Tarikh : 02.11.2023
Masa : 2.00 ptg - 04.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta

: 2 orang

 Tujuan

Bengkel Asas ini diadakan adalah bertujuan untuk membiasakan peserta dengan komputer dan ict agar mahir dalam menggunakan teknologi terkini. Selain itu, dengan adanya bengkel ini secara tidak langsung ia dapat memperluaskan lagi maklumat tentang perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diajar bagaimana cara untuk menjawab soalan ujian melalui komputer dan juga bagaimana untuk mendaftar laman web bagi menduduki ujian atas talian. Peserta diajar bagaimana untuk membuka link menggunakan email dan menjawab ujian yang disediakan. Peserta menjawab soalan dengan baik.

Gambar Disini

Tarikh : 28.10.2023
Masa : 10.45 pg - 11.45 pg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict dan meningkatkan ilmu dalam ict dan teknologi. Malah, dengan aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran dan celik it dalam kalangan peserta yang mana ia dapat memicu kepada generasi yang bijak dan inovatif. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.

Aktiviti

Bengkel ini merupakan kelas tuisyen Bahasa Inggeris yang dijalankan disini secara online untuk peserta yang telah berdaftar. Petugas hanya mengajar bagaimana cara untuk menggunakan applikasi zoom atau google meat seperti membuka audio, cara chat, membuka camera dan sebagainya. Pada minggu tersebut peserta diajarkan oleh cikgu tentang penulisan surat formal dan tidak formal dalam bahasa inggeris. Malah peserta juga diajar bagaimana untuk mendownload nota dan latihan yang cikgu berikan dalam google drive. Peserta berjaya memasuki kelas online dan memahami apa yang telah diajar dalam kelas tuisyen tersebut dengan baik.

Gambar Disini

Tarikh : 21.10.2023
Masa : 11.45 pg - 12.45 pg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

Tujuan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar bterhadap teknologoi dan ict agar peserta terbiasa menggunakan komputer dan juga dapat meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, bengkel ini juga diadakan untuk membuka minda peserta dan juga membantu peserta dalam memahami sifat umum objek, meramal, mengenalpasti dan sebagainya yang dapat meningkatkan fokus mata serta keupayaan berfikir. Sekali gus, dapat memperluaskan dan memperkembangkan pusat internet kepada semua komuniti.

Aktiviti

Aktiviti ini merupakan aktiviti stem yang berasaskan experiment sains yang mudah untuk melihat dan mengenalpasti keseimbangan objek. Aktiviti memberi tumpuan kepada penggunaan objek seperti gelas, kertas keras, palstik transparent, dan batang aiskrim. Peserta akan menyusun mengikut kreativiti masing-masing dan memastikan ia seimbang dan tidak jatuh apabila dibentukkan. Di akhir stem ini peserta akan diminta untuk menerangkan secara ringkas daripada hasil experiment dan hasil pemerhatian keseimbangan objek yang dibentu. Peserta berjaya membetuk dan meseimbangkan objek tersebut dengan baik.

Gambar Disini

Tarikh : 26.10.2023
Masa : 9.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 24 Orang

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk  melatih dan memperluaskan lagi penggunaan ict dalam kalangan peserta terutama kalangan pelajar sekolah untuk terlibat dengan dunia digital dan ict ini. Selain itu, dapat mewujudkan pelajar yang mahir, kreatif dan inovatif melalui penggunaan ict yang mana sejajar dengan misi negara mewujudkan masyarakat yang celik it sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini adalah mengenai pembelajaran melalui applikasi liveworksheets.com yang mana terdapat pelbagai bentuk bahan pembelajaran sesuai untuk pelajar sekolah rendah atau pra sekolah. Dalam aktiviti tersebut petugas menerangkan dan memperkenalkan peserta dengan pelbagai jenis wang ringgit sebelum mengajar peserta melalui applikasi tersebut. Peserta diajar bagaimana cara untuk menjawab kuiz wang yang telah diajar dalam applikasi tersebuit. Selain itu, aktiviti ini membantu peserta mengenal huruf, bentuk wang dan jenis warna wang untuk membezakan nilai wang tersebut. Aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak ini dapat meningkatkan kreativiti, fokus mata mereka, inovasi dan mahir dalam penggunaan komputer atau ict. Perserta memahami dan belajar dengan baik.