Tarikh : 19.04.2024
Masa : 4.00 ptg -6.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk mendedahkan dan membantu peserta dalam teknik asas komputer dan applikasi yang boleh peserta gunakan untuk urusan jualan perniagaan mereka. Selain itu, dengan bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran it dan juga   meningkatkan pengetahuan peserta dalam perniagaan perdigitilan.  Sekali gus dengan bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDi.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan pengenalan pada internet dan juga penerangan secara ringkas tentang applikasi yang digunakan untuk membuat jadual jualan. Peserta diajarkan bagaimana cara untuk menggunakan "menu" yang terdapat dalam applikasi Microsoft Word seperti "layout", "format gambar", size, warna, "table" dan sebagainya. Peserta diajarkan teknik membuat jadual sama ada membuat sendiri jadual menggunakan berus atau memilih kotak jadual yang telah disediakan dalam applikasi tersebut. Selain itu, peserta jugadibimbing dan dibantu oleh petugas bagaimana cara untuk memasukkan maklumat atau rekod jualan mengikut urutan sehingga peserta dapat membuat sendiri. Peserta berjaya membuat jadual jualan dengan baik.

Gambar Disini

 

Tarikh : 27.04.2024
Masa : 2.00 ptg - 3.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta tentang stem iot iaitu rangkaian (devices atau peranti) yang disambungkan kepada rangkaian internet yang membolehkan peranti-peranti ini berkomunikasi, mengumpul data dan bertindak balas dengan baik. Dengan ini peserta dapat mencari maklumat dan bahan atau idea untuk menghasilkan aktiviti ini. Sekali gus, dapat memperluaskan dan memperkembangkan pusat internet kepada semua komuniti.

Aktiviti

Aktiviti ini merupakan aktiviti mencipta atau menghasilkan payung terjun (parachute) yang mana aktiviti ini adalah experiment untuk melihat daya tarikan graviti sesbuah payung yang dihasilkan. Dalam aktiviti ini petugas telah membuat demostrasi terlebih dahulu supaya peserta dapat gambaran bagaimana cara untuk menghasilkannnya. Antara bahan yang digunakan adalah plastik, benang atau tali nipis, penebuk lubang, gelas dan juga gunting. Peserta mula menghasilkan payung terjun dengan melipat plastik seterusnya menebuk atau mengunting empat bucu plastik dan diikatkan dengan benang atau tali. Tali atau benang selebihnya diikatkan pada gelas yang telah dibuatkan lubang dan akhir sekali, payung itu diuji untuk melihat sama ada ia dapat terbang atau tidak. Peserta sangat seronok dan berjaya menerbangkan payung tersebut dengan bantuan petugas.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 25.04.2024
Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan adalah untuk memberikan pendedahan dan latihan tentang keusahawanan platform shopee dalam membuka kedai shopee bagi peserta yang ingin menjana pendapatan dan meningkatkan ilmu perniagaan atau pemasaran produk secara online. Selain itu, bengkel ini membuka peluang peserta untuk memasarkan produk secara digital seiring dengan perkembangan teknologi ini membolehkan peserta memasarkan dan menjual melalui platform online seperti shopee. Sekali gus, bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDI.

Aktiviti

Bengkel ini memfokuskan pada platform shopee iaitu bagaimana cara peserta membuka kedai atas talian. Dalam bengkel ini peserta diterangkan dan diajarkan satu persatu langkah bagaimana untuk membuka kedai atas talian dan juga shopee affiliate iaitu mereka perlu memuat turun applikasi shopee dan mendaftarkan akaun shopee, akaun kedai dan akaun untuk affiliate dalam applikasi tersebut. Selepas itu, peserta diajarkan juga bagaimana cara untuk memasukan produk jualan dan juga keterangan atau maklumat produk seperti size, warna, berat, nama produk dan sebagainya. Bengkel ini membuka peluang peserta untuk memperluaskan dan meningkatkan pemasran serta jualan produk usahawan. Peserta dapat memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

Tarikh : 27.04.2024
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 5 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir malah, untuk mendedahkan dan memperkenalkan applikasi yang dapat digunakan oleh peserta dalam urusan pembelajran mahupun urisan lain. Sekali gus,ini dapat menjana ke arah minda yang kreatif dan celik it dan juga kelas ini dapat mempromosikan pedi secara langsung kepada komuniti tentang perkhidmatan yang terdapat disini.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi yang akan digunakan dalam bengkel ini. Peserta diminta untuk membuka applikasi canva dan peserta dimimta untuk memilih "template" kad yang bertemakan kad hari raya. Selepas kesemua mereka memilih "template" tersebut peserta mula menyunting dengan bantuan dan bimbingan petugas NADI. Peserta diajarkan bagaimana cara untuk menyunting ayat atau perkataan, bagaimana cara untuk masukkan gambar, mengubah warna latar atau tulisan dan sebagainya. Peserta mengikut langkah dan teknik yang telah diajarkan sehingga mereka berjaya menyiapkan kad hari raya tersebut dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 17.04.2024
Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk membantu serta melatih peserta dalam penggunaan teknologi maklumat atau ict yang mana ia akan dapat meningkatkan kemahiran dan memudahkan peserta untuk mencari maklumat dan dapat menyelesaikan urusan seharian peserta dengan menggunakan applikasi komputer. Selain itu, untuk  menggalakan dan memperluaskan lagi penggunaan ict dan keterlibatan mereka terhadap dunia digital dan ict ini. Sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.

Aktiviti

Dalam bengkel ini peserta diajarkan kemahiran dalam membuat slide pembentagan menggunakan applikasi Microsoft Office dan juga applikasi laman web rasmi masing-masing. Dalam bengkel ini petugas telah mengajar bagaimana cara untuk membuat slide dan bagaimana cara untuk mengisi maklumat dalam laman web serta cara untuk menyalin (copy) maklumat dari laman web ke slide pembentagan tersebut. Malah, peserta juga dibantu dengan mengajar bagaimana cara untuk menggunakan "menu" yang terdapat di slide pembentagan dari cara menukarkan size, tambah slide, penukaran template slide, cara masukkan data, gambar dan sebagainya. Dengan bimbingan dan teknik yang diajarkan peserta dapat membuat slide sendiri dengan baik  dan memahami apa yang telah diajarkan.

Gambar Disini