Tarikh : 16.07.2023
Masa : 10.00 pg - 12.00 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 16 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap ict dan kegunaan komputer supaya mereka mahir dalam penggunaan tersebut terutama dalam kalangan kanak-kanak. Pendedahan ini awal ini dapat meningkatkan ilmu dan memperkembangkan minda serta melatih pemikiran mereka kearah yang celik it, kreatif dan inovatif. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti

Dalam aktiviti ini petugas bermula dengan memperkenalkan dan menerangkan kegunaan peralatan atau perkakas komputer kepada peserta seperti papan kekunci, tetikus, skrin komputer, printer, unit pemprosesan data (cpu) dan lain-lain. Selepas pekenalan kepada perkakas komputer petugas meminta peserta untuk membuka laman web uptoten dan memilih kategori mewarna. Dalam kelas tersebut petugas mengajar bagaimana cara untuk menggunakan perkakas komputer untuk membantu peserta mewarna di dalam applikasi tersebut. Selain daripada mewarna peserta juga diajar mengenal huruf dan abjad melalui video supaya pelajar merasa seronok dan mudah untuk difahami oleh peserta serta diajarkan juga pelbagai teknik yang mudah difahami untuk peserta dalam mewarna dan bermain permainan pendidikan. Peserta berjaya mewarna dan memahami dengan baik.

Gambar Disini