Tarikh : 04.07.2024
Masa : 11.00 pg - 1.00 ptg
Lokasi : NADI Kg Jabi
Peserta : 12 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk memberikan latihan keusahawanan bagi pemasaran produk dan juga meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam memasarkan produk serta meningkatkan jualan dengan memanfaatkan media digital atau applikasi atas talian yang dapat membantu usahawan memperkembangkan pernigaan mereka. Secara langsung ini dapat menghebahkan dan memperluaskan nama pedi keapada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti mefokuskan pada pengajaran bagaimana cara untuk membuat "live" atau jualan secara langsung melalui platform kedai atas talian dan juga melalui media sosial seperti facebook, instagram, tiktok dan sebagainya dengan menekan butang "live" di applikasi tersebut. Dalam bengkel ini peserta diterangkan langkah-langkah serta perkara-perkara asas yang utama dalam membuat "live" jualan. Bengkel ini juga telah memperkenalkan dan menunjukkan beberape alatan yang boleh digunakan untuk membuat live seperti "stand phone atau tripod", komputer, telefon, mikrofon, "headphone" dan lain-lain. Selain itu, petugas membantu peserta dalam mendaftarkan akaun bagi yang tiada akaun serta bengkel ini juga memberi peluang peserta membuat "live" di facebook dan juga tik tok bagi yang aktif akaun sosial mereka.   peserta diberi peluang untuk membuat live dengan akaun usahawan untuk melihat serta merasai sendiri bagaimana "live" jualan ini. Peserta sangat teruja dan seronok mempelajari ilmu perniagaan untuk mengukuhkan lagi kemahiran keusahawanan mereka dan memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.

Gambar Disini