Tarikh : 14.07.2024
Masa : 2.30 ptg - 3.30 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk pendedahan kemahiran dalam pencarian maklumat di browser dan bagaimana cara untuk mengisi maklumat secara atas talian.Dengan bengkel ini akan dapat meningkatkan kemahiran komputer dan juga mewujudkan masyarakat yang celik it serta berinteraktif dalam dunia digital ini. Secara langsung bengkel ini dapat mempromosikan secara meluas tentang perkhidmatan dan juga kelas yang dijalakan disimni kepada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas bagaimana kita membuat pencarian laman web untuk mengisi maklumat. Sebelum peserta memulakan pengisian borang tersebut, peserta diminta untuk membuka laman web pengisian borang masing-masing seperti laman web perumahan SPNB, Maidam, SPPIM, Yayasan Terengganu, dan lain-lain dibrowser. Selepas laman web pengisian terpapar peserta diminta untuk mendaftarkan diri bagi yang perlu mendaftarkan diri di laman web tersebut. Manakala, bagi laman web yang tidak perlu didaftarkan pula peserta hanya semak dengan no pengenalan diri sebelum mengisi dan bagi yang tidak diminta peserta boleh meneruskan memasukkan maklumat data ke dalam sistem dengan bantuan dan bimbingan petugas. Dengan bantuan dan tunjuk ajar dari petugas peserta dapat mengisi sendiri borang di laman rasmi pengisian tersebut. Peserta berjaya mengisi maklumat dengan baik.

Gambar Disini