Tarikh : 2.01.2024
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 24 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta bagaimana untuk mengisi maklumat atau kemaskini data dalam portal atau laman sesawang HRMIS dan juga membantu peserta mempelajari bagaimana cara untuk menggunakan Microsoft Excel untuk membuat jadual dan menu.  Dengan adanya bengkel ini peserta dapat mengetahui cara untuk mengisi di laman web dan secara tidak langsung ict ini dapat membantu meningkatkan kemahiran dalam ict dan juga membuka ruang peserta sebagai guru tabika untuk memperluaskan dan mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran secara inovatif dan kreatif. Sekali gus ini dapat mempromosikan pedi kepada komuniti tentang aktiviti yang dijalankan di sini.

Aktiviti
Dalam bengkel ini peserta diterangkan dahulu tentang laman sesawang dan bagaimana cara untuk mengisi dalam laman sesawang HRMIS tersebut. Peserta diminta untuk membuka atau melayari laman sesawang HRMIS dan juga peserta diminta untuk memasukan id atau katalaluan bagi meraka yang telah berdaftar. Setelah semua peserta dapat memasuki HRMIS ini, petugas meminta peserta untuk mengisi atau mengemaskini data bedasarkan malumat peserta sambil dipantau oleh petugas. Selain itu peserta diajarkan bagaimana cara untuk membuat menu makanan harian untuk pelajar atau bisnes jualan sampingan mereka serta bagaimana cara untuk membuat jadual menu atau jadual harga barang peserta dengan menggunakan Microsoft Excel. Peserta memahami dan berjaya mengisi maklumat data mereka ke dalam laman HRMIS dengan baik.

Gambar Disini

Tarikh : 14.08.2023
Masa : 03.00 ptg - 04.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam penggunaan internet atau ict dalam kalaalangan masyarakat. Selain itu untuk menyebarkan sudut positif ict dalam pencarian dan penyebaran maklumat secara interaktif dan bijak. Sekali gus, ini dapat meningkatkan mutu dan penyebaran tentang perkhidmatan yang terdapat disini.

Aktiviti

Dalam bengkel ini petugas memberi penerangan ringkas tentang cara untuk masuk ke dalam sistem delima KPM ini sebelum menjawab soal selidik dalam applikasi ini. Petugas mengajar peserta bagaimana cara untuk mendaftar dan masuk ke dalam sistem dengan menggunakan password yang telah diberikan. Selepas berjaya mendaftarkan diri peserta diminta untuk menjawab soalan kaji selidik yang mengandungi 100 soalan dan hanya menekan butang jawapan yang igin dipilih oleh peserta. Dengan bantuan petugas peserta berjaya menjawab soalan kaji selidik dan memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 24.12.2023
Masa : 3.00 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta

: 2 orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel softskill atau kemahiran penulisan karangan membuat resume ini diadakan bertujuan untuk melatih dan memahirkan peserta dalam membuat resume menggunakan applikasi yang tersedia seperti Canva, Microsoft Word, Adobe Photoshop dan sebagainya serta untuk kefahaman peserta mengenai format penulisan karangan sekolah di smaping meningkatkan ilmu kemahiran komputer dan juga menaip untuk peserta. Dengan adanya bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pedi kepada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengajar peserta asas format penulisan karangan resume untuk sekolah. Bagaimana untuk membuat penulisan resume untuk karangan tetapi menggunakan komputer yang mana ia dapat melatih dan memahirkan dalam penggunaan komputer. Dalam bengkel tersebut juga, peserta diajarkan asas-asas yang perlu dimasukan bagi karangan resume seperti pencapaian, maklumat diri, pendidikan dan sebagainya mengikut format resume sekolah. Selain itu, dalam applikasi tersebut peserta diajar bagaimana untuk memasukkan gambar ditengah atau ditepi resume serta peserta juga boleh memilih template sedia ada dalam Microsoft Word sebagai rujukan dalam menghasilkan resume. Selain itu, peserta juga diajarkan bagaimana untuk menggunakan 'menu' yang terdapat dalam applikasi seperti penukaran size, warna, jenis tulisan dan lain-lain malah, diajarkan juga teknik-teknik yang mudah dalam menggunakan papan kekunci dan juga teknik dalam membuat resume mengikut format penulisan karangan resume. Peserta berjaya menggunakan teknik yang diajar dalam membuat penulisan resume dan memahami dengan baik.

Gambar Disini

Tarikh : 23.12.2023 & 30.12.2023
Masa : 9.30 pg - 10.30 pg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict dan latihan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam ict dan juga komputer. Malah, dengan aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran dan celik it dalam kalangan peserta yang mana ia dapat memicu kepada generasi yang bijak dan inovatif. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.

Aktiviti

Bengkel ini merupakan kelas tuisyen Bahasa Melayu yang dijalankan disini secara online untuk peserta yang telah berdaftar. Petugas hanya mengajar bagaimana cara untuk menggunakan applikasi zoom atau google meat seperti membuka audio, cara menaip di ruangan chat, membuka camera dan sebagainya. Pada minggu tersebut peserta diajarkan oleh cikgu tentang tatabahasa dan soalan latih tubi yang telah diberikan secara pdf kepada peserta. Malah peserta juga diajar bagaimana cara untuk bermain soalan kuiz permainan dalam applikasi yang telah disediakan oleh cikgu tuisyen pada kelas tersebut. Peserta berjaya memasuki kelas online dan memahami apa yang telah diajar dalam kelas tuisyen tersebut dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 20.12.2023
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir menggunakan komputer dan juga memberikan pendedahan ilmu mengenai applikasi baru seperti canva yang mana memudahkan peserta untuk menggunakan bagi aktiviti pembelajaran secara langsung aktiviti ini dapat meningkatkan pemikiran yang kreatif dan inovatif. Sekali gus, kelas ini juga dapat mempromosikan pedi secara langsung kepada komuniti tentang perkhidmatan yang terdapat disini.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi yang akan digunakan dalam bengkel ini. Peserta diminta untuk mendaftarkan diri terlebih dahulu untuk memudahkan proses pengeditan, penyimpanan file dan pemilihan 'template' untuk membuat nota Pendidikan sains. Selepas mendaftarkan diri peserta telah memilih jenis 'template' nota yang tersedia dalam applikasi tersebut. Setelah itu, peserta mula mengedit 'tempale' tersebut dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas PEDI. Peserta juga diajarkan bagaimana cara untuk mencari maklumat atau gamnbar di browser seterusnya bagaimana cara untuk memasukan bahan yang disimpan ke dalam file gambar di dalam canva. Dalam editing 'template' tersebut petugas mengajar bagaimana cara untuk meletakkan imej, pemilihan simbol, bagaimana cara 'upload' dan sebagainya. Selain itu, petugas juga mengajar peserta bagaimana untuk menyimpan nota tersebut dalam bentuk pdf, imej, mp4 dan lain-lain. Peserta berjaya menggunakan canva untuk membuat nota Pendidikan sains dengan baik. 

Gambar Disini