Tarikh : 09.12.2023
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 14 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta terhadapa ict dan meningkatkan kemahiran berfikir melalui aktiviti reka cipta dalam kelas stem-iot ini. Selain itu, aktiviti akan memberikan pengetahuan mengenai konsep  komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal yang mana ia sejajar dengan perkembangan teknologi dan juga pembelajaran pada abad ini. Secara tidak langsung bengkel ini dapat memperluaskan dan menarik minat komuniti untuk menyertai aktiviti percuma di pedi.

Aktiviti

Aktiviti ini merupakan aktiviti stem-oit menghasilakan atau mereka cipta posille katapult iaitu rekabentuk mesin ringkas tuas, dan daya ini adalah sebuah rekabentuk alat balistik yang melancarkan objek atau peluru pada suatu jarak tertentu tanpa menggunakan serbuk letupan. Kesemua peralatan ini telah disediakan oleh petugas Pedi seperti gunting, getah dan batang aiskrim yang besar untuk menghasilkannya. Dalam bengkel ini peserta diberi tunjuk ajar melalui video carian katapult dan mendengar penerangan serta demostrasi oleh petugas Pedi dalam membina katapult ini. Peserta mula membina katapult tersebut dengan bahan-bahan yang telah disediakan dan juga video cara membina katapult sebagai rujukan serta dengan  bantuan dan bimbingan petugas untuk menghasilkan katapult. Setelah peserta dapat menghasilkan belistik dan mekancarkan objek tersebut, peserta akan membuat penerangan secara ringkas tentang katapult. Sekali gus, aktiviti dapat melatih kemahiran tangan untuk mengikat batang supaya ia kukuh dan berfungsi serta bijak berfikir secra kreatif untuk mencapai objektif dalam menghasilkan katapult. Peserta berjaya menghasilka katapult dan memahami dengan baik.

Gambar Disini

 
 

 

 

 

Tarikh : 07.12.2023
Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel asas membuat kad promosi menggunakan applikasi Microsoft Word ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan ilmu untuk membuat kad menggunakan applikasi dalam komputer. Selain itu, untuk meningktkan dan melatih kemahiran penggunaan komputer dan juga pengetahuan dalam ict yang mana ia dapat memberikan manfaat pada pembelajaran kemahiran ict untuk peserta yang masih bersekolah. Bengkel ini juga secara langsung dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang ditawarkan di pedi ini. 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan ringkas kepada peserta tentang asas Microsoft Word yang akan digunakan supaya peserta faham dan jelas cara untuk menggunakannya. Peserta diajar oleh petugas Pedi bagaimana cara untuk membuat kad promosi menggunakan applikasi Microsoft Word yang mana peserta diajar bagaimana cara untuk menaip dan mengubah jenis tulisan serta menukarkan warna tulisan. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta diajar dan dibantu bagaimana cara untuk mencari imej di 'browser' dan bagaimanacara untuk memasukan imej serta menyuntingkan imej supaya dapat bergerak dengan menekan menu 'format picture'. Peserta memamhami dan dapat menggunakan teknik-teknik dan tunjuk ajar daripada petugas Pedi dalam membuat kad promosi sehingga selesai. DI harapkan dengan adanya bengkel percuma ini ia akan dapat lagi menarik minat peserta lain untuk menghadari kelas atau aktiviti percuma di Pedi.

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 01.12.2023
Masa : 10.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel Asas ini adalah bertujuan untuk mededahkan peserta kepada teknologi Maklumat dan Komunikasi dan bagaimana untuk mencari maklumat dan gambar untuk membuat poster perniagaan melalui applikasi microsoft word dan power point. Kemahiran komputer dan penggunaan applikasi dapat dipertingkatkan malah, membantu dan memudahkan urusan peserta terutama bagi mereka yang terlibat dalam pernigaan sekali gus, bengkel ini juga secara langsung dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang ditawarkan di pedi ini. 

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk membuat poster menggunakan applikasi Microsoft Word dan Power Point. Dalam bengkel tersebut petugas pedi mengajar peserta dari mencari gambar yang diinginkan sehingga bagaimana cara untuk menyuting untuk diajdikan sebuah poster. Petugas pedi mengajar dan membantu peserta dalam memasukan gambar ke dalam applikasi dan mengajar cara asas untuk memotong atau membuang latar belakang gambar yang telah dimuatnaikkan oleh peserta. Selain itu, dalam bengkel tersebut juga peserta diajarkan teknik-teknik yang mudah untuk menguasai cara membuat poster dan bagaimana untuk membuat pergerakan gambar yang boleh diletak mengikut kesesuaian peserta dalam poster tersebut. Malah, diajarkan juga secara asas menukarkan size tulisan, jenis, pertukaran warna dan sebagainya.  Peserta dapat berjaya menghasilkan satu poster perniagaan yang telah dibuat menggunakan applikasi Microsoft Word dan juga Microsoft Power Point dengan bantuan dan bimbingan daripada petugas Pedi.

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 4.12.2023
Masa : 3.30 ptg - 5.30 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam komputer dan ict dan juga untuk memberikan pendedahan tentang fungsi Microsoft Word yang boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan tugasan matematik. Selain itu, memperkenalkan fungsi asas dan juga menu atau alat yang boleh digunakan dalam applikasi tersebut. Secara langsung bengkel percuma ini dapat menggalakkan dan memghebahkan lagi perkhidmatan dan aktiviti yang dijalankan disini.

Aktiviti

Bengkel ini biasa bagi yang sudah terbiasa menggunakan applikasi tersebut namun begitu bagi pengguna baru mereka belum menguasai fungsi dan cara menggunakan applikasi tersebut. Oleh itu, penerangan secara ringkas diberikan terlebih dahulu supaya peserta dapat mengetahui secara umun bagaimana cara applikasi ini digunakan dalam menyiapkan kerja kursus matematik. Dalam bengkel  tersebut peserta diajar bagaimana untuk menaip dan mengajar teknik seperti bagaimana cara untuk memasukan simbol khas dalam applikasi dengan penggunaan menu 'insert' untuk 'Equation' dan simbol matematik. Selain itu, petugas Pedi juga mengajar peserta bagaimana cara untuk membuat jadual dan cara menaip yang betul mengikut formay kerja kursus matematik peserta. Diharapkan dengan adanya bengkel percuma ini peserta dapat menggunakan ilmu dan mempraktikkan pembelajaran dalam membuat tugasan menggunakan Microsoft Word ini. Peserta berjaya menyiapkan kerja kursus dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 25.11.2023
Masa : 3.30 ptg - 5.30 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta

: 1 orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel softskill atau kemahiran membuat resume ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta membuat sendiri resume melalui media baru seperti applikasi canva. Malah,untuk mendedahkan peserta tentang kepelbagaian fungsi applikasi baru yang boleh digunaka secara tidak langsung pendedehan ini akan meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam menggunakan komputer. Dengan adanya bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pedi kepada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengajar peserta asas membuat resume menggunakan applikasi seperti canva dan microsoft word. Peserta diajar membuat resume menggunakan canva yang mana canva telah menyediakan 'template' resume yang mudah untuk peserta menggunakannya untuk menyunting resume. Peserta memilih resume yang biasa memandangkan tahap penguasaan peserta adalah biasa untuk menggunakan applikasi tersebut. Dalam bengkel tersebut, peserta mengikut teknik yang diajarkan dalam menyuting, menukar size, memasukan gambar dan sebagainya. Akhir sekali peserta diajar cara untuk menukarkan atau menyimpan resume ke dalam bentuk pdf atau dalam bentuk gambar. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan resume yang telah dibuat dalam bengkel ini.

Gambar Disini