Bengkel E-learning ini adalah bertujuan untuk memberikan latihan ict dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer dan juga asas dalam ict terutama pada peserta yang berada di tahap 1 yang mana usia dalam kalangan peserta ini sangat mudah untuk membentuk dan mengajar ilmu kemahiran ini sekali gus, aktiviti ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini adalah mengenai pembelajaran melalui applikasi liveworksheets.com yang mana terdapat pelbagai bentuk bahan pembelajaran sesuai untuk pelajar sekolah rendah atau pra sekolah. Dalam aktiviti tersebut pelajar telah mempelajari pelbagai aktiviti kuiz pembelajaran dari ejaan, bahasa melayu, english dan sebagainya. Petugas pedi mengajar peserta bagaimana cara untuk menjawab kuiz dalam applikasi dan bagaimana cara untuk menggunakan papan kekunci dan juga tetikus dalam aktiviti tersebut.Peserta mengikut apa yang telah diajarkan dalam kelas ini dan memahami dengan baik. E-learning ini antara aktiviti percuma yang diajarkan kepada peserta yang ingin mencari ilmu kemahiran komputer malah, diharapkan aktiviti ini juga dapat menarik minat lebih ramai peserta untuk menyertai aktiviti bermanfaat ini di pedi.