserta mendafatrkan diri peserta diajarkan bagaimana cara untuk mencipta gambar mengikut kreativiti masing-masing dan " bing image" akan menciptakan gambar kepada peserta dalam pelbagai bentu seperti 3d, kartun dan sebagainya. Selain itu, peserta juga dibimbing dan diajarkan bagaimana cara untuk menciptakan lagu dan membuat video melalui applikasi AI ini. Peserta sangat teruja dan seronok dengan aktiviti bengkel ini.

Gambar Disini

 
Tarikh : 06.04.2024
Masa : 11.00 pg - 12.00 pg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel Asas ini adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan ict dan melatih peserta dalam menggunakan applikasi yang terdapat dalam komputer atau ict seperti Microsoft Office. Secara langsung ia akan dapat meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer serta celik it dalam kalangan masyarakat. Sekali gus, bengkel ini juga dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang ditawarkan di pedi ini. 

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menggunakan Microsoft Word dalam menyiapkan tugasan. Dalam applikasi tersebut peserta diajarkan bagaimana untuk menggunakan Microsoft Word seperti "formay margin", "layout", "formay gambar", size dan sebagainya. Sebelum menulis sesuatu dokumen peserta diajarkan bagaimana mengatur jenis dan ukuran (font) yang boleh dipilih. Selain itu, peserta diajarkan dan dibantu bagaimana untuk menyimpan file setelah siap menulis agar tidak hilang dan boleh disunting pada bila-bila masa dan juga bagaimana cara untuk menukarkan dokumen dalam bentuk pdf atau dalam bentuk dokumen lain. Pesrta berjaya menyiapkan tugasan dan memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 02.04.2024
Masa : 4.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan mengajar peserta untuk menggunakan applikasi canva dalam membuat nota. Dengan adanya aktiviti ia akan dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir. Secara langsung kelas ict dapat meningkatkan ilmu pengetahuan peserta terhadap ict dan applikasi yang dapat digunakan serta dapat menjana ke arah minda yang kreatif dan celik it. Malah, kelas ini juga dapat mempromosikan pedi secara langsung kepada komuniti tentang perkhidmatan yang terdapat disini.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi yang akan digunakan dalam bengkel ini. Peserta diminta untuk mendaftarkan diri terlebih dahulu untuk memudahkan proses pengeditan dan pemilihan 'template' serta untuk menyimpan file dalam membuat nota. Selepas mendaftarkan diri peserta memilih jenis 'template' nota yang tersedia dalam applikasi tersebut. Setelah itu, peserta mula mengedit 'tempale' tersebut dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas. Dalam peyuntigan 'template' tersebut petugas mengajar bagaimana cara untuk meletakkan imej, pemilihan simbol, bagaimana cara 'upload' dan sebagainya. Selain itu, petugas juga mengajar peserta bagaimana untuk menyimpan kad tersebut dalam bentuk pdf, imej, mp4 dan lain-lain. Peserta berjaya menggunakan canva untuk membuat nota dengan baik. 

Gambar Disini