Tarikh : 13.10.2022
Masa : 02.00 ptg - 04.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 4 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel asas E-Pembelajaran mewarna online dan permainan pendidikan melalui laman web uptoten adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada peserta dalam kalangan kanak-kanak mengenai ICT ini. Secara umunnya kita megetahu bawaha kanak-kanak seusia ini cepat belajar terutama pembelajaran mereka adalah secara kreatif seperti mewarna sambil mengenal huruf dan nomber serta permainan berpendidikan. Selain dari itu pembelajaran melalui ICT ini juga akan membiasakan mereka dengan peralatan komputer seperti keyboard, tetikus dan juga cara untuk membuka browser dan sebagainya secara tidak langsung bengkel ini mampu menarik minat komuniti untuk menyertai dan berkunjung di PEDi.

Aktiviti

Dalam bengkel ini petugas memulakan dengan pengenalan dan penerangan secara ringkas tentang ICT dan Uptoten yang akan peserta pelajari pada hari tersebut. Petugas membantu peserta membuka laman web Uptoten tersebut dan meminta peserta untuk memilih dahulu aktiviti mewarna. Setelah kesemua peserta membuka mewarna online petugas telah mengajar satu persatu cara untuk mewarna berdasarkan huruf atau nomber yang terdapat didalam Uptoten. Peserta mengikut arahan dengan baik dan mula mencari m=huruf atau nomber dan mengenalpasti warna yang terdapat di nomber tersebut. Selepas itu, petugas juga mengajar permainan berpendidikan iaitu permainan mencari persamaan barang atau menyusun mengikut barang yang sama. Salah satu permainan tersebut adalah apabila kotak ditekan dan kembali tutup selepas dibuka kecuali ia akan berbunyi selepas peserta dapat menjumpai barang yang sama. Aktiviti mewarna dan permainan ini secara langsung dapat mengajar peserta untuk berfikir dan mengingat serta mewujudkan atau mendidik kanak-kanak yang berfikir secara kreatif dan tinggi pemikiran. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan aktiviti mewarna serta dapoat menyelesaikan dengan baik permainan pendidikan tersebut.

Gambar Disini