Tarikh | : 22.03.2024 |
Masa | : 9.30 pg - 11.30 pg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian fungsi ict dan juga applikasi dalam komputer yang boleh dimanfaatkan oleh peserta dalam menyiapkan tugasan seharian. Malah, pendedahan ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang bijak dan berinovasi serta celik it seiring dengan kemajuan teknologi kini. Selain itu, bengkel ini dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang terdapat di pedi.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini adalah merupakan aktiviti keusahawanan asas Microsoft Excel. Dalam bengkel ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk membuat jadual, merekod keuntungan dan pengeluaran produk. Peserta diajarkan bagaimana cara asas menggunakan Microsoft Excel seperti penggunaan ';merge and centre', bagaimana untuk membuat garisan, menukar tulisan, size dan sebagainya. Peserta membuat jadual mengikut teknik dan pemahaman yang telah diajarkan dengan bimbingan petugas sehingga peserta berjaya menyiapkan tugasan tersebut. Peserta berjaya menyiapkan jadual dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 21.03.2024 |
Masa | : 3.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Bengkel Asas Pembangunan lamam web ini adalah bertujuan untuk membantu peserta dalam mencari dan pengisian maklumat melalui laman web tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran dan mendedahkan penggunaan ict kepada peserta untuk menggunakan dengan bijak dalam mencari maklumat sekali gus dapat mempromosikan dan menghebahkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pedi.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk mencari maklumat dan cara menggunakan laman web untuk mengisi maklumat dalam applikasi Maidam dan LHDN. Dalam bengkel tersebut petugas membantu dan membimbing peserta dengan memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk mencari laman website dan mengajar peserta bagaimana cara untuk mengisi dari mendaftarkan diri untuk masuk ke sistem sehingga cara untuk memasukkan dokumen ke dalam applikasi tersebut. Melalui tunjuk ajar tersebut peserta berjaya mengisi maklumat dalam laman web tersebut dengan baik.
LAPORAN AKTIVITI MAC 2024 - BENGKEL STEM-IOT EKSPERIMENT JELLYFISH IN BOTTLE BERSAMA PELAJAR SEKOLAH
Tarikh | : 08.03.2024 |
Masa | : 2.30 ptg - 3.30 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan Pendidikan yang berfokuskan pada perkembangan kemahiran kritis dan keupayaan pelajar untuk memahami, meneroka, dan menyelesaikan masalah di samping itu, memberikan peluang kepada peserta untuk memahami bagaimana steam terlibat dalam kehidupan harian serta mendedahkan peserta terhadap kemahiran komputer dan ict sekali gus, membantu mempromosikan aktivuti Pedi dan juga perkhidmatan yang terdapat di sini.
Aktiviti
Bengkel ini adalah merupakan aktiviti stem eksperiment "jellyfish" dalam botol. Seramai sepuluh orang peserta menyertai aktiviti ini yang mana dibahagikan pada beberape kumpulan untuk menghasilkan "jellyfish in bottle" ini. Peserta dibekalkan dengan botol, air, pewarna, gliter, plastik, getah, pen dan gunting untuk peserta menjalankan aktiviti tersebut. Peserta mula menghasilkan "jellyfish" dengan memasukan air ke dalam botol, melukis dengan pen, melipatkan plastik dengan memasukkan air sedikit untuk membentuk "jellyfish", setelah itu peserta diminta untuk mengikat di atas yang dimasukkan air, dan memasukkan ke dalam air yang ada gliter dan pewarna. Peserta akan melihat pergerakan "jellyfish" tersebut bergerak apabila di terbalikkan botol tersebut. Akhir sekali, eksperiment ini membantu melatih otot tangan dan legan apabila diterbalikkan atau dipusingkan botol. Selain itu, melalui eksperiment ini peserta juga akan belajar hubungan antara arah botol dan pergerakan obor-obor dan perbezaan antara obor-obor sebenar dan yang di dalam botol. Peserta sangat teruja dan seronok serta memberikan tumpuan yang sepenuhnya dalam menghasilkan "jellyfish" ini.
Tarikh | : 21.03.2024 |
Masa | : 10.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan melatih peserta dalam kemahiran ict dan komputer terutama bagaimana cara untuk menggunakan applikasi yang terdapat dalam komputer. Selain itu, ia dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran komputer serta celik it agar seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan ict. Secara tidak langsung bengkel ini akan membantu mempromosikan dan menggalakkan lagi komuniti untuk bergunjung ke Pedi.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini mengajar dan membantu peserta dalam menggunakan applikasi Microsoft Word untuk menaip surat atau membuat kerja tugasan yang memerlukan penggunaan komputer.Peserta diajarkan secara asas bagaimana untuk menggunakan Microsoft Word tersebut seperti, mengubah tulisan, size tulisan, penggunaan "layout", format untuk gambar dan sebagainya. Selain itu, peserta juga dibantu dan dibimbing oleh petugas bagaimana cara penggunaan keyboard atau papan kekunci untuk menaip seperti penggunaan 'caps lock', 'space', 'ctrl + c; dan lain-lain. Malah, bagaimana cara untuk memasukkan gambar dan menyimpan file yang telah ditaip ke dalam bentuk dokumen pdf atau bentuk word. Peserta berjaya menyiapkan surat rasmi dan lembaran kerja kursus dengan baik.
Tarikh | : 08.03.2024 |
Masa | : 11.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 6 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk mendorong peserta untuk berfikir secara kreatif dan mengembangkan kemahiran dalam mencari penyelesaian menggunakan pemikiran logik dan kreatif serta memperkukuhkan kemahiran komunikasi, berkongsi idea dan juga memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta. Sekali gus, aktiviti dapat mempromosikan perkhidamatan dan aktiviti yang dijalankan disini.
Aktiviti
Bengkel ini adalah merupakan aktiviti eksperiment sains untuk menghasilkan "magic finger" menggunakan bahan-bahan yang mudah. Kesemua bahan tersebut disediakan oleh petugas antaranya ialah serbuk gliter, air, sabun pencuci pinggan dan juga pinggan untuk masukkan air. Peserta mula menghasilkan "magic fingger" tersebut dengan memasukan air dan pewarna gliter atau serbuk kilat tersebut ke dalam pinggan. Setelah itu, peserta diminta oleh petugas untuk menoleskan sedikit sabun pencuci di jari telunjuk. Selepas itu, peserta perlu mencuba mencelupkan jari telunjuk itu ke arah serbuk di dalam pinggan dan melihat pergerakan serbuk gliter setelah tangan yang terdapat sabun dicelup ke dalam serbuk itu. Aktiviti menunjukkan kepada para peserta bagaimana serbuk gliter yang terapung boleh bergerak berselerak setelah jari telunjuk yang terdapat sabun disentuh ke permukaan air. Hal ini terjadi kerana sabun pencuci pinggan mengurangkan ketegagan permukaan air di dalam bekas tersebut kerana sifat air yang menghalang elemen-elemen luar. Setiap pelajar menunjukkan komitmen yang jitu dalam menjayakan projek dan peserta sangat teruja dengan aktiviti steam menghasilkan "magic fingger" ini.