Tarikh | : 14.10.2023 |
Masa | : 4.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan komuniti terhadap kepentigan dan kegunaan ict dalam setiap urusan. Selain itu, mendedahkan peserta dengan media baru dalam ict yang mana ia dapat meningkatkan kemahiran, maklumat pengetahuan serta kreativiti peserta. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.
Aktiviti
Bengkel ini diadakan untuk membantu dan mengajar kemahiran dalam membuat jadual kelas dengan menggunakan media baru atau applikasi canva yang mana sangat mudah untuk dipelajari. Dalam bengkel ini peserta diterangkan secara ringkas bagaimana cara untuk menggunakan canva dalam membuat jadual sekolah masing-masing. Peserta diminta terlebih dahulu memilih jenis template yang diiginkan sebelum petugas mengajar yang lain. Dalam bengkel tersebut, petugas juga mengajar bagaimana cara untuk menyunting template tersebut seperti menukarkan tulisan, mengecilkan size tulisan atau potogan mengikut garisan yang ditunjukan dan sebagainya. Malah, petugas membantu peserta untuk menukarkan gambar dan memuat naik gambar serta bagaimana cara untuk menyimpan jadual sekolah yang dibuat untuk dicetak hasil kerja peserta. Peserta berjaya menyiapkan poster dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 14.10.2023 |
Masa | : 3.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel memberi pendedahan kepada peserta asas dalam membuat gmail atau email yang mana kini semakin penting dan digunakan secara meluas dalam setiap urusan. Selain itu, aktiviti ini diadakan juga adalah untuk memberi pengetahuan tentang fungsi asas yang ada dalam gmail dan juga ini dapat menghebahkan lagi aktiviti serta perkhidmatan yang ada disini.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang fungsi dan bagaimana cara untuk membuka akaun email/gmail yang ingin digunakan. Terlebih dahulu peserta diminta untuk membuka laman web applikasi gmail menggunakan browser yang tersedia dalam komputer. Selain itu, peserta diajar bagaimana cara untuk mendaftar akaun gmail/email tersebut. Malah, petugas juga membantu peserta dalam mengajar bagaimana cara untuk menghantar pesanan melalui email ke pada seseorang serta bagaimana untuk memasukan file 'attach' serta cara menaip di pesanan email tersebut. Peserta berjaya menhantar pesanan dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 07.10.2023 |
Masa | : 10.45 pg - 11.45 pg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict dan meningkatkan ilmu dalam ict dan teknologi. Malah, dengan aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran dan celik it dalam kalangan peserta yang mana ia dapat memicu kepada generasi yang bijak dan inovatif. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.
Aktiviti
Bengkel ini merupakan kelas tuisyen Bahasa Inggeris yang dijalankan disini secara online untuk peserta yang telah berdaftar. Petugas hanya mengajar bagaimana cara untuk menggunakan applikasi zoom atau google meat seperti membuka audio, cara chat, membuka camera dan sebagainya. Malah peserta juga diajar bagaimana untuk mendownload nota dan latihan yang cikgu berikan dalam google drive. Peserta berjaya memasuki kelas online dan memahami apa yang telah diajar dalam kelas tuisyen tersebut dengan baik.
Tarikh | : 07.10.2023 |
Masa | : 2.30 ptg - 3.30 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi mempeluang peserta untuk mempelajari ict dan komputer untuk pendedahan dan memperluaskan penggunaan ict dalam pembelajaran. Dengan adanya ict ini keberkesanan aktiviti pembelajaran dapat dipertingkatkan serta dapat membentuk pemikiran yang kreatif sekali gus, kelas ini akan memperluaskan lagi penggunaan dan perkhidamtan yang terdapat di pedi ini.
Aktiviti
Bengkel ini adalah merupakan bengkel softkill dalam membuat beg kertas. Peserta diminta untuk membuat beg kertas menggunakan bahan yang telah diberikan seperti gam, kertas, bekas bulat, pensel dan lain-lain untuk kegunaan bengkel tersebut. Peserta juga diberikan contoh video membuat beg kertas melalui komputer sebagai rujukan dalam membuatnya. Petugas juga membantu peserta dalam membuat beg kertas dengan meminta mereka untuk membuat bulatan menggunakan bekas bulat yang disediakan dan menguntingkan bulatan yang dibuat untuk dijadikan beg. Setelah siap beg kertas tersebut peserta menghiaskan beg tersebut mengikut kreativiti mereka sendiri. Program sebegini dapat memperkembangkan dan meningkatkan kemahiran kreativiti peserta terutama dalam kalangan pelajar. Peserta memahami dengan baik dan berjaya menyiapkan serta menerbangkan plain paper tersebut.
Tarikh | : 06.10.2023 |
Masa | : 03.30 ptg - 05.30 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai ict dan meningkatkan pengetahuan tentang ict dalam kalangan masyarakat dan memberikan kemudahan ict untuk mereka dalam urusan dan juga belajar teknologi. Selain itu, dengan bengkel ini juga dapat meningkatkan dan memperluaskan perkhidmatan pedi kepada masyarakat.
Aktiviti
Dalam bengkel ini peserta diajar bagaimana cara untuk membuat carta aliran perniagaan dalam applikasi dan petugas juga menerangkan secara ringkas tentang bagaimana cara untuk menggunakan applikasi komputer dalam membuat carta aliran. Petugas mengajar bagaimana untuk membuat simbol carta alir seragam dan landasan renang menegak/mendatar supaya anda boleh memetakan sebarang proses dengan mudah. Carta ini memnudahkan peserta untuk melihat proses dalam perniagaan sama ada carta aliran untuk pengurusan, proses produk, carta aliran organisasi dan lain-lain. Carta aliran ini untuk mengilustrasikan aliran kerja atau tindakan yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat yang mana petugas mengajar bagaimana untuk memilih simbol atau reka bentu serta bagaimana untuk menaip dan mengedit carta aliran perniagaan tersebut. Peserta berjaya menyiapkan carta aliran dan memahami dengan baik.