Tarikh : 01.04.2024
Masa : 10.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel Asas Pembangunan lamam web ini adalah bertujuan untuk membantu peserta dalam pengisian maklumat melalui laman web tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran dan mendedahkan penggunaan ict kepada peserta untuk menggunakan dengan bijak dalam mencari maklumat sekali gus dapat mempromosikan dan menghebahkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pedi.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk mencari maklumat dan cara menggunakan laman web untuk mengisi maklumat dalam applikasi UPU secara atas talian. Dalam bengkel tersebut petugas membantu dan membimbing peserta dengan memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk mencari laman website dan mengajar peserta bagaimana cara untuk  mengisi dari mendaftarkan diri untuk masuk ke sistem sehingga cara untuk memasukkan dokumen ke dalam applikasi tersebut.  Melalui tunjuk ajar tersebut peserta berjaya mengisi maklumat dalam laman web tersebut dengan baik.

Gambar Disini