Tarikh : 17.08.2024
Masa : 04.00 ptg - 05.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 4 Orang
 
 
 
 
 
 
 

TUJUAN :

Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan ict dan juga pembelajaran melalui aktiviti stem yang dapat meningkatkan fokus dan membuna pemikiran yang kreatif serta memupuk kerjasama antara peserta. Petugas juga berharap dengan aktiviti yang dijalankan ini dapat menarik minat dan juga memperhebahkan lagi perkhidmatan yang terdapat NADI.

 

Bahan-bahan yang Diperlukan :

- Gelas Plastik

- Air

- Garam

- Pewarna

- Kertas

 

Langkah-langkah:

1) Langkah pertama peserta diminta untuk menyusun gelas-gelas yang mana kesemua adalah dua gelas yang dilapikkan dengan kertas

2) Selepas itu, peserta menuangkan atau memasukkan air ke dalam gelas tersebut

3) Selepas air dimasukkan peserta diminta untuk memasukkan pewarna yang berbeza dan melarutkan pewarna yang dicampur air

4) Setelah pewarna terlarut peserta memasukkan garam segenggam ke dalam salah satu air yang dicampur pewarna

5) Petelah kesemua gelas terisi dengan bahan-bahan tersebut, peserta akan meletakkan kertas di dalam air pewarna yang dicampur garam dan  menganggkat air garam tersebut untuk diletakkan di atas gelas yang terisi air dan pewarna sahaja

6) Akhir sekali,  peserta akan dapat melihat air tidak akan jatuh dan air garam yang dicampurkan pewarna tidak akan bercampur dengan air yang tiada garam. Di situ peserta akan dapat melihat keadaan air tersebut dan disebabkan itu pewarna digunakan supaya dapat melihat perbezaan air tersebut setelah di angkat dan diletkkan ke gelas tanpa campuran garam.

  1. Kesimpulannya aktiviti ini menunjukkan bagaimana air tidak bercampur setelah diterbalikkan ke atas gelas yang lain. Hal ini kerana garam memiliki sifat menyerap air dan wap air dari udara. Oleh sebab itu, bila diterbalikkan ke gelas lain kita akan dapat melihat air garam tidak jatuh atau bercampur setelah kertas yang menghalang air ditarik. Diharapkan aktiviti ini boleh menjadi satu aktiviti yang menarik untuk dicuba disamping pengawasan orang dewasa. Selamat mencuba!

  2. Gambar Disini

Tarikh : 17.08.2024
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 4 Orang

 

 

 

 

TUJUAN :

Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan membina pemikiran yang kreatif dan inovasi melalui aktiviti - aktiviti stem. Selain itu, aktiviti ini juga secara tidak langsung akan meningkatkan kerjasama antara peserta dalam menjalankan aktiviti stem ini. Petugas juga berharap dengan aktiviti yang dijalankan ini dapat menarik minat dan juga memperhebahkan lagi perkhidmatan yang terdapat NADI.

 

Bahan-bahan yang Diperlukan :

- Gelas Plastik

- Air

- Ais Batu

- Minyak

 

Langkah-langkah:

1) Langkah pertama peserta diminta untuk menyusun gelas-gelas yang mana kesemua adalah tiga gelas untuk melihat perbezaan yang terjadi dengan ais batu

2) Selepas itu, peserta menuangkan atau memasukkan air sepenuhnya ke dalam gelas

3) Gelas kedua peserta memasukkan minyak

4) Manakala, gelas ketiga peserta perlu memasukkan setegah air dan juga setengah minyak

5) Setelah kesemua gelas terisi dengan bahan-bahan tersebut, peserta akan memasukkan ais batu ke dalam gelas tersebut

6) Akhir sekali,  peserta akan dapat melihat perubahan ais batu yang berbeza dalam gelas. Gelas pertama peserta akan melihat perubahan ais batu semakin mengecil dan terlihat cair. Selain itu, gelas kedua pula terlihat ais batu tenggelam dan masih keras manakala gelas terakhir yang terisi dengan separuh air dan minyak pula terlihat melayang dan berada di posisi tengah.

  1. Kesimpulannya aktiviti ini menunjukkan bagaimana cara ais batu itu bertindak balas dengan bahan-bahan yang digunakan. Keadaan dan tindak balas air dan minyak hanya dibezakan dengan masa dan jenisnya. Di dalam zat cair benda yang lebih besar akan seperti air ia akan cepat mencair dan tenggelam dan bagi zat masa yang lebih kecil pula ia akan terapung begitu lar yang terjadi pada ais batu apabila kita memasukkan ia ke dalam gelas yang mempunyai pelbagai bahan untuk melihat perubahan dan tindak balasnya. Diharapkan aktiviti ini boleh menjadi satu aktiviti yang menarik untuk dicuba disamping pengawasan orang dewasa. Selamat mencuba!

  2. Gambar Disini
Tarikh : 15.08.2024
Masa : 12.00 ptg - 1.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 20 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk pendedahan maklumat dan melatih kemahiran komputer dan ict. Malah, bengkel ini juga bertujuan untuk melatih peserta ke arah pemikiran yang kritis dan kemampuan seseorang dalam interaksi dan sosialisis. Secara langsung ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di NADI kepada orang ramai.

Aktiviti

Aktiviti ini memfokuskan pada pembelajaran secara fizikal dengan membuat topi merdeka sempena merdeka bersama pelajar tabika. Dalam aktiviti ini peserta akan mewarna mengikut warna bendera dan kreativiti masing-masing sebelum peserta mencantum atau menyambung kertas yang diwarnakan untuk membuat topi merdeka. Peserta dibimbing dan dibantu petugas dalam mewarna dan menyiapkan topi merdeka tersebut. Keterujaan dan kesungguhan peserta dapat dilihat ketika peserta berusaha untuk menyiapkan topi merdeka sempena bulan kemerdekaan yang ke-67 tahun. Petugas berharap dengan adanya aktiviti ini secara langsung dapat meningkatkan serta menarik minat lebih ramai komuniti atau institusi pendidikan untuk bekerjasama dan menyertai aktiviti-aktiviti percuma yang dijalankan disini.

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 17.08.2024
Masa : 2.00 ptg - 3.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 4 Orang
 

 

 

 

TUJUAN :

Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan ict serta pembelajaran stem yang merangkumi bidang pengajian di peringkat tertiari seperti Sains, Kimia, Matematik, Asas Kelestarian, Grafik Komunikasi Teknikal, dan Sains Komputer. Dengan aktiviti ini dapat meningkatkan minat pelajar dalam stem dan juga ict serta meningkatkan kemahiran dan nilai diperlukan pada masa depan. Sekali gus, aktiviti yang dijalankan ini dapat menarik minat dan juga memperhebahkan lagi perkhidmatan yang terdapat NADI.

 

Bahan-bahan yang Diperlukan :

- Gelas Plastik

- Air

- Tisu

- Bekas Plastik

 

Langkah-langkah:

1) Langkah pertama peserta diminta untuk menuangkan air kedalam bekas sehingga penuh

2) Selepas itu, peserta mengambil gelas dan masukkan tisu kedalam gelas, tisu perlu digumpalkan sedikit untuk dimasukkan ke dalam gelas 

3) Setelah itu, gelas yang ada tisu tersebut di terbalikkan ke dalam bekas air yang diisi penuh paras tisu

4) Tekup dan biarkan seketika gelas yang diterbalikkan

5) Akhir sekali,  peserta akan dapat melihat tisu yang digumpal di dalam bekas tetap kering setelah diangkat dari bekas yang berisi air paras tisu

  1. Kesimpulannya aktiviti ini menunjukkan bagaimana tisu tetap menjadi kering walaupun di rendam ke dalam bekas air yang disi paras tisu. Hal ini kerana, ruang gelas yang berisi tisu juga ditempati udara. Saat gelas dimasukkan ke bekas plastik dalam posisi menegak lurus menjadikan air tidak dapat masuk kerana telah diisikan dengan tisu dan udara telah memenuhi ruang. Oleh sebab itu, tisu tetap menjadi kering tetapi jika posisi gelas miring ia akan menyebabkan air memasuki gelas dan tisu menjadi basah. Diharapkan aktiviti ini boleh menjadi satu aktiviti yang menarik untuk dicuba disamping pengawasan orang dewasa. Selamat mencuba!

  2. Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 15.08.2024
Masa : 11.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 20 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan asas dalam kemahiran ict dan juga memberikan latihan berasaskan ict untuk perkembangan minda dan juga meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan komputer. Bengkel yang diadakan ini sekali gus dapat memperluaskan lagi penggunaan dan perkhidamtan yang terdapat di NADI ini.

Aktiviti

Aktiviti ini bermula dengan penerangan ringkas dan peserta diajarkan langkah-langkah untuk mewarna menggunakan applikasi pembelajaran secara atas talian ini. Terdapat pelbagai aktiviti mewarna yang ada di dalam applikasi seperti mewarna menggunakan berus, mewarna mengikut nombor, melalui perkataan warna dan sebagainya. Dalam aktiviti ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk menggunakan berus bagi mewarna dan bagaimana warna yang dipilih itu digunakan untuk mewarna gambar yang tersedia itu. Selain itu, peserta diajarkan bagaimana cara mewarna mengikut perkataan warna yang telah ditetapkan. Peserta mewarna mengikut kreativiti dan juga arahan dalam applikasi tersebut dan sangat seronok serta berjaya mewarna dengan baik dalam applikasi tersebut..

Gambar Disini