Tarikh : 17.05.2024
Masa : 11.30 pg - 12.30 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta

: 10 orang

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel steam ini diadakan adalah bertujuan untuk melatih dan membina pemikiran kreatif melalui aktiviti ini. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk memupuk sifat kerjasama melalui aktiviti steam ini. Secara langsung dapat mendedahkan peserta terhadap ict melalui carian pendidikan steam ini sekali gus, aktiviti percuma ini dapat menarik minat komuniti menyertai dan memperluaskan lagi promosi Pedi ini.

Aktiviti

Sebelum peserta memulakan aktiviti stem ini peserta telah diberikan penerangan serta demostrasi daripada petugas dan juga melalui video supaya peserta memahami bagaimana cara untuk membuat eksperiment ini. Dalam aktiviti peserta diberikan bahan-bahan yang disediakan oleh Petugas  seperti air, pewarna, gelas, sudu, lilin, mangcis dan lain-lain. Aktiviti ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan dan membentuk kerjasama melalui aktiviti steam ini. Permulaan aktiviti ini peserta akan memasukan terlebih dahulu air dan pewarna untuk dilarutkan. Setelah kesemua bahan tersebut terlarut, peserta akan meletakkan lilin dan air ke dalam pinggan dan mengambil gelas untuk ditutup ke pinggan yang ada lilin. Aktiviti ini adalah untuk melihat gelombang pergerakan air yang menyerap ke dalam gelas bila lilin terpadam. Peserta berjaya menjalankan experiment walking water ini dengan baik.

Gambar Disini

Tarikh : 17.05.2024
Masa : 10.30 pg - 11.30 pg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan Pendidikan yang  boleh meningkatkan daya saing dalam kalangan pelajar sekolah disamping melatih dan mendedahkan kemahiran ict dalam kalangan peserta. Selain itu, dengan adanya aktiviti percuma ini akan dapat memperluaskan lagi perkhidmatan dan aktiviti yang dijalankan disini kepada komuniti.

Aktiviti

Bengkel ini adalah merupakan aktiviti stem yang berbentuk eksperiment 'larva lamp' bagi menghasilkan dan melihat gelombang yang terhasil daripada bahan yang akan dicampurkan oleh peserta. Sebelum itu, peserta diterangkan melalui video dan juga demostrasi daripada petugas supaya peserta tahu dan faham untuk membuat eksperiment itu. Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan "larva" ini adalah, botol kaca, pewarna, minyak, penadol solube, dan juga air yang mana kesemua bahan tersebut telah disediakan oleh petugas. Peserta mula menghasilkan dengan dengan mengisi air dan minyak masak ke dalam gelas, selepas itu, peserta akan titiskan pewarna makanan dan masukkan panodl soluble untuk melihat pergerakan "lava" terhasil atau "lava" akan menaik selepas bahan tersebut dicampurkan. Akhir sekali peserta akan dapat mengetahui bagaimana pergerakan dan juga gelombang gas karbon dioksida yang menarik terhasil. Peserta sangat teruja dengan projek eskperiment "larva lamp" ini.

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 16.05.2024
Masa : 10.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : KRT Bandar Jerteh
Peserta : 42 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan komuniti terhadap perniagaan secara kecil untuk membantu peserta untuk mencari peluang untuk menjana pendapatan melalui kelas sebegini. Malah, dalam bengkel ini juga membantu peserta terhadap perniagaan digital atau secara atas talian disamping belajar teknik pembuatan sabun organik.Secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti

Bengkel ini dimulakan dengan pendaftaran peserta dan juga penerangan secara ringkas aktiviti yang akan dijalankan iaitu membuat sabun pelbagai kegunaan homemade. Peserta diperkenalkan bahan-bahan untuk membuat sabun homemade tersebut. Setelah bahan tersebut diperkenalkan peserta diminta untuk memulakan aktiviti untuk membuat sabun homemade mengikut langkah-langkah dan arahan daripada pengajar dalam menghasilkan sabun pelbagai kegunaan. supaya para peserta serta cara-cara yang akan digunakan. Selain itu, peserta dibenarkan untuk membawa pulang sabun yang telah dihasilkan oleh mereka. Peserta memahami dengan baik cara-cara untuk membuat sabun organik.

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 16.05.2024
Masa : 2.00 ptg - 3.00 ptg
Lokasi : KRT Bandar Jerteh
Peserta : 42 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk membantu dan melatih peserta dalam kalangan usahawan bagi meningkatkan lagi ilmu perniagaan peserta dalam memasarkan produk mereka,  peluang perniagaan dan juga bagaimana ict membantu peserta dalam penjenamaan atau rekaan produk. Secara langsung ini dapat menghebahkan dan memperluaskan nama pedi keapada komuniti.

Aktiviti

Bengkel ini dimulakan dengan penerangan ringkas apa itu penjenamaan produk dan bagaimana ia dapat membantu meningkatkan jualan dan pemilikan produk untuk usahawan tersebut. Dalam bengkel ini peserta diajarkan prosesdan penciptaan nama, logo, imej untuk sesuatu produk, huruf dan sebagainya. Peserta diberikan penerangan secara terperinci mengenai penjenamaan ini untuk membantu membuka minda usahawan kecil untuk meninovasikan produk mereka agar produk mereka dapat dibezakan serta berkualiti agar dapat bersaing dan boleh kembangkan pemasaran produk tersebut. 

Gambar Disini

Tarikh : 12.05.2024
Masa : 3.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel Asas ini adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer, kemahiran menaip sekali gus, dapat memberikan kesedaran terhadap penggunaan teknologi dalam urusan harian serta celik it dalam kalangan masyarakat. Sekali gus, bengkel ini juga dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang ditawarkan di pedi ini. 

Aktiviti

Bengkel ini merupakan bengkel membuat lembaran kerja menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan kerja tersebut. Dalam bengkel ini peserta diajarkan bagaimana cara menaip menggunakan papan kekunci yang ringkas untuk memudahkan dalam menyiapkan kerja kursus. Peserta diajarkan bagaimana cara untuk menggunakan menu yang terdapat dalam applikasi seperti "format margin", "layout", "format gambar", size dan sebagainya. Sebelum menulis sesuatu dokumen peserta diajarkan bagaimana mengatur jenis dan ukuran (font) yang boleh dipilih serta bagaimana cara untuk membuat jadual dan juga memasukkan gambar ke dalam applikasi Microsoft Word. Selain itu, peserta diajarkan dan dibantu bagaimana untuk menyimpan file setelah siap dan juga bagaimana cara untuk menukarkan dokumen dalam bentuk pdf atau dalam bentuk dokumen lain. Pesrta berjaya menyiapkan tugasan dan memahami dengan baik.

Gambar Disini