Tarikh | : 24.01.2024 |
Masa | : 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Bengkel softskill atau kemahiran membuat resume ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta membuat sendiri resume melalui applikasi yang tersedia seperti Microsoft Word, Canva, Adobe Photoshop dan sebagainya. Pendedahan latihan ini dapat meningkatkan ilmu kemahiran komputer dan juga menaip untuk peserta. Dengan adanya bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pedi kepada komuniti.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengajar peserta asas membuat resume menggunakan applikasi seperti canva dan microsoft word. Peserta diajar membuat resume menggunakan applikasi Microsoft Word yang mana ia sangat mudah dan sesuai untuk yang baru belajar untuk membuat resume menggunakan applikasi dalam komputer tersebut. Dalam applikasi tersebut peserta diajar bagaimana untuk memasukan gambar dan menggerakkan imej atau gambar melalui format gambar. Selain itu, peserta juga boleh memilih template sedia ada di dalam Microsoft Word sebagai rujukan dalam menghasilkan resume. Disamping itu, peserta juga diajarkan bagaimana untuk menggunakan 'menu' yang terdapat dalam applikasi seperti penukaran size, warna, jenis tulisan dan lain-lain malah, diajarkan juga teknik-teknik yang mudah dalam menggunakan papan kekunci dan juga teknik dalam membuat resume menggunakan applikasi tersebut. Peserta berjaya menggunakan teknik yang diajar dalam membuat resume dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 23.01.2024 |
Masa | : 3.30 ptg - 5.30 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam komputer dan ict dan juga untuk memberikan pendedahan tentang fungsi Microsoft Word yang boleh digunakan untuk digunakan dalam membuat kerja kursus. Selain itu, memperkenalkan fungsi asas dan juga menu atau alat yang boleh digunakan dalam applikasi tersebut. Secara langsung bengkel percuma ini dapat menggalakkan dan memghebahkan lagi perkhidmatan dan aktiviti yang dijalankan disini.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan ringkas bagaimana cara untuk menggunakan Microsoft Word untuk membuat kerja kursus. Dalam bengkel ini peserta diajar bagaimana cara untuk memasukkan gambar, memperbesarkan gambar, meletakkan perkataan dibahagian tepi atau me ukarkan size serta tulisan. Selain itu, bengkel tersebut juga diajarkan dan dibimbing oleh petugas bagaimana untuk menaip dan mengajar teknik seperti bagaimana cara untuk memasukan simbol khas dalam applikasi dengan penggunaan menu 'insert', 'format gambar', 'crop' 'layout' dan sebagainya. Diharapkan dengan adanya bengkel percuma ini peserta dapat menggunakan ilmu dan mempraktikkan pembelajaran dalam membuat tugasan menggunakan Microsoft Word ini. Peserta berjaya menyiapkan kerja kursus dengan baik.
Tarikh | : 15.01.2024 |
Masa | : 4.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel Asas Pembangunan lamam web ini adalah bertujuan untuk melatih dan membantu peserta dalam mencari dan pengisian maklumat melalui laman web tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran dan mendedahkan penggunaan ict kepada peserta untuk menggunakan dengan bijak dalam mencari maklumat sekali gus dapat mempromosikan dan menghebahkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pedi.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menggunakan laman web untuk mengisi maklumat dalam applikasi KWSP dan juga JPNIN. Dalam bengkel tersebut petugas membantu dengan memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk mencari laman website dan membimbing peserta dalam mengisi dari masuk ke sistem sehingga cara untuk memasukkan dokumen ke dalam applikasi tersebut. Melalui tunjuk ajar tersebut peserta berjaya mengisi maklumat dalam laman web tersebut dengan baik.
Tarikh | : 22.01.2024 |
Masa | : 3.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel memberi pendedahan kepada peserta asas dalam membuat gmail atau email yang mana kini semakin penting dan digunakan secara meluas dalam setiap urusan. Selain itu, aktiviti ini diadakan juga adalah untuk memberi pengetahuan tentang fungsi asas yang ada dalam gmail dan aktiviti ini dapat menghebahkan lagi aktiviti serta perkhidmatan yang ada disini.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang fungsi dan bagaimana cara untuk membuka akaun email/gmail yang ingin digunakan. Terlebih dahulu peserta diminta untuk membuka laman web applikasi gmail menggunakan browser yang tersedia dalam komputer. Selain itu, peserta diajar bagaimana cara untuk mendaftar akaun gmail/email tersebut dengan mencipta nama akaun, masukkan no telefon serta maklumat lain yang diminta sebelum emel berjaya dicipta. Malah, petugas juga membantu peserta dalam mengajar bagaimana cara untuk menghantar pesanan melalui email ke pada seseorang serta bagaimana untuk memasukan file 'attach' serta cara menaip di pesanan email tersebut. Peserta berjaya menhantar pesanan dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 14.01.2024 |
Masa | : 11.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel softskill atau kemahiran membuat resume ini adalah bertujuan untuk memberikan Latihan dan meningkatkan kemahiran komputer dalam menggunakan komputer dalam membuat resume. Dengan adanya bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pedi kepada komuniti.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengajar peserta asas membuat resume menggunakan applikasi seperti canva dan microsoft word. Peserta diajar membuat resume menggunakan applikasi Microsoft Word yang mana peserta diajarkan menaip dan memasukan maklumat melalui resume. Selain itu, peserta juga diajarkan bagaimana untuk menggunakan 'menu' yang terdapat dalam applikasi seperti penukaran size, warna, jenis tulisan dan lain-lain malah, diajarkan juga teknik-teknik yang mudah dalam menggunakan papan kekunci dan juga teknik dalam membuat resume menggunakan applikasi tersebut. Malah, peserta juga dibimbing dan diajarkan juga bagaimana cara untuk memasukkan gambar dan menggerakkan gambar tersebut melalui format gambar. Peserta berjaya menggunakan teknik yang diajar dalam membuat resume dan memahami dengan baik.