Tarikh : 05.07.2024
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 13 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk  menggalakan dan memperluaskan lagi penggunaan ict dalam kalangan peserta terutama kalangan pelajar sekolah dalam keterlibatan mereka terhadap dunia digital dan ict ini. Selain itu, dapat mewujudkan pelajar yang mahir dan bijak dalam menggunakan ict sejajar dengan misi negara mewujudkan masyarakat yang celik it dan berinovasi sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di NADI kepada orang ramai.

Aktiviti

Aktiviti menjawab kuiz santai dalam applikasi Kahoot adalah untuk memberikan pendidikan terhadap penggunaan ict secara bijak dan juga mempelajari kuiz berpendidikan secara atas talian. Dalam bengkel ini aktiviti yang dijalankan melalui applikasi yang dipilih oleh petugas dan juga soalan dalam applikasi tersebut juga di olah oleh petugas untuk peserta menjawab kuiz tersebut. Sebelum peserta memulakan aktuiviti menjawab kuiz tersebut, mereka perlu memasukkan no pin yang tertera di paparan skrin hadapan. Setelah no pin dimasukkan peserta mula menjawab kuiz bersama dan perlu memilih jawapan yang telah disediakan dengan cepat. Dalam applikasi ini juga ia akan menunjukkan kedudukan peserta yang pantas menjawab kuiz dan juga jawapan yang betul untuk memudahkan peserta mengetahui kesalahan serta kedudukan mereka ketika menjawab kuiz tersebut. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta diberi peluang untuk bertanya lebih teperinci mengenai kuiz mahupun dari soalan-soalan yang diberikan oleh petugas. Perserta sangat teruja dan seronok dalam menjawab kuiz kahoot  dan memahami dengan baik. Diharapkan dengan kepelbagaian program sebegini akan dapat menarik minat peserta lain untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh NADI.

Gambar Disini