Tarikh : 08.03.2024
Masa : 10.00 pg - 11.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 5 Orang

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan Pendidikan dan mengasah minda peserta untuk membuat struktur binaan yang kukuh. Malah, ia juga memfokuskan pada perkembangan kemahiran dan keupayaan pelajar untuk memahami, meneroka, dan menyelesaikan masalah di samping itu, mendedahkan peserta terhadap kemahiran komputer dan ict sekali gus, membantu mempromosikan aktivuti Pedi dan juga perkhidmatan yang terdapat di sini.

Aktiviti

Bengkel ini adalah untuk mengasah minda peserta untuk membuat struktur binaan yang kukuh dan boleh didirikan dengan menggunakan pencungkil gigi dan "plastesin". Peserta diminta untuk menghasilkan struktur binaa dua tingkat yang berpandukan demostrasi video yang dipaparkan oleh petugas. Peserta diberikan masa untuk membina struktur tersebut dengan bantuan dan bimbingan petugas sehingga peserta berjaya menghasilkan struktur binaan yang sistematik, kukuh dan kemas. Struktur ini dapat mengasahkan kemahiran kepantasan membina dan kreatif dalam berfikir. Peserta sangat seronok dan berjaya menyiapkan struktur binaan tersebut dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 07.03.2024
Masa : 11.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : Nadi Seberang Jerteh
Peserta : 15 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk mendedahkan dan melatih peserta untuk memperkembangkan pemasran produk melalui kedai atas talian. Selain itu, untuk membantu peserta dalam teknik asas pemasaran dalam talian atau pemasaran atas talian bagi memperluaskan lagi pemasran produk usahawan sendiri serta menggalakkan dan meningkatkan pengetahuan peserta tentang pemasaran atas talian. Sekali gus dengan bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDi.

Aktiviti

Bengkel ini berfokuskan pada cara untuk peserta memasarkan produk melalui pemasaran dalam talian. Pemasran atas talian ini merangkumi cara bagaimana untuk memasarkan produk dalam talian seperti tik tok shop, shopee, lazada, facebook dan sebagainya. Dalam bengkel ini  peserta diajarkan bagaimana cara untuk memasarkan produk dalam talian menggunakan medium baru yang mana ia dapat meluaskan lagi pemasran produk seseorang ushawan. Selain itu, peserta diajarkan bagaimana cara untuk membuka kedai atas talian seperti lazada, shopee,tik tok dan sebagainya secara langsung hal ini dapat meningkatkan jualan produk serta dapat mempromosikan dengan pemasaran atas talian ini. Pemasran atas talian ini akan dapat mewujudkan usahawan digital yang mentransformasi perniagaan dan membangunkan dengan menggunakan teknologi digital terkini. Peserta dapat memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 05.03.2024
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : Nadi Kg Tembila
Peserta : 30 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ICT E-learning permainan berpendidikan ini adalah bertujuan untuk melatih dan mendedahkan peserta mengenai komputer dan ict agar mereka mahir dalam menggunakan komputer sebagai medium untuk mencari maklumat dan pembelajaran. Pendedahan ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar terhadap ict dan juga memberi pengetahuan baru tentang kepelbagaian applikasi permainan yang berbentuk pendidikan di dalam ict ini. Bengkel ini sangat menarik minat komuniti terutama dalam kalangan pelajar sekolah yamg mana mereka lebih mudah untuk diajar.

Aktiviti

Dalam bengkel ini petrugas meminta peserta untuk melayari dan membuka permainan berpendidikan  di dalam aplikasi dan meminta peserta memilih permainan berbentuk puzzle.Petugas memberi tunjuk ajar terlebih dahulu bagaimana cara untuk mengambil dan menyusun di ruang kotak yang disediakan tersebut. Setelah itu, peserta mengikut apa yang telah diajarkan dan sendiri dan mencantumkan sendiri mengikut kesesuaian kotak yang diberikan sehingga terhasilnya puzzle daripada cantuman tersebut. Dengan bengkel ini dapat memebentuk dan memperluaskan minda pelajar secara kreatif dan inovasi pembelajaran dalam ict tersebut. Peserta dapat memahami dan berjaya menyiapkan puzzle tersebut dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 07.03.2024
Masa : 9.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 15 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk mendedahkan dan membantu peserta dalam peamasaran, penjenamaan, penjualan produk dan sebagainya. Malah, memberikan pengetahuan tentang peluang perniagaan dan juga bagaimana ict membantu peserta dalam penjenamaan atau rekaan produk. Secara langsung ini dapat menghebahkan dan memperluaskan nama pedi keapada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini dimulakan dengan penerangan ringkas tentang penjenamaan produk kepada usahawan kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka. Peserta diajarkan proses yang terlibat dalam penjenamaan produk dan penerangan terperinci mengenai penjenamaan ini. Peserta diajarkan bagaimana mencipta nama yang unik, logo, imej untuk produk, nama, huruf dan sebagainya. Penjenamaan ini adalah untuk mengajarkan dan membuka minda usahawan kecil untuk meninovasikan produk mereka agar produk mereka dapat dibezakan serta berkualiti agar dapat bersaing dan boleh kembangkan pemasaran produk tersebut. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 03.03.2023
Masa : 9.00 pg - 10.00 pg
Lokasi : Pedi Kg Tembila
Peserta : 40 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan latihan kemahiran komputer dan ict terhadap masyarakat. Secara tidak langsung ict dapat mempertingakatkan ilmu penggunaan dan pengetahuan dalam teknologi maklumat sekali gus, dapat memperkembangkan lagi perkhidmatan pedi kepada komuniti setempat.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini mengajar dan membantu peserta dalam penggunaan komputer untuk pemnbelajaran kuiz ict. Peserta diajarkan bagaimana cara untuk menjawab kuiz ict tersebut dengan meminta mereka melayari pembelajaran ict dalam laman web atas talian. Selain itu, peserta diajarkan bagaimana untuk menjawab dengan menggunakan tetikus atau papan kekunci untuk menjawab kuiz ict tersebut. Kuiz ict diajarkan mengikut tahap pendidikan peserta agar mereka faham dan mudah untuk menjawab kuiz ict tersebut. Peserta sangat seronok bermain dengan kuiz pembelajaran ict tersebut dan memahami dengan baik.

Gambar Disini