Tarikh : 10.07.2024
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan adalah untuk memberikan latihan komputer dan ict untuk meningkatkan kemahiran dalam ict dan juga teknologi digital sejajar dengan perkembangan dan penggunaan teknilogi pada masa kini. Dengan aktiviti ini secara langsung ia dapat mempromosikan dan menghebahkan lagi perkhidmatan dan aktiviti yang diadakan disini.

Aktiviti

Aktiviti ini bermula dengan penerangan secara ringkas tentang internet dan juga applikasi canva yang akan digunakan oleh peserta. Petugas membantu dan mengajar peserta bagaimana cara untuk membuat suntingan imej atau gambar di canva. Sebelum  itu, peserta diajarkan bagaimana cara untuk masukkan imej yang dicari dibrowser atau gambar dari pesaerta untuk dimasukkan ke dalam "folder" canva. Setelah imej dimasukkan pesrta diajarkan teknik-teknik asas dalam menyunting canva seperti cara size gambar, pergerakan gambar, tulisan, cara masukkan frame atau pemilihan imej dan sebagainya. Selain itu, peserta juga diajarkan bagaimana cara untuk menukarkan latar belakang dan bagaimana cara untuk memilih "template" serta size ukuran untuk menyunting. Peserta berjaya menggunakan teknik-teknik asas yang diajarkan serta memahami dengan baik apa yang telah diajari hari ini

Gambar Disini

 

 

 

 

 

Tarikh : 08.07.2024
Masa : 11.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan menaip menggunakan Microsoft Word untuk meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer untuk membiasakan peserta dengan komputer serta applikasi yang terdapat dalam komputer. Secara tidak langsung bengkel ini akan membantu mempromosikan dan menggalakkan lagi komuniti untuk bergunjung ke NADI.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini mengajar dan membantu peserta untuk belajar menaip menggunakan applikasi microsoft word untuk menyiapkan lembaran kerja peserta.Dalam bengkel ini peserta diajarkan dan dibantu untuk menyiapkan kerja kursus mereka melalui Microsoft Word. Peserta diajarkan bagaimana untuk mengubah "layout", ukuran size, warna, cara masukkan gambar, menytuntingkan gambar, membuat jadua dan sebagainya. Malah, diajarkan juga bagaimana menggunakan papan kekunci untuk memudahkan kerja dalam menaip seperti pengunaan "space" , "enter", "caps lock" dan sebagainya. Selain itu, diajarkan juga bagaimana cara menyimpan file yang dibuat dan menukarkan dokueman dalam bentuk pdf atau dalam bentuk word. Peserta memahmi dengan baik dan berjaya menyiapkan kerja kursus peserta.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

Tarikh : 04.07.2024
Masa : 11.00 pg - 1.00 ptg
Lokasi : NADI Kg Jabi
Peserta : 12 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk memberikan latihan keusahawanan bagi pemasaran produk dan juga meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam memasarkan produk serta meningkatkan jualan dengan memanfaatkan media digital atau applikasi atas talian yang dapat membantu usahawan memperkembangkan pernigaan mereka. Secara langsung ini dapat menghebahkan dan memperluaskan nama pedi keapada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti mefokuskan pada pengajaran bagaimana cara untuk membuat "live" atau jualan secara langsung melalui platform kedai atas talian dan juga melalui media sosial seperti facebook, instagram, tiktok dan sebagainya dengan menekan butang "live" di applikasi tersebut. Dalam bengkel ini peserta diterangkan langkah-langkah serta perkara-perkara asas yang utama dalam membuat "live" jualan. Bengkel ini juga telah memperkenalkan dan menunjukkan beberape alatan yang boleh digunakan untuk membuat live seperti "stand phone atau tripod", komputer, telefon, mikrofon, "headphone" dan lain-lain. Selain itu, petugas membantu peserta dalam mendaftarkan akaun bagi yang tiada akaun serta bengkel ini juga memberi peluang peserta membuat "live" di facebook dan juga tik tok bagi yang aktif akaun sosial mereka.   peserta diberi peluang untuk membuat live dengan akaun usahawan untuk melihat serta merasai sendiri bagaimana "live" jualan ini. Peserta sangat teruja dan seronok mempelajari ilmu perniagaan untuk mengukuhkan lagi kemahiran keusahawanan mereka dan memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.

Gambar Disini

 

Tarikh : 05.07.2024
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 13 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk  menggalakan dan memperluaskan lagi penggunaan ict dalam kalangan peserta terutama kalangan pelajar sekolah dalam keterlibatan mereka terhadap dunia digital dan ict ini. Selain itu, dapat mewujudkan pelajar yang mahir dan bijak dalam menggunakan ict sejajar dengan misi negara mewujudkan masyarakat yang celik it dan berinovasi sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di NADI kepada orang ramai.

Aktiviti

Aktiviti menjawab kuiz santai dalam applikasi Kahoot adalah untuk memberikan pendidikan terhadap penggunaan ict secara bijak dan juga mempelajari kuiz berpendidikan secara atas talian. Dalam bengkel ini aktiviti yang dijalankan melalui applikasi yang dipilih oleh petugas dan juga soalan dalam applikasi tersebut juga di olah oleh petugas untuk peserta menjawab kuiz tersebut. Sebelum peserta memulakan aktuiviti menjawab kuiz tersebut, mereka perlu memasukkan no pin yang tertera di paparan skrin hadapan. Setelah no pin dimasukkan peserta mula menjawab kuiz bersama dan perlu memilih jawapan yang telah disediakan dengan cepat. Dalam applikasi ini juga ia akan menunjukkan kedudukan peserta yang pantas menjawab kuiz dan juga jawapan yang betul untuk memudahkan peserta mengetahui kesalahan serta kedudukan mereka ketika menjawab kuiz tersebut. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta diberi peluang untuk bertanya lebih teperinci mengenai kuiz mahupun dari soalan-soalan yang diberikan oleh petugas. Perserta sangat teruja dan seronok dalam menjawab kuiz kahoot  dan memahami dengan baik. Diharapkan dengan kepelbagaian program sebegini akan dapat menarik minat peserta lain untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh NADI.

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 04.07.2024
Masa : 9.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : NADI Kg Jabi
Peserta : 12 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk pendedahan maklumat berkaitan dengan keusahawanan untuk membuka kedai atas talian dan juga pemasaran produk secara digital. Secara langsung ini dapat meningkatkan pengetahuan peserta dalam dunia teknologi dan ict untuk usahawan memasarkan produk mereka ke pasaran digital. Sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di NADI kepada orang ramai.

Aktiviti

Aktiviti ini membantu peserta dalam pemasaran produk melalui kedai atas talian. Dalam bengkel ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk membuka kedai atas talian dan juga bagaimana cara untuk menjadi "affiliate" dan bagaimana cara untuk membuka akaun "affiliate". Peserta diminta untuk memuat turun "shoppe" dan juga "tik tok" bagi mereka yang tiada kedua-dua applikasi tersebut. Manakala, bagi peserta yang sudah ada applikasi itu peserta terus diajarkan bagaimana cara untuk membuka kedai dan menjadi affiliate dengan mendaftarkan akaun tersebut. Selepas berjaya mendaftarkan diri peserta diajarkan dan dibantu bagaimana cara untuk memasukkan maklumat produk dari memasukan gambar produk, berat , maklumat produk dan lain-lain. Selain itu, dalam bengkel ini juga mengajar dan membantu peserta dalam menjadi "affiliate" untuk mencari pendapatan melalui "affiliate". Dalam "affiliate" ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk membuat video "content"dan bagaimana cara untuk meletakkan "link affliate" ke media sosial serta bagaimana cara untuk memasukkan beg kuning di dalam video promosi jualan bagi applikasi "tik tok". Peserta sangat seronok dan teruja dengan bengkel ini dan petugas berharap dengan adanya bengkel ini akan dapat menarik lebih ramai komuniti untuk menjadi usahawan dan mencari pendapatan melalui jualan digital sekali gus menarik minta lebih ramai untuk menyertai aktiviti yang diadakan di NADI.

Gambar Disini