Tarikh : 07.06.2024
Masa : 2.00 ptg - 3.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedehan kemahiran pembelajaran berpendidikan secara atas talian dan juga mendidik peserta dalam menggunakan ict dan teknologi dengan bijak secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kemahiran serta ilmu pengetahuan peserta dalam penggunaan komputer atau teknologi. Selain itu dengan aktiviti ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini dimulakan dnengan penerangan ringkasoleh petugas tentang applikasi yang akan digunakan untuk pembelajaran yang berbentuk permainan kuiz secara atas talian. Peserta diminta untuk membuka laman web "coolmaths4kids" untuk bermain kuiz tersebut. Setelah semua peserta membuka peserta diminta untuk memilih kuiz yang ditunjukkan oleh petugas dan mereka semua memulakan kuiz matematik yang berbentuk permainan. Kuiz ini ssangat membantu peserta bukan sahaja dalam fokus tetapi ketangkasan tangan dan kepantasan dalam berfikir untuk menjawab soalan matematik tersebut. Akhir sekali, peserta dapat melihat keputusan siapa yang menang dan juga markah serta kesalahan dalam menjawab kuiz tersebut. E-learning ini antara aktiviti percuma yang diajarkan kepada peserta dan diharapkan aktiviti ini juga dapat menarik minat lebih ramai peserta untuk menyertai aktiviti bermanfaat ini di pedi.

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 05.06.2024
Masa : 1.00 ptg - 3.00 ptg
Lokasi : NADI Pasir Akar
Peserta : 26 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan latihan dan kemahiran keusahawanan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam perniagaan dan bagaimana peserta mengambil peluang serta manfaat dalam dunia digital bagi memperkembangkan perniagaan. Secara langsung ini dapat menghebahkan dan memperluaskan nama pedi keapada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti mefokuskan pada pengajaran bagaimana cara untuk membuat "live" atau jualan secara langsung melalui platform kedai atas talian dan juga melalui media sosial seperti facebook, instagram, tiktok dan sebagainya. Dalam bengkel ini peserta diterangkan langkah-langkah serta perkara-perkara asas yang utama sebelum "live" di adakan. Peserta diterangkan dan ditunjukkan peralatan yang perlu digunakan untuk membuat "live" serta syarat yang boleh peserta untuk membuat "live" di kedai atas talian seperti shopee dan tik tok. Selain itu, petugas membantu dan membimbing peserta dalam membuat dari mendaftarkan akaun bagi yang tiada akaun serta bengkel ini juga memberi peluang peserta membuat "live" dengan di facebook dan juga tik tok bagi yang aktif akaun sosial mereka.   peserta diberi peluang untuk membuat live dengan akaun usahawan yang aktif. Peserta sangat teruja dan seronok mempelajari ilmu perniagaan untuk mengukuhkan lagi kemahiran keusahawanan mereka dan memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

Tarikh : 05.06.2024
Masa : 9.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : NADI Pasir Akar
Peserta : 26 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan adalah untuk memberikan latihan kemahiran keusahawanan dan juga untuk menyampaikan ilmu yang berkaitan perniagaan untuk membantu para usahawan kecil dalam kalangan masayarakat memperkembangkan lagi pemasaran atau aktiviti perniagaan melalui media digital dan teknologi kini. Sekali gus, dapat meningkatkan ekonomi para usahawan dan juga hasarat kerajaan untuk melahirkan usahawan digital serta membantu pertumbuhan ekonomi negara. Secara langsung ini dapat juga membantu meningkatkan promosi dan hebahan kepada masayarakat tentang aktiviti dan latihan bengkel yang diadakan di NADI secara percuma.

Aktiviti

Bengkel pada hari tersebut memfokuskan tentang bagaimana cara untuk membuka kedai atas talian melalui pelbagai platform atas talian seperti shopee, lazada, tik tok dan lain-lain. Dalam bengkel ini peserta diterangkan dan diajarkan dengan bantuan para petugas NADI dan juga Rakan Digital (RD) untuk membantu para usahawan untuk mendaftarkan diri dalam kedai atas talain bagi peserta yang baru mula berniaga atau tidak mempunyai asas kedai atas talian. Peserta diajarkan juga bagaimana cara untuk memasukan produk jualan dan juga keterangan atau maklumat produk seperti size, warna, berat, nama produk dan sebagainya. Bengkel ini membuka peluang peserta untuk memperluaskan dan meningkatkan pemasran serta jualan produk usahawan melalui kedai atas talian. Peserta dapat memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 05.06.2024
Masa : 11.00 pg - 1.00 ptg
Lokasi : NADI Pasir Akar
Peserta : 26 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untukmemberikan pendedahan tentang pemaasaran produk yang betul bagi meningkatkan, memperluaskan perniagaan serta membantu mengajarkan teknik-teknik asas dalam memasarkan produk usahawan. Sekali gus dengan bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di NADI.

Aktiviti

Bengkel ini adalah merupakan bengkel yang menfokuskan dan mengajark  peserta bagaimana cara yang betul untuk memasarkan jualan peserta. Dalam bengkel ini  peserta diajarkan bagaimana cara untuk memasarkan produk dalam talian menggunakan medium baru atau mediun digital dalam memasarkan produk seperti facebook, instagram, lazada, shopee,tik tok dan sebagainya secara langsung hal ini dapat meningkatkan jualan produk serta dapat mempromosikan melalui pemasaran atas talian ini. Pemasran atas talian ini akan dapat mewujudkan usahawan digital yang mentransformasi perniagaan dan membangunkan dengan menggunakan teknologi digital terkini. Peserta dapat memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.

Gambar Disini

Tarikh : 01.06.2024
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir. Selain itu, untuk memberikan pendedehan dengan applikasi baru seperti canva, planifly, dan lain-lain. Secara langsung kelas ict dapat meningkatkan ilmu pengetahuan peserta terhadap ict dan applikasi yang dapat digunakan serta dapat menjana ke arah minda yang kreatif dan celik it. Malah, kelas ini juga dapat mempromosikan pedi secara langsung kepada komuniti tentang perkhidmatan yang terdapat disini.

Aktiviti

Bengkel ini memfokuskan pada cara untuk membuat nota pendidikan dengan menggunakan applikasi canva. Dalam bengkel ini peserta diperkenalkan applikasi canva dan cara untuk mendaftarkan diri sebelum peserta menggunakannya. Petugas membantu peserta dalam mengajarkan bagaimana cara untuk membuat nota pendidikan dengan memilih terlebih dahulu "template" nota untuk disunting. Setelah masing-masing memilih "template" nota tersebut peserta mula mengedit 'tempale'  dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas. Peserta diajarkan bagaimana untuk menaip dengan menyunting perkataan atau tambah kota untuk menaipkan ayat. Selain itu, peserta juga diajarkan bagaimana cara untuk memasukkan gambar, membuang ayat atau gambar, bagaimana cara untuk mengerakkan gambar, perkataan dan lain-lain. Peserta berjaya menggunakan canva untuk membuat nota pendidikan dengan baik. 

Gambar Disini