Tarikh : 19.07.2024
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta

: 16 orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan kemahiran dan latihan melalui applikasi yang terdapat dalam komputer agar mereka mahir dalam penggunaan komputer terutama dalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini membantu peserta dalam meningkatkan kemahiran komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran berasaskan inovasi teknologi ini. Dengan bengkel ini dapat mempromosikan aktiviti kepada komuniti secara meluas.

Aktiviti

Dalam bengkel ini peserta diajarkan dan dibantu oleh petugas bagaimana cara untuk menghasilkan kad ucapan melalui Microsoft Word. Petugas telah menerangkan secara ringkas dan juga menunjukkan bagaimana cara untuk membuat kad ucapan dalam applikasi tersebut supaya peserta dapat mengikuti langkah-langkah dalam menghasilkannya. Dalam bengkel ini peserta telah diajarkan asas-asas atau teknik asas yang mudah untuk menyunting dan membuat kad ucapan seperti bagaimana cara untuk memasukkan gambar, memilih atau menyimpan gambar yang dicari, bagaimana untuk menukarkan size ukuran, tullisan, rekabntuk, warna dan sebagainya. Peserta berjaya membuat kad ucapan dan memahaminya dengan baik.

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 16.07.2024
Masa : 2.30 ptg -4.30 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 23 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk membantu peserta dalam penggunakan teknologi atau applikasi yang boleh peserta gunakan untuk urusan jualan perniagaan mereka. Selain itu, dengan bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran it dan juga meningkatkan pengetahuan peserta dalam perniagaan perdigitilan.  Sekali gus dengan bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDi.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan pengenalan pada internet dan juga penerangan secara ringkas tentang applikasi yang digunakan untuk membuat jadual jualan. Peserta diajarkan bagaimana cara untuk menggunakan "menu" yang terdapat dalam applikasi Microsoft Word dan bagaimana cara untuk membuat jadual jualan mengikut format yang mudah difahami peserta untuk merekodkan bahan dan jualan produk. Dalam applikasi Microsoft Word tersebut peserta dibantu dan diajarkan bagaimana teknik membuat jadual sama ada membuat sendiri jadual menggunakan berus yang ada di dalam applikasi tersebut atau memilih kotak jadual yang telah disediakan dalam applikasi tersebut. Selain itu, peserta juga dibimbing dan dibantu oleh petugas bagaimana cara untuk memasukkan maklumat atau rekod jualan mengikut urutan sehingga peserta dapat membuat sendiri. Peserta berjaya membuat jadual jualan dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 11.07.2024
Masa : 10.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 13 Orang

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi mempeluang peserta untuk mempelajari ict dan membiasakan peserta dengan komputer terutama pelajar diperingakat awal. Malah, teknologi akan membantu masyarakat dalam keberkesanan aktiviti pembelajaran serta pencarian maklumat. Bengkel yang diadakan ini sekali gus dapat memperluaskan lagi penggunaan dan perkhidamtan yang terdapat di NADI ini.

Aktiviti

Aktiviti ini adalah salah satu pembelajaran ict yang diajarkan di Nadi Seberang Jerteh. Dalam aktiviti ini peserta diajarkan pembelajaran secara atas talian mengikut tahap mereka bagi meningkatkan kemahiran dalam komputer dan juga peningkatan ilmu pembelajaran. Peserta terlebih dahulu diterangkan secara ringkas mengenai komputer dan juga applikasi yang akan digunakan iaitu "uptoten". Applikasi ini terdapat pelbagai pilihan pembelajaran salah satunya adalah mewarna untuk pelajar tadika. Dalam applikasi tersebut peserta diajarkan bagaimana cara untuk menggunakan berus dan mewarna objek yang dipaparkan di komputer. Selain itu, diajarkan juga bagaimana untuk menyusun "puzzle" permainan dan juga bagaimana cara menyambung huruf atau nombor untuk membentuk objek seperti haiwan atau manusia.Aktiviti ini membantu prkembangan pemikiran dan mewujudkan pelajar yang berinovasi dan celik it. Akhir sekali peserta memahami dan berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

Tarikh : 14.07.2024
Masa : 2.30 ptg - 3.30 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk pendedahan kemahiran dalam pencarian maklumat di browser dan bagaimana cara untuk mengisi maklumat secara atas talian.Dengan bengkel ini akan dapat meningkatkan kemahiran komputer dan juga mewujudkan masyarakat yang celik it serta berinteraktif dalam dunia digital ini. Secara langsung bengkel ini dapat mempromosikan secara meluas tentang perkhidmatan dan juga kelas yang dijalakan disimni kepada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas bagaimana kita membuat pencarian laman web untuk mengisi maklumat. Sebelum peserta memulakan pengisian borang tersebut, peserta diminta untuk membuka laman web pengisian borang masing-masing seperti laman web perumahan SPNB, Maidam, SPPIM, Yayasan Terengganu, dan lain-lain dibrowser. Selepas laman web pengisian terpapar peserta diminta untuk mendaftarkan diri bagi yang perlu mendaftarkan diri di laman web tersebut. Manakala, bagi laman web yang tidak perlu didaftarkan pula peserta hanya semak dengan no pengenalan diri sebelum mengisi dan bagi yang tidak diminta peserta boleh meneruskan memasukkan maklumat data ke dalam sistem dengan bantuan dan bimbingan petugas. Dengan bantuan dan tunjuk ajar dari petugas peserta dapat mengisi sendiri borang di laman rasmi pengisian tersebut. Peserta berjaya mengisi maklumat dengan baik.

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 11.07.2024
Masa : 9.00 pg - 10.00 pg
Lokasi : NADI Kg Jabi
Peserta : 13 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk pendedahan maklumat dan melatih kemahiran komputer dan ict. Selain itu, aktiviti ini juga adalah untuk melatih peserta dalam pemikiran yang kritis serta kemampuan seseorang dalam interaksi dan sosialisis. Secara langsung ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di NADI kepada orang ramai.

Aktiviti

Aktiviti ini memfokuskan pada pembelajaran secara fizikal dengan membuat dadu kotak vokal yang diberikan oleh petugas. Peserta diminta untuk membentuk semula kotak dadu tersebut yang mana di kotak tersebut terdapat huruf vokal untuk dipelajari atau bermain sambil belajar dengan kotak dadu tersebut. Peserta dibekalkan dengan gam untuk membentuk kotak dadu vokal tersebut. Dalam membentuk kotak tersebut peserta dibantu untuk membuat kotak tersebut. Hasil daripada aktiviti adalah peserta dapat mengenal huruf vokal dio samping membentuk kemahiran dan kepekaan peserta dengan membentukkan semula kotak dadu vokal tersebut. Peserta sangat seronok membuat dadu vokal tersebut dan diharapkan dengan adanya aktiviti ini akan meningkatkan serta menarik lebih ramai minat komuniti untuk menyertai aktiviti-aktiviti percuma yang dijalankan disini.

Gambar Disini